Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca sekalian… -CypherHackz-
Dalam Bahagian 4 dalam siri Rancang Kewangan Anda ini, saya akan berkongsikan dengan anda tips yang seterusnya iaitu Rekod Perbelanjaan Anda .
Ada beberapa sebab kenapa merekod perbelanjaan ini penting dalam merancang kewangan. Di antaranya adalah:
- Mengetahui ke mana duit itu dibelanjakan
- Dapat mengurangkan perbelanjaan pada barang yang tidak penting
- Dapat memfokuskan duit hanya membeli barang yang perlu sahaja
- Supaya tidak menggunakan duit secara berlebihan (over budget)
Apakah yang perlu direkodkan?
Setiap urusan yang menggunakan duit perlu direkodkan. Tidak kira samada anda membuat pembayaran dengan menggunakan wang tunai, online banking, cek, dan sebagainya perlu direkodkan.
Setiap duit yang keluar dan duit yang masuk juga perlu diambil kira. Ini adalah penting supaya anda dapat melihat cashflow anda di akhir bulan nanti.
Sebagai contoh, jika anda membeli sarapan pagi berharga RM3.50 secara tunai, maklumat itu perlu direkodkan dalam buku atau sistem rekod anda seperti berikut:
- Tarikh: 7/11/2011
- Kategori: Sarapan Pagi
- Jenis Bayaran: Wang Tunai
- Harga: RM3.50
Mungkin ianya sedikit leceh, tetapi percayalah di akhir bulan nanti anda akan dapat mengetahui kebanyakkan duit anda dihabiskan dengan membeli barang-barang yang tidak penting sahaja. Terkejut bukan?
Bagaimana merekod perbelanjaan?
Terdapat beberapa cara untuk merekod perbelanjaan harian anda, seperti menggunakan handphone, buku 555, atau dengan menggunakan Microsoft Excel.
Tetapi untuk mudah, saya menggunakan handphone sahaja. Rata-rata handphone yang digunakan sekarang ini boleh diinstall aplikasi untuk merekod perbelanjaan.
Sebagai contoh, saya menggunakan iPhone. Aplikasi yang terbaik untuk merekod perbelanjaan adalah HomeBudget.
Saya sudah mencuba pelbagai aplikasi iPhone untuk merekod perbelanjaan harian saya dan saya mendapati HomeBudget adalah aplikasi yang terbaik. Ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri rekod yang diperlukan oleh anda, malah ianya juga boleh merekod banyak akaun sekaligus.
Sebagai contoh, saya boleh merekod perbelanjaan saya dalam akaun Wang Tunai, akaun Maybank, akaun CIMB dan termasuklah kad kredit yang saya gunakan. Kesemua keluar masuk duit akan dikira dan saya akan dapat mengetahui jumlah duit yang saya ada dari setiap akaun-akaun yang dibuat tadi. Sangat bagus…
Kesimpulan
Rekod perbelanjaan ini memang satu proses yang melecehkan kerana sekecil-kecil duit syiling yang dibelanjakan pun perlu direkodkan. Tetapi apabila anda telah biasa membuat rekod ini, proses ini akan menjadi mudah.
Anda perlu ingat, output yang kita inginkan dalam Bahagian 4 ini adalah, kita ingin tahu ke manakah duit itu dibelanjakan. Adakah duit kita dihabiskan dengan membeli barang-barang yang tidak perlu atau, duit kita dibelanjakan pada barang-barang yang penting sahaja?
Daripada situ, barulah kita boleh ubah cara perbelanjaan kita agar duit yang selebihnya nanti boleh disimpan untuk mencapai matlamat kita seperti yang diterangkan dalam Bahagian 3 – Tetapkan Matlamat sebelum ini. Saya doakan semoga anda berjaya… ๐
Lawrence Vision says
Artikel yang sangat menarik.Kalau boleh saudara post pasal cara menggunakan aplikasi iPhone HomeBudget tu sebab saya dah download tetapi tak reti nak pakai.please.Thanks k.
CypherHackz says
InsyaAllah.. Saya akan buat artikel yang khusus untuk penggunaan software HomeBudget itu. ๐
ziqah says
duit keluar tu kredit ke debit?cnfius la
ariana says
menarik, memang leceh nak tulis 1 1, tetapi ia mmg akan memberikan manfaat kt kite…lau dh biase tulis akan jadi rutin harian…:)
CypherHackz says
Yup! Betul.. Mula2 memang leceh. Tetapi apabila dah lama, ia akan menjadi kebiasaan. ๐
Ahmad Adib says
nice entry..actually saya g search jer kord gitar lagu dadali..ternampak tajuk artikel ini kat sebelah pulak..hehe
actually saya baru jer buat rekod aliran tunai harian di dalam excel..hehe2..memang sesuai sangatlah untuk orang yang kuat berbelanja macam saya..8least saya tahu mana menghilangnya duit hari2..hehe2..lagipun, satu lagi, selepas membuat kumpulan amaun duit yang ada dengan amaun yang dibelanja, kadang2 xperasan pulak duit pandai terkurang..huk3..tapi ia membantu otak saya untuk ligat berfikir(imbas kembali) apa yang telah dibelanja..hehe2..for others, this way is truely amazing dan effective sangat2 walaupun saya xsampai sebulan pun menggunakan cara ini..hehe,,..jom,mari kita tingkatkan kemahiran kita dalam kewangan masing2..ini adalah salah satu cara atau yang paling asas untuk mereka yang ingin bergelar jutawan..mana mungkin anda mampu menjaga duit jutaan ringgit jika kewangan sendiri belum kukuh dan paling parah duit anda menghilang macam silap mata kan?? hehehe2..all the best..^,^
sabrina says
thanks for info… i pon ader download financing software dlm hp tapi x berapa nk reti nk guna gak. i memang jneis kaki pengumpul resit..hahahahah..tp nk susun tu yg malas…klu u boleh suggestkan yg terbaik utk handle resit2 itu agar x serabut dlm purse sy ni..tunggu 3-4 bln skali i susun dlm file “peti keramat resit” sy..menimbun gak la purse tu….yg best nyer org ingt byk duit sbb tebal..skali bukak, resit daaa…heheheh
sabrina says
let me know if anything about financing….i suka… sbb i love money..money …money..hehheheeh