Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Bagaimanakah Silver Coin Dibentuk?

23.11.2011 // Leave a Comment

Saya dalam proses menulis bahagian seterusnya untuk siri Rancang Kewangan Anda. Sementara menunggu artikel tersebut siap, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai silver coin atau syiling perak.

Selain daripada mengumpul emas fizikal seperti Gold Bar GCP, saya juga turut mengumpul perak (atau, silver) sebagai pelaburan. Pelaburan silver di Malaysia boleh dikatakan sudah lama bermula. Cumanya, sejak akhir-akhir ini pelaburan silver di Malaysia semakin dikenali dan diminati ramai apabila saudara Ikram Adi menerbitkan ebook beliau yang bertajuk Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia.

Selain daripada silver bar, silver coin juga adalah salah satu bentuk silver fizikal yang gemar dibeli oleh pelabur silver di Malaysia. Video di atas menunjukkan bagaimana proses silver coin dibentuk bermula daripada proses pembakaran sehinggalah ianya siap ditempa.

Baca selanjutnya…

Rancang Kewangan Anda 5: Teknik 1/3 Gaji

20.11.2011 // 11 Comments

teknik-13-gaji

Untuk Bahagian 5 dalam siri Rancang Kewangan Anda ini, saya ingin berkongsikan dengan anda satu teknik yang dinamakan sebagai Teknik 1/3 Gaji.

Teknik 1/3 Gaji

Teknik ini merupakan cara mudah untuk anda membahagi-bahagikan duit gaji yang diterima setiap bulan. Jika tidak dibahagikan dengan cara yang betul, anda mungkin akan terlebih guna duit tersebut dan langsung tidak mempunyai lebihan untuk simpanan, insurans, dan keperluan penting yang lain.

Teknik 1/3 Gaji ini adalah mudah untuk dipraktikan. Pembahagian tersebut adalah seperti berikut.

  • 1/3 – Simpanan/Pelaburan/Insurans
  • 1/3 – Hutang
  • 1/3 – Keperluan Harian/Lain-lain

Sebagai contoh, gaji bulanan anda adalah RM1500. Dengan menggunakan Teknik 1/3 Gaji ini, pembahagian gaji bulanan anda adalah seperti ini:

Baca selanjutnya…

Rancang Kewangan Anda 4: Rekod Perbelanjaan Anda

07.11.2011 // 8 Comments

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca sekalian… -CypherHackz-

rekod-perbelanjaan-anda

Dalam Bahagian 4 dalam siri Rancang Kewangan Anda ini, saya akan berkongsikan dengan anda tips yang seterusnya iaitu Rekod Perbelanjaan Anda .

Ada beberapa sebab kenapa merekod perbelanjaan ini penting dalam merancang kewangan. Di antaranya adalah:

  • Mengetahui ke mana duit itu dibelanjakan
  • Dapat mengurangkan perbelanjaan pada barang yang tidak penting
  • Dapat memfokuskan duit hanya membeli barang yang perlu sahaja
  • Supaya tidak menggunakan duit secara berlebihan (over budget)

Apakah yang perlu direkodkan?

Setiap urusan yang menggunakan duit perlu direkodkan. Tidak kira samada anda membuat pembayaran dengan menggunakan wang tunai, online banking, cek, dan sebagainya perlu direkodkan.

Setiap duit yang keluar dan duit yang masuk juga perlu diambil kira. Ini adalah penting supaya anda dapat melihat cashflow anda di akhir bulan nanti.

Sebagai contoh, jika anda membeli sarapan pagi berharga RM3.50 secara tunai, maklumat itu perlu direkodkan dalam buku atau sistem rekod anda seperti berikut:

  • Tarikh: 7/11/2011
  • Kategori: Sarapan Pagi
  • Jenis Bayaran: Wang Tunai
  • Harga: RM3.50

Mungkin ianya sedikit leceh, tetapi percayalah di akhir bulan nanti anda akan dapat mengetahui kebanyakkan duit anda dihabiskan dengan membeli barang-barang yang tidak penting sahaja. Terkejut bukan?

Baca selanjutnya…

Rancang Kewangan Anda 3: Tetapkan Matlamat

24.10.2011 // Leave a Comment

setting-goals-smart

Di dalam Bahagian 2 sebelum ini, saya telah berkongsikan dengan anda kenapa anda perlu membuat perancangan dalam kewangan. Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan fokus pula kepada menetapkan matlamat dalam kewangan.

Kenapa anda perlu mempunyai matlamat?

Matlamat adalah penting kerana ianya merupakan satu perkara atau objektif yang ingin anda capai apabila melaksanakan sebarang perancangan.

Tanpa matlamat anda seperti sebuah kapal yang terumbang-ambing di lautan tanpa arah tujuan. Ditiup angin ke timur, bergeraklah ia ke timur. Ditiup angin ke barat, bergeraklah ia ke barat. Bilakah anda tahu yang anda telah sampai ke destinasi? Anda sendiri pun tidak pasti, kerana anda tidak mempunyai matlamat (destinasi) tersebut.

Kepentingan perlunya anda mempunyai matlamat dalam kewangan ini dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Sebagai kayu pengukur dalam menentukan kejayaan anda
  • Anda akan lebih fokus dalam melaksanakan perancangan kewangan nanti
  • Dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah kewangan

Baca selanjutnya…

Rancang Kewangan Anda 2: Kenapa perlu merancang kewangan?

20.10.2011 // 1 Comment

rancang-kewangan-anda-2

Adakah anda bersedia untuk menyambung bahagian ke-2 dalam siri Rancang Kewangan Anda? Jika ya, jom kita sama-sama ikuti bahagian yang seterusnya – Kenapa perlu merancang kewangan?

Setiap apa yang kita buat, perlu adanya perancangan. Jika tidak, matlamat yang kita tetapkan tidak akan tercapai. Apa yang kita usahakan, hanyalah sia-sia sahaja. Perancangan juga penting bagi mengelakkan kita daripada menghadapi kesulitan atau masalah dikemudian hari.

Pentingnya merancang kewangan

Di antara sebab kenapa perlu membuat perancangan kewangan adalah:

1. Mengenalpasti perbelanjaan anda – Setiap hari anda belanja, dan mengeluarkan duit untuk membeli pelbagai barang. Di akhir bulan apa yang anda tahu duit gaji anda yang diterima pada bulan lepas telah pun habis digunakan. Tetapi ke manakah duit itu pergi? Duit anda habis, tetapi anda tidak nampak hasilnya.

Dengan membuat perancangan, anda akan dapat mengenalpasti bajet kewangan anda dan mengetahui ke mana duit itu dibelanjakan. Ini adalah penting supaya anda dapat mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting dan hanya membelanjakan duit tersebut kepada perkara yang penting dan perlu sahaja.

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2021 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in