Semalam aku, awek aku, Ina, Dayah dan Lim telah berkesempatan untuk ke City Square, Johor Bahru. Pada asalnya memang tidak terlintas pun untuk kami semua pergi ke CS itu. Tujuan sebenar adalah hendak pergi ke Zoo Johor. :(|) Tetapi disebabkan hujan, aku terpaksa menghampakan Ina yang nak sangat pergi ke Zoo Johor itu. ;))
Kami tiba di CS jam 5.20 petang. Mula-mula ingatkan dapat la tengok cerita Meet the Spartans yang dikatakan lawak sangat itu tetapi cerita itu sudah mula pada pukul 5 petang tadi. Tayangan seterusnya adalah pada jam 7 malam. Disebabkan takut tidak sempat ke Larkin untuk menghantar Lim ke stesen bas, aku pun decide tengok cerita Cloverfield tayangan 6 petang. <:-p
Owh, pening! :-& Aku memang sudah tahu yang cerita itu hanya menggunakan sebuah kamera sahaja dan dirakamkan oleh orang yang tidak berpengalaman. Walapun pening, tetapi aku masih boleh tahan lagi. Tetapi, awek aku, Ina, Dayah dan Lim semua dah pegang-pegang kepala. Tidak tahan dengan gerakan-gerakan kamera yang sungguh amatur itu. Lim siap tertidur lagi disebabkan tidak tahan dengan pusingan kamera yang 360 darjah itu. |-)
