Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Pelancaran Ubuntu Newbie Malaysia

02.01.2008 // 21 Comments

Ubuntu Newbie Malaysia

Alhamdulillah… Akhirnya terlaksana jugak hasrat aku untuk membuat website yang khusus untuk Ubuntu ini. Setelah menerima beberapa pandangan dan pendapat untuk website Ubuntu tu, aku berjaya melancarkan website Ubuntu tersebut. Terima kasih kepada korang semua yang membuat undian untuk website Ubuntu aku itu. Terima kasih.

Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah lagi website yang dihandle oleh aku. Oh, banyaknye website aku. Hu3. Website Ubuntu ini akan fokus kepada Ubuntu dan aku akan kongsikan segala tips dan kaedah yang aku pelajari sepanjang aku menggunakan Ubuntu ini.

Tetapi kenapa url die www.iamnewbie.net? Well, semuanye disebabkan trademark Ubuntu yang tidak membenarkan sape-sape untuk menggunakan perkataan Ubuntu atau Buntu di dalam domain. Sungguh jenuh aku nak pilih nama untuk domain masa tu. Tapi kire ok. At least aku tak kena saman la kan. Naye je if kene saman tak pasal-pasal.

So kepada korang semua, jemput-jemput ke website Ubuntu aku tu. Korang boleh langgan site feed aku itu melalui RSS feed ataupun email. Dua-dua boleh.

CypherFS-NewBuntu

Disebabkan website baru, so aku pun kene la mendesign theme yang unik untuk website Ubuntu aku tu. Theme tu aku namakan sebagai CypherFS-NewBuntu yang bersempena dengan nama website iaitu Ubuntu Newbie.

Theme ni aku design simple-simple je based on website Ubuntu jugak. Tapi takde la fully cume structure die je lebih kurang dengan website Ubuntu. Nak guna logo Ubuntu pun bukan boleh main sebarang guna je. Sebab logo die pun trademark jugak. So terpaksa la aku letak copyright kat footer tu supaya takde apa-apa isu yang akan timbul. Hu3.

Kalau korang nampak (mesti korang nampaknye), ada tiga banner kecik kat atas header tu. Banner tu bukan aku main letak je. Ada fungsi die. Nanti bile aku dah buat banyak entri, korang akan tahu apa gune banner itu. Muhahahaha…

So, lagi sekali, sila-sila datang jemput ke website tu. Panggil je semua orang kampung, orang bandar, orang yang tahu gune Ubuntu, orang yang tak tahu gune Ubuntu untuk ke website aku tu. Hu3. Kalau rajin, promote-promote la kan. Dush!

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Undian untuk website Ubuntu
Tak Best – Alien vs Predator 2 »

Comments

  1. Fahmishah says

    02.01.2008 at 8:09 pm

    lepas ni leh la aku install oo boon too

    Reply
  2. dr.xero says

    02.01.2008 at 8:41 pm

    damn nice domain…nape la aku tak tepikir domain nih dulu,…hohoh.. design blog tuh centek..sesuai ngan ubuntu..

    Reply
  3. Wizurai says

    02.01.2008 at 10:44 pm

    kuar jugak akhirnya…
    banyak btol domain ko eh?

    Reply
  4. CypherHackz says

    02.01.2008 at 10:51 pm

    #Fahmishah – Hak3. Baik kau install sekarang. Kalau tak entah bile2 la kau akan install nanti. ๐Ÿ˜€

    #xero – Aku tahu kau akan terpikir domain nih. Dats why aku beli cepat2. :p

    #Wizurai – Aah. Masuk yang ni yang ke-7. Tapi ada lagi satu, yang ke-8. Aku dah beli dah cume website die still in development.

    Reply
  5. kita says

    03.01.2008 at 9:47 am

    fuhhh banyaknya betul blog ko erk..macam mana ko jaga erk…ajar ler sikit ๐Ÿ™‚

    Reply
  6. CypherHackz says

    03.01.2008 at 9:58 am

    Aku handle macam biasa je. Hari ni blog ni, esok blog lain pulak, dan seterusnya. Hu3.

