Banyak wayang yang aku tonton sejak akhir-akhir ini. Minggu lepas, salah satu cerita yang aku tonton adalah cerita Jumper. Kawan-kawan aku katakan yang cerita Jumper ini menarik, jadi aku tempah la tiket untuk menonton bersama-sama dengan rakan-rakan aku yang belum menonton cerita ini.
Jumper mengisahkan seorang budak yang selalu kena buli ketika dia di bangku persekolahan dan secara tidak sedar dia rupa-rupanya mempunyai kuasa yang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Itu pun dia sedar selepas dia terpaksa menyelamatkan diri dia dari mati lemas di bawah sungai yang telah beku di permukaannya.
Setelah David Rice, si budak teleport ini mendapati yang dia mempunyai kuasa yang unik menyebabkan dia menyalahgunakan kuasa yang dia ada. Cuba korang semua bayangkan apabila korang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sekelip mata. Dan sekelip mata itu juga bilik korang penuh dengan wang-wang kertas yang boleh memberikan kekayaan. Itulah yang berlaku pada si budak teleport ini.
