Saya ada mempromote sebuah ebook Analisa Pelaburan Silver di dalam sebuah group Facebook. Kemudian ada seorang rakan saya ini mengatakan harga yang ditawarkan untuk ebook tersebut mahal (ebook itu berharga RM80) kerana kos untuk membuatnya hanyalah RM0 sahaja.
Tetapi saya membalas komen rakan saya itu dengan mengatakan,
Hahaha.. Itu yang kita silap. Kita nampak RM80 itu mahal. Tetapi dengan RM80 itulah kita boleh generate profit beratus-ratus ringgit dan memberikan keuntungan kepada kita yang lebih banyak daripada RM80 tadi.
Sesetengah orang berpendapat harga ebook RM80 sebegitu adalah mahal. Tetapi ada juga yang mengatakan harga tersebut murah dan berpatutan.
Bagi pendapat saya sendiri, setiap ilmu yang disampaikan ada harganya yang tersendiri. Sesetengah ebook dijual murah kerana ianya tidak boleh mendatangkan pulangan kewangan yang tinggi. Contoh adalah ebook seperti motivasi diri, perhubungan, dan hobi.
Tetapi jika ebook itu dapat menghasilkan pulangan yang berlipat kali ganda, sudah semestinya penulis akan meletakkan harga yang tinggi untuk ilmu yang beliau kongsikan. Jika anda mempraktikkan teknik dan kaedah yang disampaikan dalam ebook tersebut dengan betul, anda pasti akan dapat keuntungan atas pelaburan yang anda buat tadi.
Apalah sangat RM80 itu jika dibandingkan dengan hasil pulangan yang beratus-ratus ringgit, dan tanpa had itu. Anda boleh gunakan ilmu tersebut berulang-ulang kali tanpa had dengan hanya RM80 sahaja.
Pengalaman saya sendiri tentang harga sebuah ilmu
Saya pernah mengikuti satu seminar percuma yang diadakan oleh sebuah syarikat swasta di Puchong. Seminar itu berlansung dari pukul 10 pagi sehingga 2 petang. Lebih kurang 4 jam tempoh seminar itu berlangsung.
Ada banyak input yang saya terima daripada seminar itu. Dengan seminar percuma, saya hanya dapat menulis 4 muka surat buku yang mempunyai nota-nota yang berkaitan dengan seminar tadi.
Tetapi dua minggu kemudian, saya mengikuti satu lagi seminar yang membincangkan topik yang sama tetapi dijalankan oleh sebuah syarikat swasta yang lain di Cheras. Seminar kali ini berbayar sebanyak RM25 sahaja. Seminar berlangsung daripada pukul 8 malam sehingga pukul 12 tengah malam. Tempoh seminar adalah sama iaitu 4 jam.
Tetapi input yang saya terima dalam tempoh 4 jam itu sangat banyak. Dalam buku nota saya sahaja saya telah menulis sebanyak 11 muka surat. Banyak bukan?
Tetapi input yang saya terima dalam tempoh 4 jam itu sangat banyak. Dalam buku nota saya sahaja saya telah menulis sebanyak 11 muka surat. Banyak bukan?
Dengan membayar RM25, saya memperoleh ilmu sebanyak 11 muka surat dibandingkan dengan ilmu percuma yang saya hanya peroleh sebanyak 4 muka surat sahaja.
Itu yang saya katakan tadi, ilmu itu ada harganya yang tersendiri. Jika ilmu itu percuma, apa yang diberikan oleh pengajar hanyalah sedikit sahaja. Tetapi jika ilmu itu berbayar, sesungguhnya ianya sangat banyak dan sangat-sangat berguna. Jika tidak, tak mungkin saya dapat menulis nota sebanyak 11 muka surat?
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, jika ilmu itu percuma ianya masih lagi bernilai tetapi pengisian yang disampaikan tidak banyak. Tetapi jika ilmu itu berbayar, dan harganya mahal, saya percaya yang ilmu yang diberikan itu banyak dan dapat mendatangkan pulangan yang berlipat kali ganda dari duit yang kita keluarkan untuk membayarnya.
Terpulang kepada anda untuk menilai harga sebuah ilmu itu. Setiap orang mempunyai pendirian mereka masing-masing. Ini pendapat saya. Pendapat anda pula bagaimana?
Leave a Reply