Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking

17.02.2012 // Leave a Comment


Namecard Elfbytes Web Hosting yang telah pun siap, –Flickr.

Apabila anda berjumpa dengan seseorang tidak kisah samada di seminar, di conference, di pejabat, atau di bilik mesyuarat, namecard adalah sangat penting. Kenapa?

Dengan mempunyai namecard, anda mudah untuk membuat networking dengan orang lain. Dengan namecard, anda juga mudah untuk memberitahu bisnes apa yang anda lakukan dan dapat marketkan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

TETAPI apabila anda memberikan namecard kepada orang lain, pastikan yang anda juga mempunyai namecard orang tersebut. Jika tidak, networking tidak akan berlaku dan anda akan rugi.

Kenapa saya katakan sedemikian? Kerana orang itu mempunyai contact number anda tetapi anda tidak mempunyai contact number dia. Sekiranya anda ingin membuat bisnes dengan orang tersebut, anda akan tersangkut. Stuck tidak dapat menghubungi prospek anda. Tetapi dia? Dia mempunyai contact number anda dan bila-bila masa sahaja dia boleh call anda untuk memulakan bisnes.

Jadi…ingat, namecard adalah penting dan ianya penting untuk networking. Dan pastikan anda juga mempunyai namecard orang yang menerima namecard anda. Selamat bercuti di hujung minggu… 🙂

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri
Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2) »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in