Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Bagaimana untuk memulakan blog?

14.01.2008 // 41 Comments

Ramai yang tanya aku macam mana aku boleh handle blog yang banyak. Aku bukannya ada satu, dua atau tiga, tapi aku ada 6 blog. Aku tahu, ada orang yang mempunyai lagi banyak blog dari aku tapi dorang pun macam aku. Ada cara tersendiri bagaimana untuk handle blog-blog yang banyak tu. Lain orang, lain caranya. Tapi, itu bukan tujuan utama untuk entri kali ini. Entri ini aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana untuk memulakan blog.

Zaman sekarang ni ada lagi ke yang tak tahu apa itu blog? Atau juga dikenali sebagai weblog? Kalau korang tak tahu blog tu apa, blog tu seperti yang korang lihat sekarang ni la. Sebuah platform di mana korang boleh kongsikan segala idea, pendapat, perasaan, pengetahuan, isu terbaru dan segala-galanyanya yang korang nak sampaikan kepada orang lain. Mungkin ada yang berkata buat blog ni bukan bagus pun, menceritakan hal peribadi pada orang lain. Memang betul pun, ada blog yang sangat-sangat personal. Ada blog yang menceritakan hal peribadi sendiri, tapi biarlah dia. Dia nak menceritakan dan berkongsikan kisah hidup dia. Tak salah kan? Mana la tau nanti pada suatu ketika nanti, dia dah takde. Boleh la korang membaca kisah kehidupan dia sepanjang dia hidup.

1. Percuma atau host sendiri?

So berbalik kepada topik kita. Bagaimana untuk memulakan blog? Well, ianya tidaklah sesusah mana pun. Terdapat pelbagai service yang disediakan di Internet. Yang utama dan yang selalu orang pakai pada zaman sekarang ni adalah, WordPress.com dan Blogspot.com. Kedua-duanya mempunyai rating yang baik pada ketika ini. Tapi bagi aku, korang pilih yang WordPress sebab ianya lagi mudah, fleksibel, banyak themes dan stucture yang kemas.

Tetapi, kalau nak best lagi, korang beli la hosting dan domain sendiri. Lagi best. Lagi senang korang nak handle blog korang sebab korang bebas untuk melakukan apa saja apa blog korang tu. Kalau gunakan servis-servis percuma ni, selalunya pergerakan kita terhad dan tak boleh nak buat macam-macam. Lagiun, sekarang ni hosting dan domain dah murah dah. Korang boleh dapatkan domain serendah RM28 setahun dan hosting pakej 5Gb dengan harga RM68 setahun. Dah murah sangat-sangat dah tu. Setahun, tak sampai pun RM100 korang bayar. Kalau sehari simpan duit RM1 x 5 hari x 4 minggu x 12 bulan, korang dah boleh kumpul duit sebanyak RM240. Ha, lebih dari RM100 tu… Takkan la tak boleh nak beli hosting ngan domain sendiri.

2. Script enjin yang digunakan

Sekiranya korang decide untuk beli hosting ngan domain sendiri, aku cadangkan korang pilih WordPress sebagai script blog korang. Ianya popular. Even aku pun menggunakan WordPress di semua blog-blog aku. Bukan saja ianya percuma, malah senang dijaga, mempunyai plugin yang banyak, theme yang banyak dan rakan-rakan blogger yang ramai. Cara nak setup script WordPress ni pun, tak la susah mana. Korang boleh tanya aku if korang nak tahu macam mana caranya.

3. Setup title, description, kategori

Then, setelah korang mempunyai blog, korang decide la title apa yang sesuai nak digunakan. Description dia apa. Kategori-kategori yang nak digunakan. Setup dulu segalanya. Nak advanced lagi, gunakan plugin-plugin yang menarik untuk memeriahkan dan mempelbagaikan lagi blog korang tu. Setelah selesai semua itu, korang buat la artikel korang yang pertama. Ucaplah apa-apa yang korang nak ucapkan. Nak ucap terima kasih pada aku pun boleh sebab aku terangkan pada korang bagaimana nak memulakan blog ni ha. Aku tak kisah pun. Aku terima je ucapan terima kasih korang dan aku akan balas balik dengan sama-sama. Baik kan aku? Hu3.

4. Promotekan blog korang

Selepas itu, korang promotekan la blog korang tu. Kecuali la kalau korang taknak orang lain baca blog korang. Cara nak promote pun bukan la susah mana. Ajak la kawan-kawan korang untuk datang lawat blog korang. Bagi link dia. Selain tu, korang lawat la blog orang lain jugak dan berikan komen-komen yang sepatutnya. Komen dibuat bukan untuk spam tapi ianya untuk kita berikan pendapat kita mengenai artikel yang ditulis oleh blogger tersebut. Ala korang ni, macam tak paham-paham pulak. Nanti dah habis baca entri ni, bagi la komen. Ades!

