Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Tak Best – Alien vs Predator 2

05.01.2008 // 15 Comments

Aku baru je balik kuar dengan gf aku nih. Hu3. Gi tengok wayang cite Alien vs Predator 2 dekat Tebrau City. Hurm…bagi aku, aku bagi 2.5 daripada 5 bintang untuk cerita ini. Memang betul cakap kawan aku, cerita ni tak best. Aku ingatkan die saje cakap tak best sebab die memang tak suke tengok cite-cite macam ni. Rupe-rupenye, memang betul tak best. Rugi je tengok.

Alien vs Predator 2 mengisahkan pergaduhan antara Alien dengan Predator. Dan yang sadisnye adalah, dorang jadikan Bumi ni sebagai tempat pertarungan dorang. Apa ke pelik dorang ni. Banyak-banyak tempat, kat Bumi jugak dorang landing. Ish3. Bermula dari terhempasnya kapal angkasa Predator ke Bumi telah menyebabkan spesis-spesis alien membiak dengan banyaknya di sebuah bandar yang bernama Gunnison, Colorado.

[BEGIN: Warning! Kat bawah ni ada spoilers]

Plot jalan cerita ni so, so la tapi boleh la kalau korang nak tengok. Cume yang aku tak puas hati nye kat ending. Macam cerita ni dorang nak habiskan cepat je. Punye la senang dorang nak matikan alien ngan predator tu. Jatuhkan sebijik bom nuklear dengan orang awam sebagai umpan, terus habis cerita. Senang je ek? Nape dorang tak buat masa awal-awal tu?

Tapi kesian la jugak kat mereka-mereka yang menjadi umpan oleh Colonel yang tak berperkemanusiaan tu. Habis satu bandar musnah. Dah la ramai yang mati ke bunuh ngan alien tu. Tambah pula dengan bom nuklear tu. Bagi aku, aku rasa pembunuh sebenar adalah Colonel tu sebab die yang bunuh semua alien tu.

Yang predator tu pulak even die dah kene cucuk dengan alien, tapi die still boleh berlawan. Die still boleh kalahkan semua alien-alien yang ada. Takyah gune bom nuklear. Manusia ni memang pemusnah sejagat. Adoi la…

[END: Warning! Kat bawah ni ada spoilers]

Kesimpulan, if korang nak tengok gak cerita ni, korang tengok la. Tapi aku dah bagi rate, Tak Best. So paham-paham je la. Hu3. Kalau korang tengok and tak puas hati, jangan salahkan aku. Salahkan director cerita tu yang nak cepat habis cerita ni sebab nak tayang time Krismas hari tu.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Pelancaran Ubuntu Newbie Malaysia
Bagaimana untuk memulakan blog? »

Comments

  1. shadowX_19 says

    06.01.2008 at 12:01 am

    aku dah tau awal2 movie ni tak best.. member aku gak yg bagitau. pasal ending die a jadi tak best… cam cite anaconda 2. pakai bom je tuk bunuh semua. tak menarik langsung idea [-(

    Reply
  2. melayubuntu says

    06.01.2008 at 12:20 am

    haha…tapi cite i am legend best walaupun guna bom gak time ending…ekekek…

    Reply
  3. CypherHackz says

    06.01.2008 at 12:26 am

    #shadow – Hak3. Aku gila setuju dengan pendapat kau. Sape2 yang nak tengok cite ni, takyah la… Better tunggu DVD die kuar. (aku tak cakap DVD pirate hokey).

    #melayubuntu aka syahid :p – I am Legend tu best coz hero die memang akan jadi legend. Lagi pun memang hero die tak kuat. Ni alien lawan ngan predator. Last2 bom gune bom nuklear je, baik tak yah. Hu3.

    Reply
  4. mazudi says

    06.01.2008 at 1:53 am

    Aku tak suka citer ni sejak yang pertama dulu lagi.

    Reply
  5. Wizurai says

    06.01.2008 at 8:03 am

    nasib baik aku pulih Anak Halal dari tgh Alien ni…

    Reply
  6. kita says

    06.01.2008 at 8:05 am

    :d kesian kat ko erk…yang penting ko tengok jugak dan tidak menyokong cetak rompak

    Reply
  7. CypherHackz says

    06.01.2008 at 10:55 am

    #mazudi – Betul2 tak suka kau nih. Ish3.

    #Wizurai – Aku cerita melayu jarang tengok kat wayang. Kecuali kalau cite apek berlakon. 😀

    #kita – Hu3. Aah. Kesian kat aku kan… Hik3.

    Reply
  8. dr.xero says

    06.01.2008 at 10:44 pm

    OK..tak jadi nak tgk..hoho..sedut je.. lol

    Reply
  9. Wizurai says

    06.01.2008 at 11:51 pm

    hehehe… ko ni laa… minat betul la ngan si apek tu… :d

    Reply
  10. ubie79@gmail.com says

    07.01.2008 at 5:00 pm

    Hohoho, lain kali percayalah diriku inih…. baik tengok Enchanted doploh kali!!!

    Reply
  11. Azhar Ahmad says

    07.01.2008 at 7:52 pm

    Cik cypher tlg betulkan nama saya di komen sebelum… Takut kena spam lahhh

    Reply
  12. CypherHackz says

    07.01.2008 at 10:17 pm

    #xero – Tindakan yang bagus tapi kurang tepat.

    #wizurai – Best dowh apek. Hu3.

    #Azhar – Erks! Nak aku tukar semua ke?

    Reply
  13. manchurr says

    08.01.2008 at 10:17 am

    huhu nasib baik aku pilih National Treasure over AVP2 ni last week heheh

    Reply
  14. shadowX_19 says

    09.01.2008 at 10:24 pm

    haha. layan dvd pirate je. malas nak beli yg ori :d

    Reply
  15. adi says

    20.01.2008 at 3:14 pm

    memang tak best. sama jugak dgn cite cloverfield yg aku g tgk baru ni. last2 bom jugak. xde ending yg menarik. x berbaloi g cinema huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in