Setiap apa yang ingin anda lakukan, perlukan perancangan. Jika tidak bertulis, sekurang-kurangnya perancangan yang anda buat itu disimpan di dalam otak anda.
Otak merupakan satu organ yang sangat istimewa. Anda boleh melakukan apa sahaja dengan otak. Ianya bukan sahaja untuk menyimpan memori, malah anda juga boleh menjadikan sesuatu perkara itu menjadi satu realiti. (akan saya kupas perkara ini lebih lanjut dalam artikel saya yang akan datang)
Berbalik kepada topik kita tadi, anda perlukan perancangan dalam setiap aktiviti yang ingin anda lakukan. Tetapi, adakah anda hanya pandai merancang sahaja? Bagaimana pula dari segi pelaksanaan? Adakah anda melaksanakan setiap apa yang telah anda rancangkan tadi?
Walaupun anda mempunyai perancangan yang baik, tetapi jika anda tidak laksanakan, segala-galanya akan menjadi sia-sia. Anda hanya membazir masa sahaja. Tidakkah ianya merugikan?
Jangan hanya merancang, tetapi laksanakan!
Saya mempunyai banyak perancangan yang ingin saya laksanakan. Di antaranya adalah, membuka sebuah perniagaan yang menjual produk secara online, membuka kedai di sebuah shopping complex, membuat peraduan di blog Pengendali Blog, dan juga menulis ebook.
Namun begitu, tidak semua perancangan saya ini dapat dilaksanakan dalam masa yang sama. Saya perlu melaksanakan perancangan saya ini secara berperingkat-peringkat. Selepas berjaya laksanakan satu perkara, barulah saya akan laksanakan perkara yang berikutnya.
Jika anda hebat, anda boleh laksanakan kesemua perancangan anda sekaligus. Tetapi awas! Ianya pasti akan membuatkan anda mudah hilang fokus dan membuatkan anda rasa tertekan. Dan juga result yang anda harapkan tidak menjadi 100 peratus.
Sebagai kesimpulan, memang bagus jika anda mempunyai perancangan dalam kehidpan anda. Tetapi apa yang penting adalah pelaksanaannya. Jika tanpa pelaksanaan, perancangan hanyalah mimpi yang tidak bermakna.
Leave a Reply