5. Pasang tracking code

Dan kalau korang bosan-bosan, tambahlah tracking code kat blog korang. Macam aku, aku gunakan Google Analytics. Ianya percuma dan mempunyai banyak features. Memang aku galakkan korang untuk menggunakan Google Analytics nih. Banyak benda baru yang korang akan dapat tahu bila korang menggunakan Analytics ni. Kalau korang nak tahu apa yang best yang terdapat dalam Analytics nih, korang kena la cuba dulu. Hu3.

6. Update blog korang

Then, setelah korang lakukan semua di atas, korang duduk la diam-diam. Update blog korang macam biasa. Tulis je apa yang korang terasa nak tulis. Pastu tu, gi lawat blog orang lain pulak. Then duk diam-diam balik. Then update lagi blog korang tu. Lama-kelamaan, akan datang la orang yang berikan komen kat website korang tu. Pada mulanya, memang la susah nak dapatkan pengunjung tapi janganlah risau sangat sebab kat dunia ni, takde benda yang senang. Semuanye kena bersusah payah dulu.

Sebagai contoh, korang pergi la kat website CypherHackz.Net aku tu. Korang browse la entri-entri aku pada aku mula-mula blog pada tahun 2005. Berapa je yang nak bagi komen. Berapa orang je yang nak datang melawat. Tapi skang ni, bila dah 2 tahun aku berblog, dapat gak aku pengunjung tetap yang sentiasa menantikan entri-entri terbaru aku. Sama la jugak ngan korang nanti. Jangan berhenti usaha. Walaupun takde orang yang berikan komen, tak semestinya takde orang yang baca entri korang tu. Just teruskan menulis, menulis dan menulis. Dan tak lupa juga, lawat dan berikan komen-komen yang bernas di blog orang lain.

7. Kesimpulan

Jadi diharapkan dengan sedikit tips dan kaedah yang aku kongsikan di sini, dapatlah sedikit sebanyak membantu korang dalam membuat blog. Nanti kalau blog korang dah femes, jangan la lupa kat aku ni. He3. Whatever pun, aku doakan korang semoga berjaya dalam dunia blogging. Ingat, tak semestinya tiada komen sebab orang takde, dan tak semestinya orang takde sebab tiada komen. Korang faham tak ni? Takpe-takpe, suatu hari nanti korang faham la. 😉

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Tak Best – Alien vs Predator 2
Cirit or Die? »

Comments

  1. izzAt says

    14.01.2008 at 11:08 pm

    tp ak rase blogspot adalah platform terbaik untuk free blog platform, ak penah guna wordpress.com sblom ni.. banyak menda yang dorang limitkan. Cthnya themes. Xleh customize apa sume, boleh kalo korang pro CSS. satu lagi, dulu ak ada tnya admin die, kenapa x leh pakai Javascript, coz ak nk letak shoutbox..then dorang cakap due to security reason. ntah la. then ak blog kat blogspot smp skrang. tu pn masih bertatih lagi. setelah lama meninggalkan wordpress.com, ak ingat ada perubahan, tp ada la skit cume part nk letak code2 tertentu masih xleh..huhu..
    well, ak setuju dengan cypher, wordpress the best platform for blogging kalo korang guna hosting+domain sendiri..
    dulu ada gak beli domain..ceyh..org beli domain nk beli gak, tp time tu mmg noob giler pasal web2 ni..haha.. membazir camtu jer setahun.. tgk la pasni ak rancang nk beli satu hosting+domain..hehe

    Reply
  2. Wizurai says

    14.01.2008 at 11:34 pm

    kalau lebih best, domain + hosting beli sendiri la… macam² boleh buat… tapi kalo beli domain je tapi takmoh beli hosting lagi, boleh buat redirect atau guna aje custom domain kat blogspot tu… :)>-

    Reply
  3. top0 says

    15.01.2008 at 12:24 am

    ape beza hosting ngan domain ek??? lg satu.. ape nme plugin tok ltak smiley kt coment….:-?:-?

    Reply
  4. CypherHackz says

    15.01.2008 at 12:30 am

    #wizurai – aku setuju sangat2 ngan kau. better beli domain n hosting sendiri. baru puas hati. 😀

    #top0 – domain tu merupakan nama link website kau, sebagai contoh macam, http://www.cypherhackz.net, http://www.blogaku.net, http://www.tentangcinta.com ha, yang tu la yang dinamakan sebagai domain.

    hosting pulak adalah space untuk kau letak file2 website kau. segala file dan images yang kau gunakan untuk website akan diletakkan dihosting tu. :)>-

    Reply
  5. top0 says

    15.01.2008 at 12:52 am

    ooo00 ok thanx…:d:d:d ape nama plugin untuk ltak smiley kt komen ek?? ssah aku nk mngingat smiley2 punye code…:-?:-?

