Akhirnya, kita sudah pun berada di bahagian yang terakhir dalam siri Rancang Kewangan Anda. Dalam bahagian yang terakhir ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips pelaburan dalam emas dan perak.
Pelaburan merupakan salah satu cara untuk mengembangkan lagi duit yang kita ada. Terdapat beberapa bentuk pelaburan sebenarnya. Di antaranya adalah pelaburan emas dan perak (akan saya terangkan dalam artikel ini), pelaburan hartanah, saham, unit amanah, dan beberapa bentuk pelaburan yang lain.
Namun begitu, dalam artikel ini saya akan fokuskan anda kepada pelaburan di dalam emas dan perak.
Kenapa emas dan perak?
Jika anda bertanya kenapa saya memilih pelaburan emas dan perak, berikut merupakan petikan yang dambil daripada blog Pengedar Emas saya, Kenapa Anda Perlu Membeli Emas?
Walaupun artikel ini lebih menceritakan mengenai emas tetapi ia juga masih boleh diguna pakai dalam pelaburan perak.
1. Pelihara nilai mata wang
Sebab yang paling utama anda perlu membeli emas adalah untuk memelihara nilai mata wang yang kita gunakan sekarang. Setiap hari nilai mata wang yang kita gunakan semakin susut nilainya.
Sebagai contoh, duit RM1000 yang kita simpan di dalam bank pada hari ini, tidak akan sama nilainya pada 5 tahun akan datang. Walaupun dalam simpanan akaun bank menunjukkan angka RM1000, tetapi nilainya mungkin dalam RM700 sahaja jika dibandingkan pada masa sekarang. Nilai mata wang tersebut, telah susut dan berkurangan.
Tetapi jika duit RM1000 itu kita gunakan untuk membeli emas, kita telah pun memelihara nilai mata itu daripada terus jatuh. Malah kita juga akan dapat lebih keuntungan seperti yang saya akan terangkan dalam perenggan yang seterusnya.
2. Sebagai pelaburan
Setiap tahun, harga emas akan meningkat dan terus meningkat. Jika anda membeli emas pada waktu sekarang, keuntungan yang anda akan peroleh adalah berlipat kali ganda.
Seperti contoh di atas, jika duit RM1000 tadi anda gunakan untuk membeli emas, pada 5 tahun akan datang harga emas itu mungkin boleh mencapai RM2000, atau lebih. Anda bukan sahaja dapat pelihara nilai mata wang daripada susut nilai, malah anda juga boleh dapat keuntungan dengan membeli emas.
Tetapi, ingin saya ingatkan di sini bahawa emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Anda tidak boleh beli emas hari ini, dan mengharapkan pulangan yang tinggi pada keesokan harinya. Cuma apa yang boleh saya katakan, lagi lama anda menyimpan emas, lagi banyak keuntungan yang anda akan peroleh.
3. Aset yang bernilai sepanjang masa
Emas merupakan satu aset yang sangat bernilai kerana ianya tidak boleh dicipta atau dimanipulasikan. Emas adalah emas, dan ianya akan tetap emas sampai bila-bila dan di mana sahaja.
Jika negara dalam peperangan, dan anda bawa emas ke negara lain sekali pun, masyarakat di sana akan tetap menerima emas yang dijual kepada mereka.
Berbeza jika anda membawa mata wang Ringgit Malaysia ke negara lain. Mereka sudah semestinya tidak akan menerima mata wang tersebut kerana ianya tidak boleh digunapakai dalam membuat sebarang transaksi jual beli di sana.
Tetapi jika anda ada emas, dan keadaan terdesak dan sangat-sangat memerlukan, anda boleh mencairkan emas anda bagi menukarkan emas itu kepada mata wang mereka.
Emas adalah lambang kekayaan yang sebenar. Tidak pernah lagi saya dengar orang yang memiliki emas adalah orang yang miskin.
Bahan bacaan berkaitan pelaburan emas dan perak
Apabila saya ingin menceburi dalam sesuatu pelaburan, saya gemar mencari dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan tersebut.
Jika anda tidak mahu rugi, saya sangat menggalakkan anda mendalami ilmu pelaburan tersebut sebelum anda terus terjah dan membuat pelaburan tanpa sebarang persediaan.
Di antara buku dan ebook yang saya baca mengenai pelaburan emas dan perak adalah:
- Guide to Investing in Gold and Silver, Michael Maloney
- The ABC’s of Gold Investing, Michael Kosares
- Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia [link], Ikram Adi
- Rahsia Pelaburan Emas yang Menguntungkan [link], Khairulnahar
- Teknik Menjanakan Keuntungan dengan Pelaburan Perak [link], Mohd Wafi
Jika anda ingin membaca buku dan ebook yang berkaitan dengan pelaburan emas dan perak, senarai buku dan ebook di atas adalah cadangan saya. Dan saya sangat-sangat rekemen anda membacanya.
Bertindak sekarang!
Tetapi, jika anda hanya membaca buku dan ebook sahaja ianya tidak mencukupi. Anda perlu bertindak! Selepas anda mengetahui tentang pelaburan emas dan perak, anda perlu membuat pelaburan tersebut.
Jangan hanya sekadar, “Okey, aku sudah tahu apa itu pelaburan emas dan perak…” dan terus tutup buku, tidur. Jika anda buat sedemikian, saya percaya sampai bila-bila pun anda tidak akan ke mana-mana dalam pelaburan emas dan perak.
TETAPI jika anda ingin mula membuat pelaburan di dalam emas dan perak, anda boleh hubungi saya. Saya sendiri merupakan salah seorang pengedar emas GCP (GoldCrest Pavilion). Anda boleh buat tempahan dengan saya dan sudah semestinya saya akan berikan anda harga diskaun yang menarik kerana anda membaca artikel saya ini.
Namun begitu, sekiranya anda masih ragu-ragu mengenai pelaburan ini, jangan risau, anda boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut. Saya sedia membantu anda untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai pelaburan emas dan perak ini.
Penutup
Sebagai penutup, dalam hidup kita perlukan perancangan. Kita perlu merancang supaya hidup kita tidak hanya bergantung kepada nasib dan bergantung harap nasib akan membawakan perubahan.
Begitu jugalah dengan merancang kewangan. Anda tidak boleh bergantung harap pada nasib yang akan memberikan kesenangan dan kemewahan. Anda perlu merancang sendiri kewangan anda.
Saya juga seperti anda. Hidup makan gaji. Duit yang diterima pada hujung bulan, itulah duit yang akan saya gunakan untuk belanja pada bulan seterusnya. Itu pun kadang-kadang tidak cukup.
Tetapi bagaimanakah caranya untuk saya keluar bebas daripada masalah kewangan ini? Perancangan seperti yang telah saya kongsikan dalam Rancang Kewangan Anda inilah perancangan saya.
Alhamdulillah.. Sedikit demi sedikit matlamat yang telah saya tetapkan dalam perancangan saya semakin jelas kelihatan. Semakin dekat ia menghampiri.
InsyaAllah jika kita berusaha, Allah swt akan memberikan kita apa yang kita usahakan. Apa yang penting, jangan putus asa dan teruskan usaha anda.
Jadi, sudahkah anda membuat perancangan kewangan?
topo says
errr rancang kewangan 8 takde bro?
CypherHackz says
Hahaha.. Terskip nombor pulak. Sorry.. Sorry..
Khairul says
memang betul emas adalah sebagai sekuriti nilai wang…dengan adanya Ar-Rahnu, emas juga boleh digunakan sewaktu kecemasan