    Reply
  7. ubie79@gmail.com says

    03.01.2008 at 12:53 pm

    Pengsanla kau hapdet semua blog ehhh

    Reply
  8. awqi_zar says

    03.01.2008 at 1:51 pm

    haha..jelez ak ko de byk domain..hihi..erk,btol ker xble pki nme ubuntu/buntu kat domain?ak igt nk wat blog psal ubuntu tp domain de p’ktaan ubuntu la.huhu..ades..ape lg ygxble yek bro?

    Reply
  9. CypherHackz says

    03.01.2008 at 5:26 pm

    #ubie – aku update satu2 je. tak de update sekali semua sekaligus.

    #awqi_zar – yup. kite tak boleh nak gune domain yang ada ubuntu/buntu sebab yang tu dah terletak dalam trademark dorang. even untuk blog persendirian pun tak boleh nak gune nama tu. aku dah tanya dah kenapa aku nak gune domain yang ada perkataan ubuntu tu, tapi tak boleh. dats why aku gune iamnewbie.net tu. kalau tak, dah lama dah aku gune ubuntu dalam domain.

    Reply
  10. awqi_zar says

    03.01.2008 at 5:40 pm

    ooo..tq cypher tp klu ak nk pki codename ubuntu nyer version ble x?mmm.. ๐Ÿ˜•

    Reply
  11. CypherHackz says

    03.01.2008 at 6:10 pm

    owh, yang tu aku tak pasti pulak. cube kau email trademarks@ubuntu.com
    aku tak terpikir pulak nak buat gune codename sebab nanti kalau version baru kuar, kang tak best pulak domain tu nanti.

    Reply
  12. awqi_zar says

    03.01.2008 at 6:17 pm

    ok bro..giler byk blog ko..heee..jgn xterjaga dh la bro..ape2 pun,ak sambut baik usaha ko nie bro..heee..

    Reply
  13. CypherHackz says

    03.01.2008 at 6:55 pm

    hak3. nanti kalau kau dah buat website ubuntu, kasi promote sikit. leh kitorang join sekali.

    Reply
  14. melayubuntu says

    03.01.2008 at 10:04 pm

    wah…dah buat ek..bagus2
    “Spread Linux to the masses”
    Slpas ni ramai lg yg try ubuntu…

    Reply
  15. gie says

    04.01.2008 at 5:34 pm

    kau boleh detect os aku skang tak…? :d

    Reply
  16. CypherHackz says

    04.01.2008 at 5:48 pm

    #malayubuntu – aah. baru je setup hari tu. sila2 datang jemput ke website ubuntu aku tu.

    #gie – maksud kau ape ye brader? gue kureng paham sih.

    Reply
  17. aman says

    04.01.2008 at 6:41 pm

    wow..cun gak tue..huhu :d

    Reply
  18. gie says

    04.01.2008 at 9:15 pm

    maksud aku,time aku komen,aku menggunakan os ape…ubuntuk ke,mac ke,vista ke, xp ke, fedora ke…hehe…

    Reply
  19. gie says

    05.01.2008 at 12:19 pm

    kau kene tag…wahaha… =|

    Reply
  20. Jom Linux says

    02.10.2008 at 5:12 pm

    :d aku dah tgk blog baru ko tue..canteekk..aku rasa kalu ko bubuh buntu kat belakang ke. rasanya takde apa-apa kot…

    Reply

Trackbacks

  1. Amanz Network » Pack Transformasi Untuk Windows XP says:
    04.01.2008 at 7:25 pm

    […] korang pernah dengar mengenai Ubuntu. Baru-baru nie pun, Fauzi a.k.a Cypher telah melancarkan laman blog Ubuntu dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga komuniti Ubuntu Malaysia yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in