    Reply
  6. CypherHackz says

    15.01.2008 at 12:54 am

    erks, lupe pulak nak bagitau. ni ha link die: http://priyadi.net/archives/2005/02/27/wordpress-yahoomsn-messenger-style-smileys-plugin/

    Reply
  7. CypherHackz says

    15.01.2008 at 12:58 am

    [Comment ID #22210 Will Be Quoted Here]

    hak3. adoi… tapi aku bukan kat wordpress ada widget ke? tapi kau boleh je gune domain kau tu and forwardkan ke kaunyer blogspot. kau check post yang wizurai buat. die ada bagitahu macam mana nak buat bende alah tu.

    Reply
  8. top0 says

    15.01.2008 at 1:00 am

    ok seribu kali thank u…. semakin ceria la coment aku pasni.=|=|=| ….hohoho thanx.

    Reply
  9. Azhar Ahmad says

    15.01.2008 at 2:11 am

    Yah2 yah… TQ TQ En Cypher!!!

    Reply
  10. mazudi says

    15.01.2008 at 9:16 am

    Enam bulan pertama (atau lebih) berblog adalah masa untuk cari identiti penulisan kita. Dalam masa ni idea penulisan tidak cukup banyak dan terlalu luas skopnya. Bila kita dah dapat identiti kita sendiri dalam penulisan blog, fokus penulisan akan tertumpu pada satu subjek yang kita suka tulis.

    Anyway start dengan tulis apa apa yang korang rasa nak tulis. It’s good dan dia jugak tak mudah.

    Reply
  11. kita says

    15.01.2008 at 9:27 am

    waduhhh-waduh panjang lebar cerama hari ini erkkkk:d…memang mantap artikel ni…memang betul bab nak pelawat n komen tu yang susah…kalau tak nak bagi kecewa..setkan dalam minda menulis artikel tersebut untuk diri sendiri

    Reply
  12. CypherHackz says

    15.01.2008 at 9:32 am

    [Comment ID #22217 Will Be Quoted Here]

    No problem brader. 😀

    [Comment ID #22220 Will Be Quoted Here]

    Sama-sama. Ihiks!

    [Comment ID #22250 Will Be Quoted Here]

    Yup. Pada mula2 memang kita tak tahu nak tulis apa. Tapi tulis je apa yang korang nak tulis. Memang akan ada orang yang baca punye. Hu3.

    [Comment ID #22252 Will Be Quoted Here]

    Aah. Panjang sebab banyak sangat nak diceritakan. Hu3. Bosan tak?

    Reply
  13. dr.xero says

    15.01.2008 at 11:12 pm

    ooo ooo..begitu nak buat blog..leh la cube pasni..wuhuuu :d

    Reply
  14. Wizurai says

    16.01.2008 at 7:03 am

    mazudi dan yg lain²,

    mula² memang ada sesetengah org taktau nak tulis apa… lama² akan jadi mcm cypher ni la… dah ketagih menulis sampai beli banyak domain… huhu…

    Reply
  15. CypherHackz says

    16.01.2008 at 7:31 am

    [Comment ID #22268 Will Be Quoted Here]

    Macam tu la serba sedikit. Hu3.

    [Comment ID #22273 Will Be Quoted Here]

    Hak3. Kau jangan cakap macam tu. Malu aku. :”>

    Reply
  16. Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain & Web Hosting says

    22.10.2008 at 8:56 am

    […] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain & Web Hosting menawarkan perkhidmatan sewaan ruang web kepada individu dan syarikat dengan menyediakan pelbagai variasi pakej yang menarik […]

    Reply
  17. lojan says

    21.05.2009 at 7:39 pm

    macam mana org buat duit 3-4 ribu sebulan tu?

    Reply
  18. Anis Jimy says

    17.06.2009 at 5:24 pm

    hmm mcmne aku nak cari view aku pnye blog dari google or tmpat lain???

    Reply
  19. jai says

    21.06.2009 at 9:27 pm

    banyak info yang aku dapat dr blog ni. Thanks

    Reply
  20. juliet says

    24.07.2009 at 5:55 pm

    herm…..nampak sangat la aku ni kebutaan IT…hu3…. 😥

    Reply
  21. Ha says

    26.10.2009 at 3:19 pm

    bleh tak tolong saya camne nak tukar tamplet. saya guna tamplet yg blogspot tu tp x sesuai untuk perniagaan.. saya mmg taktau ape2 pasal blog,

    harap bantu saye.. 😥

    Reply
  22. idzwan says

    28.11.2009 at 9:41 pm

    bro,camne nk wat cr domain free ke ada x? syer la email sy k..tq.

