Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Best – Meet the Spartans

03.02.2008 // 22 Comments

Aku baru sahaja balik dari City Square, JB untuk menonton filem komedi Meet the Spartans bersama-sama dengan Ayep, Hakim dan Yazid. Ranking untuk cerita ini aku berikan 3 daripada 5 bintang dan aku berikan tanda “Best” je. Sebab utama yang menyebabkan website ni dapat “Best” daripada yang sepatutnya adalah, cerita dia sekejap sangat. 1 jam je cerita ni. Tak puas bayar RM10.

Tapi kalau korang nak tengok cerita Epic Movie, korang kena tengok cerita Narnia terlebih dahulu. Dan kalau korang nak tengok Meet the Spartans, korang kena tengok cerita 300. Kalau tak, tak best la nanti sebab korang tak tahu part mana yang ditiru oleh cerita ni dan part mana yang tidak. Kalau korang dah tengok cerita 300, mesti korang akan tergelak terbahak-bahak bila aksi-aksi di dalam 300 diubahsuai menjadi komedi.

Kebanyakkan aksi yang dibuat dalam cerita Meet the Spartans ni sungguh jijik. Tak boleh belah aku bila ada part sembur-menyembur. E…yek! Tapi ada juga part yang lawak gila. Sebagai contoh, part Spartans lawan dengan Persians. Dorang bukan lawan dengan pedang pun, tapi lawan dengan break dance. Entah apa-apa tah.

Dan bagi peminta cerita Heroes, jangan risau. Ada ayat yang selalu disebut dalam cerita Heroes, turut dimasukkan dalam cerita ini. Sudah semestinya korang tahu sebab ayat tu memang famous dalam cerita Heroes.

Jadi, macam yang aku cakap tadi, kalau korang nak tengok cerita Meet the Spartans ni, korang kena tengok terlebih dahulu cerita 300. Barulah korang dapat sedikit idea kenapa plot tu jadi macam tu, plot ni jadi macam ni. Pepehal pun cerita ni BEST!

This week, minggu depan cerita yang aku nak tengok — Kungfu Dunk. Ada sape-sape mahu ikut?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Best – Cloverfield
Kenapa ramai blogger baru yang kecundang? »

Comments

  1. Fahmishah says

    04.02.2008 at 12:26 am

    aku xnak habiskan duit semata2 cita lawa gini..huhu banyak lagi bende lawak yg leh tgk kat luar panggung..kekeke

    Reply
  2. top0 says

    04.02.2008 at 1:09 am

    la sejam je ke….:-w:-w:-w ni yg cam malas nk p tgok ni… dload je r… mgu ni byak list movie yg menanti… cj7– dunia baru—ntah ape lg ntah…#-o#-o#-o

    Reply
  3. emptyspace says

    04.02.2008 at 1:41 am

    save the cheerleader, save the world?

    ha bole la aku tengok raye cina ni.. tp kalo dvdrip/dvdscr keluar lebih cepat, maka download aje nanti

    Reply
  4. Azhar Ahmad says

    04.02.2008 at 2:07 am

    Adegan dekat Death Hole tuh aku tak tahan… Lepas sorang-sorang kena tendang.

    Lagi satu, masa Orang Persia datang Spartan.

    Kalau dengan perempuan, give me five.

    Kalau dengan lelaki, yuckkkkk, commolot!!!

    Reply
  5. dinzz says

    04.02.2008 at 10:16 pm

    aduhai sejam je ke?? cite die ni ala2 macam scary movie la nie. cite mcam ni baik tggu dvdrip kuar aku donlod.. ahaks

    Reply
  6. ejon says

    05.02.2008 at 7:15 am

    rm10 sejam?

    takper la.. tunggu torrent la aku… hoho

    Reply
  7. catzer says

    05.02.2008 at 9:43 am

    muahahahah,aku mahu pergi hari rabu..tiket murah skit.. :)>-

    Reply
  8. melayubuntu says

    05.02.2008 at 10:43 am

    [Comment ID #22897 Will Be Quoted Here]

    haha..sama la..wakaka

    Reply
  9. CypherHackz says

    05.02.2008 at 11:26 am

    #Fahmishah – Tu la pasal. Aku ingatkan cerita ni panjang. Rupa2nya sekejap je. Tak puas tengok. ๐Ÿ™

    #top0 – CJ7 best ke?

    #Emptyspace – Erks! Macam mana kau tahu pasal “Save the cheerleader, save the world”?

