Untuk Bahagian 5 dalam siri Rancang Kewangan Anda ini, saya ingin berkongsikan dengan anda satu teknik yang dinamakan sebagai Teknik 1/3 Gaji.
Teknik 1/3 Gaji
Teknik ini merupakan cara mudah untuk anda membahagi-bahagikan duit gaji yang diterima setiap bulan. Jika tidak dibahagikan dengan cara yang betul, anda mungkin akan terlebih guna duit tersebut dan langsung tidak mempunyai lebihan untuk simpanan, insurans, dan keperluan penting yang lain.
Teknik 1/3 Gaji ini adalah mudah untuk dipraktikan. Pembahagian tersebut adalah seperti berikut.
- 1/3 – Simpanan/Pelaburan/Insurans
- 1/3 – Hutang
- 1/3 – Keperluan Harian/Lain-lain
Sebagai contoh, gaji bulanan anda adalah RM1500. Dengan menggunakan Teknik 1/3 Gaji ini, pembahagian gaji bulanan anda adalah seperti ini:
Gaji Bulanan: RM1500
1/3 x RM1500 = RM500
Oleh itu,
- RM500 – Simpanan/Pelaburan/Insurans
- RM500 – Hutang
- RM500 – Keperluan Harian
Simpanan/Pelaburan/Insurans
1/3 gaji yang pertama, anda gunakan untuk membuat simpanan, pelaburan, dan juga insurans.
Simpanan ini adalah simpanan jangka masa pendek. Ianya mungkin simpanan anda untuk membuat bayaran servis kereta, untuk membaiki kerosakan rumah, atau mungkin juga digunakan untuk perbelanjaan pulang ke kampung.
Pelaburan pula adalah salah satu bentuk simpanan juga, tetapi ianya lebih untuk jangka masa panjang. Anda boleh gunakan sebahagian duit 1/3 pertama ini untuk membeli emas atau silver sebagai pelaburan. Tetapi jika anda tidak berminat dengan pelaburan fizikal seperti ini, anda mungkin ingin melabur dalam pelaburan lain yang mengikut syariah.
Insurans adalah perlu untuk setiap orang. Ianya penting kerana jika anda sakit, atau mengalami kemalangan, insurans ini dapat melindungi anda dan menyelesaikan kos-kos perubatan yang mahal. Terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan pelbagai polisi yang menarik. Saya sendiri mengambil 2 bentuk insurans dari 2 syarikat yang berbeza iaitu, Great Eastern (perlindungan, simpanan, pelaburan) dan juga Etiqa (kemalangan).
Hutang
1/3 gaji yang kedua pula digunakan untuk membayar hutang bulanan anda.
Sebagai contoh, anda ingin membeli sebuah kereta. Jika mengikut Teknik 1/3 Gaji ini, bayaran bulanan yang boleh anda buat adalah sebanyak RM500 sahaja.
Oleh itu, jika anda ingin membeli sebuah kereta, anda perlu mencari kereta dengan bayaran hutang bulanan sebanyak RM500.
Cadangan kereta yang mempunyai bayaran bulanan sebanyak RM500 adalah seperti Proton Saga, atau Perodua Myvi.
Keperluan Harian/Lain-lain
Dan akhir sekali, 1/3 gaji yang ketiga digunakan untuk membuat bayaran keperluan harian.
Ianya mungkin digunakan untuk membeli makanan, duit minyak kereta, duit tol, jalan-jalan bersama keluarga, dan lain-lain.
Tetapi jika dilihat, RM500 untuk keperluan ini adalah sedikit sebenarnya. Tetapi jika anda pandai dan dapat mengurangkan bayaran hutang, anda mungkin dapat membesarkan lagi bahagian 1/3 yang terakhir ini.
Cuma apa yang saya harapkan, anda tidak mengganggu bahagian 1/3 yang pertama iaitu, simpanan/pelaburan/insurans tadi. Bahagian itu penting untuk masa depan anda dan untuk kecemasan. Jika anda tidak mempunyai bahagian tersebut, anda mungkin akan menghadapi kesulitan yang amat teruk pada masa akan datang.
Kesimpulan
Teknik 1/3 Gaji ini hanyalah sebagai panduan dalam anda membuat pembahagian gaji bulanan. Ianya terpulang kepada anda dalam membuat perancangan kewangan bulanan, tetapi saya sendiri menggunakan teknik ini dan Alhamdulillah, kewangan saya masih lagi teratur dan masih dapat mengikuti teknik yang seperti saya kongsikan di sini.
Jika anda ada teknik pembahagian lain yang menarik, sila kongsikan bersama dengan saya dan pembaca yang lain dengan menghantarkan komen di ruangan di bawah ini. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan dapat sama-sama kita praktikan dan memajukan diri untuk menjadi seorang yang lebih bijak merancang kewangan.
Jumpa lagi dalam bahagian seterusnya dalam siri Rancang Kewangan Anda. 🙂
Whew.. power la. Yang ni adalah perkara asas yang selalu sukar dilaksanakan. Terima kasih en Fauzi.
Sama-sama En Dekan. Mudah2an teknik ini dapat kita gunakan dalam merancang kewangan kita setiap bulan. 🙂
Tenqiu En. Blogger..banyak perkongsian yang saudara kongsikan dapat dijadikan sebagai jalan untuk kami semua menuju ke syurga dunia..
Teknik ni memang sangat berkesan sekali. Saya dah lama mempraktikkannya. Tapi makin lama makin tak menjadi sebab hutang dah makin banyak pula. Hehe.
Itu memang tidak dapat disangkalkan lagi. Lagi banyak berhutang, lagi sukar kita nak mempraktikkan tips ini.
It works. Nak senang, buat potongan gaji.Kalau lagi rajin (and lagi berdisiplin), bila ada lebih dr bhgn yg sepatutnya digunakan, pegi top up lagi kat savngs tu. Kalau rajin lah. mine is used for shopping money, hehe. need to enjoy and reward yourself too.
Sebab apa yang penting di sini adalah kita bayar diri kita dahulu. Simpan duit untuk diri sendiri sebelum habiskan duit dekat tempat lain.
great articles…sape yg nak buat pelaburan jangka panjang, insuran dan emas…leh le kontek sayer….
Terima kasih bagi info berguna.. Lepas ni saya kena lebih berusaha, kena disiplin dalam uruskan kewangan.. in sya Allah..
salam..
3 bnda penting tuh mmg wajib ad ke dlm nk uruskn kewangan..contohnya utk seorang pelajar..wajib ad ke 1/3 untuk semua (simpanan/pelaburan/insurans—hutang—-dan keperluan harian dan lain2)
kalu 2 drp bnda yg encik ckp tuh shj yg dilaksanakan ad apa2 effect ker???contoh buat dua shj drp itu..???
maaf..sekadar pendapat..boleh juga di buat 1/10..yang penting untuk simpanan mesti ad..