Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Tak Best – Alien vs Predator 2

05.01.2008 // 15 Comments

Aku baru je balik kuar dengan gf aku nih. Hu3. Gi tengok wayang cite Alien vs Predator 2 dekat Tebrau City. Hurm…bagi aku, aku bagi 2.5 daripada 5 bintang untuk cerita ini. Memang betul cakap kawan aku, cerita ni tak best. Aku ingatkan die saje cakap tak best sebab die memang tak suke tengok cite-cite macam ni. Rupe-rupenye, memang betul tak best. Rugi je tengok.

Alien vs Predator 2 mengisahkan pergaduhan antara Alien dengan Predator. Dan yang sadisnye adalah, dorang jadikan Bumi ni sebagai tempat pertarungan dorang. Apa ke pelik dorang ni. Banyak-banyak tempat, kat Bumi jugak dorang landing. Ish3. Bermula dari terhempasnya kapal angkasa Predator ke Bumi telah menyebabkan spesis-spesis alien membiak dengan banyaknya di sebuah bandar yang bernama Gunnison, Colorado.

Baca selanjutnya…

Pelancaran Ubuntu Newbie Malaysia

02.01.2008 // 21 Comments

Ubuntu Newbie Malaysia

Alhamdulillah… Akhirnya terlaksana jugak hasrat aku untuk membuat website yang khusus untuk Ubuntu ini. Setelah menerima beberapa pandangan dan pendapat untuk website Ubuntu tu, aku berjaya melancarkan website Ubuntu tersebut. Terima kasih kepada korang semua yang membuat undian untuk website Ubuntu aku itu. Terima kasih.

Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah lagi website yang dihandle oleh aku. Oh, banyaknye website aku. Hu3. Website Ubuntu ini akan fokus kepada Ubuntu dan aku akan kongsikan segala tips dan kaedah yang aku pelajari sepanjang aku menggunakan Ubuntu ini.

Baca selanjutnya…

Undian untuk website Ubuntu

28.12.2007 // 27 Comments

Edit: Aku dah buat dah website untuk Ubuntu tu. Untuk maklumat lanjut boleh baca entri ini.

Aku bercadang untuk buat website khas yang akan fokus kepada Ubuntu. Seperti yang kita tahu, memang dah banyak website Ubuntu yang berbahasa Inggeris. So aku pun ingat nak buat website Ubuntu yang focus untuk rakyat Malaysia. Kirenye lebih kepada blog la. Segala apa yang aku belajar dan yang aku buat dengan Ubuntu, akan aku kongsikan bersama di website Ubuntu tu.

Kat Malaysia ni yang buat website khas menceritakan Ubuntu adalah, melayubuntu.blogspot.com, ubuntubm.wordpress.com dan ejon.wordpress.com. Ketiga-tiga website ni memfokuskan Ubuntu kepada rakyat Malaysia. Yang aktif, hanyalah website melayubuntu.blogspot.com itu yang dimanage oleh saudara Syahid Ali.

{democracy:1}

So aku pun nak tanya korang la kan, korang rasa elok aku buat website Ubuntu dalam BM atau BI? BI memang dah banyak yang ada kat internet ni. Cume yang BM je yang kurang. Tapi kalau buat website dalam BI, leh la aku letak Adsense untuk generate income. Hu3.

Baca selanjutnya…

Celcom Broadband 3.6Mbps hanya RM98 sahaja

27.12.2007 // 23 Comments

Ye! Korang semua mesti tidak percaya kan? Tapi itulah yang sebenarnye. Pada hari Sabtu yang lalu, aku telah check website Celcom. Saje-saje melawat website Celcom tu. Then bukak la page Celcom Broadband. Mata aku tertarik dekat satu bende ni. Pakej broadband 3.6Mbps tu skang ni hanya RM98 sahaja. Sebelum ni harga die adalah RM120. Sangat-sangat berpatutan bagi aku. Sebab still under budget aku, RM100.

celcom-d98

So tadi, aku pun pergi la ke Celcom kat JB ni. Tengok-tengok, dah tutup dah Celcom Center kat Taman Tasek tu. Dorang dah pindah tempat kat mana tah, aku tak tahu. Tapi die ada tunjuk peta la macam mana nak ke sana.

Aku gi Celcom Center pun just nak upgrade broadband aku ni ke pakej 3.6Mbps tu. Sebab UTM ni dapat HSDPA coverage. Thats why aku nak upgrade pakej tu. Cume masalahnye bile aku balik rumah nanti. Kat rumah aku tak dapat HSDPA network. Tapi aku dah bagitahu kat Celcom suruh dorang upgrade network kat kawasan rumah aku. Wah…macam manager pulak kan aku ni? Main suruh-suruh je. Korang mana berani. Wargh!

Ubuntu Milik Aku

25.12.2007 // 17 Comments

Memang dah lama aku teringin sangat untuk menggunakan Ubuntu. Sebelum ni just bermain dengan Live CD je. Tak best sangat kalau guna Live CD sebab korang takkan merasa ke-feel-an die.

Setiap kali keluar je version baru, aku akan mintak dorang hantarkan CD ke rumah aku. Yang terbaru untuk Ubuntu version 7.10 Gutsy Gibbon, aku telah mintak sebanyak 20 keping. Habis setiap kali ada je budak yang datang bilik aku, aku akan bagi satu. Dorang hairan kenapa aku bermurah hati nak bagi CD Ubuntu tu.

Screenshot-thumb
Image 1 – Kena run bende ni setiap kali aku nak gune Celcom Broadband

Namun begitu, pada tengahari semalam aku telah keluar ke Taman U untuk beli hard disk Western Digital Sata II 320Gb dan RAM DDRII 1Gb. Misi aku beli barang-barang ni adalah untuk install Ubuntu. Yeah!

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in