Setiap apa yang ingin anda lakukan, perlukan perancangan. Jika tidak bertulis, sekurang-kurangnya perancangan yang anda buat itu disimpan di dalam otak anda.
Otak merupakan satu organ yang sangat istimewa. Anda boleh melakukan apa sahaja dengan otak. Ianya bukan sahaja untuk menyimpan memori, malah anda juga boleh menjadikan sesuatu perkara itu menjadi satu realiti. (akan saya kupas perkara ini lebih lanjut dalam artikel saya yang akan datang)
Berbalik kepada topik kita tadi, anda perlukan perancangan dalam setiap aktiviti yang ingin anda lakukan. Tetapi, adakah anda hanya pandai merancang sahaja? Bagaimana pula dari segi pelaksanaan? Adakah anda melaksanakan setiap apa yang telah anda rancangkan tadi?
Walaupun anda mempunyai perancangan yang baik, tetapi jika anda tidak laksanakan, segala-galanya akan menjadi sia-sia. Anda hanya membazir masa sahaja. Tidakkah ianya merugikan?