    Reply
    • CypherHackz says

      29.11.2009 at 6:07 pm

      Tak ada la bro free2 domain ni… Kecuali yang .cc la…

  23. gurl says

    23.12.2009 at 9:17 am

    apa best sgt blog ni? nati org fitnah ke apa ke…sume punca dr blog kn? huhu

    Reply
  24. gurl says

    23.12.2009 at 9:18 am

    aku ckp je :up: 😀

    Reply
  25. CypherHackz says

    23.12.2009 at 10:13 pm

    Bergantung pada orang jugak cik kak. Tak semua orang memfitnah. 😳

    Reply
  26. zuraidah says

    10.02.2010 at 5:05 pm

    bagusla awak tunjuk cara nak buat blog dan publishkannya

    Reply
  27. fza says

    17.02.2010 at 11:53 am

    salam.

    bagus la ko nih..berkongsi ilmu dgn org…sgt2 la berguna tips yg ko gtau tuh terutama kt org cam aku yg xtau pape pasal blog. nak minta tolong ko sebenarnye..aku ada create satu blog..guna blogspot..dah berpuluh2 kali aku try install layout..lastly berjaya gak..tp ada certain pic yg cam dr photobucket tu xpublish..nape jd camtu eh?kena ada account dgn photobucket eh?cuma aku xtau la cane nk letak title kt atas bagi nampak menarik.pastu klu nak letak home, product & contact kt atas cane eh?nak minta jasa baik ko la beri tunjuk ajar..aku nak wat blog utk bisnes online.br nak start..byk yg xtau.bg ko klu kita nak jual brg online guna apa yg simple.dlm blog tu just nk letak gmbar produk n price..pliz email aku eh..tq so much

    Reply
  28. Shondra Czarny says

    20.03.2010 at 8:22 pm

    I think you can do no wrong making things easier for your readers, and I think this is achieved through preview and subscription functionalities.

    Reply
  29. razif says

    12.05.2010 at 12:15 pm

    jika anda mempunyai blog tapi xthu cara nk promosi kami ada menawarkan pakej menarik anda boleh layari sendiri http: / / mudahiklanpercuma . blogspot. com

    Reply
  30. shafarulz says

    08.06.2010 at 4:11 am

    thank you so much bro..satu langkah bijak.. :up: :XO:

    Reply
  31. suria says

    13.06.2010 at 6:58 pm

    thanks for the gud info….tpi kan cmner nak wat yg langgan tu ek?feed tu?

    Reply
  32. aneez says

    16.06.2010 at 3:41 am

    :up: salam…
    Thanx for da info utk newbie mcm I ni. Nanti next time kalo I ada anythg yg nak dxnya @ perlukan advce dr u harap dpt dbantu k. Kalo ada info yg terbaru pls email to me for sharing.

    Thanx again….wsalam.

    Reply
  33. Mia says

    16.06.2010 at 11:43 pm

    ah la. aku pun baru nk nery buat blok. nak buat bisnes online gak tp setiap kali aku
    online, berjam2 aku terkial, akhirnya kesudah apa pun aku tak tau.
    aku bukan la buta IT tp ada rabun jauh sikit la.
    mintak tolong sape2 kt sini yg bemurah hati. aku baru create tajuk je,
    Nk create despcription pun xde idea. blur je.
    helb! help!

    Reply
  34. shafarulz says

    10.10.2010 at 4:29 am

    asalamualaikum..bro,thanks atas info yang ade dalam ni :up: ..alhamdulillah dah dapat setup satu blog untuk 1st time..hehehe 😆 8) harap bro dapat sentiasa beri tunjuk ajar k thank you so much again :XO: 😀 😀 ..http://shafarulz.blogspot.com/

    Reply
  35. ddyt says

    02.12.2010 at 6:36 pm

    saya ada soklan yg sama mcm org seblm ni tp lom berjwb. Cemana yg org blh dpt income dgn tulis blog? blog yg free camni gak ke?

    Reply
  36. Nidzal says

    29.05.2012 at 3:35 am

    Camne nak tukar blog free ke berbayar? Cthnya dri blogspot? Nak tukar domain. Blog asal kat blogspot tu kena buat semula ke???

    Reply
  37. Haris says

    19.05.2014 at 12:17 pm

    mcm mana nak masukkan title description 2 ek..

    Reply
  38. butaIT says

    30.08.2015 at 1:41 am

    Assalam… saya mmg buta IT. x faham la.. membazir tak kalau saya bayar untuk belajar pasal blogging ni? ingat nak start blog untuk wat biz online. tapi ramai cakap membazir… tp nak belajar sendiri tak tahu..

    Reply
  39. fifi says

    08.12.2015 at 10:44 pm

    sangat membantu..tq ^-^

    Reply
  40. Salman says

    13.10.2019 at 7:02 pm

    Terima kasih kerana membantu saya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in