Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Boleh Bah Kalau Kau

10.01.2012 // 2 Comments

gunung-kinabalu-sabah-2010
Gambar Gunung Kinabalu, Sabah yang saya ambil pada tahun 2010.

Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang berada di Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja. Ini merupakan kali kedua saya datang ke sini. Kali pertama adalah pada tahun 2010 bagi menghadiri majlis kahwin rakan dan bercuti di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Bagi anda yang pernah datang ke Sabah, pasti biasa dengar orang-orang di sini menggunakan perkataan, “bah” atau “ba” dalam percakapan harian mereka. Sehinggakan dalam percakapan bahasa Inggeris pun kadang-kala mereka boleh tersasul menggunakan perkataan “bah” itu.

Ianya seperti sudah menjadi satu kewajipan dalam masyarakat di Sabah untuk menggunakan perkataan tersebut. Jika tidak dimasukkan perkataan “bah”, ayat mereka seperti tidak lengkap.

Unik bukan orang Sabah ini? Mereka bukan sahaja mempunyai gunung yang tertinggi di benua Asia Tenggara, malah mereka juga mempunyai tradermark tersendiri dalam percakapan seharian.

Saya baru sahaja tiga hari berada di Sabah, tetapi sedikit sebanyak saya sudah terikut-ikut gaya dan intonasi mereka apabila bercakap. Oh ya,

Hari ini aku sudah mau pulang bah.. 😉

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Rancang Kewangan Anda 7: Simpan Sebelum Belanja
Rancang Kewangan Anda 8 (Akhir): Pelaburan Emas dan Perak »

Comments

  1. Lia Nadia Qistina says

    11.01.2012 at 2:44 am

    Boleh bah kalau kau .. salam perkenalan, saya blogger teknologi dari Sabah. I’ve been your follower quite a while.

    Reply
    • CypherHackz says

      11.01.2012 at 11:17 am

      Salam perkenalan daripada saya juga. Terima kasih kerana ikuti blog saya. 🙂

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in