    #Azhar Ahmad – Hak3. Tu yang kelakar tu. Tak boleh belah aku tengok gaya dorang. :))

    #dinzz – Cerita dia macam Epic Movie. Ala-ala, scary movie jugak la. Hu3.

    #ejon & melayubuntu – Apa barang tunggu torent. Download direct rapidshare la brader. ;))

    #catzer – Idea yang bagus. Pergi waktu murah baru puas hati.

    Reply
  10. Tech Geek says

    05.02.2008 at 2:55 pm

    Ko ni buat aku nak tengok cita meet the spartan tu…Khamis ni pakat ramai-ramai tengok cite Stephen Chow..Konfirm best..

    Reply
  11. kucai says

    05.02.2008 at 9:01 pm

    peh.. tadi aku nak beli yang piret punya cd.. hampeh.. kedai piret tutp.. lagi tertekan aku… sejam je ke? takpe.. spoof movie ni memang kegemaran.. hehe

    Reply
  12. CypherHackz says

    06.02.2008 at 12:00 am

    #Tech Geek – Khamis ni aku nak tengok cerita Kungfu Dunk brader. Mau join? ๐Ÿ˜€

    #kucai – Kalau kau nak gelak2 boleh la tengok cerita ni. Tapi kalau nak layan betul2, takleh la.

    Reply
  13. ikoko says

    06.02.2008 at 12:22 am

    ada satu part tu kan..

    wahahaha.. aku tatahan tul. yang part GTA .. tetiba je tukar grand theft auto.. ahaha.. :))

    pastu yang part dia bagi nasihat kan anak dia, sebelum dia pi berjuang..

    yang tersilap.. pi nasihat orang kerdil tu… yang tak masuk akal tu.. camner bleh tetiba ada orang kerdil kat situ.. wahahaha..

    tapi aku banyak gelak la tengok citer ni.

    em.. tu la.. pasal masa tu.. 1 jam je.. aku kluar-kluar wayang.. ingatkan dah kol 1 lebey.. skali tu baru kol doblas. uhukz..

    tapi kira ok la.. sebab tengok wayang b4 12 kat tgv jusco tebrau, harga RM8 je. ๐Ÿ™‚

    Reply
  14. CypherHackz says

    06.02.2008 at 12:44 am

    Aah. Yang tu lawak gak tu. Tibe2 masuk pulak GTA. Siap die lari2 kan nak amik senjata. Entah apa2 entah.

    Tapi memang cite ni tak masuk akal la. Tibe2 ada pulak outlet untuk cucuk plug untuk transformer tu. Entah apa2 entah dorang ni. Hu3.

    Reply
  15. Tech gekk says

    06.02.2008 at 1:24 pm

    Aju dah tengok semalam, memag sempoi habis..entah macamana Rocky pun ader.Sampai putus kepala budak tu dia tumbuk..Ending memang gampang..mati kena himpap transformers.

    CyperHackz# – Ko nak tengok kat maner…aku nak join..

    Reply
  16. syia says

    08.02.2008 at 10:02 am

    rajinnye dia ni tengok wayang

    Reply
  17. top0 says

    08.02.2008 at 9:46 pm

    cj7 best gak la… gua kipas susah mati stephen chow beb…. hohohooh sesiapa ade sumber meet the spartan selain torrent??? …aku x berapa mesra torrent sgat la….

    Reply
  18. shadowX_19 says

    18.02.2008 at 3:11 pm

    tak best a citer ni. terlalu merepek sgt.. rugi je aku tgk. lagi syok layan scary movie.. aku bagi 2 dari 5. :-w

    Reply
  19. emptyspace says

    18.02.2008 at 3:55 pm

    dah tgk dah cite ni kat vcd,.. tak best langsung

    Reply
  20. CypherHackz says

    19.02.2008 at 10:05 am

    Dah kuar dah ke VCD die bro?

    Reply
  21. emptyspace says

    19.02.2008 at 11:21 am

    dah kuar.. tp CAM version la..

    maksud aku bukan tak best langsung, ade jugak part2 yg memang lawak.. tp majoriti semue kurang menarik especially apabila byk aksi gay.. dah mcm trend da kalo hollywood buat filem mcm ni.. mesti ade selit adegan gay..

    Reply
  22. paskal says

    21.02.2008 at 5:54 pm

    ahaks aku dah donlod citer ni dari piratebay.. mmg lawak giler ah…wahhhhaahaha… :d:d:d wajib tonton ni kepada mereka yang lum tonton lagi :-w

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in