Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Kenapa ramai blogger baru yang kecundang?

05.02.2008 // 33 Comments

Ramai blogger baru yang wujud setiap hari. Semuanya disebabkan mereka terpengaruh dengan blogger-blogger yang sudah “well-established”. Ala, korang pun tahu la kan, blogger-blogger yang veteran seperti Azhar Ahmad, Mohd Ismail, Fahmishah dan lain-lain semuanya sudah mempunyai income sendiri dari blog mereka. Dan blogger-blogger veteran inilah punca utama kenapa ramai blogger baru kecundang di pertengahan jalan.

Pertama sekali, cuba korang fikir. Kenapa ramai orang ingin menjadi blogger? Dari pandangan aku, kebanyakkan mereka-mereka ini terpengaruh dengan banyaknya duit yang blogger-blogger veteran ini dapat dari blog mereka. Dan disebabkan itulah ramai yang ingin buka blog sendiri. Mereka fikir mereka akan dapat duit yang banyak sekiranya mereka mempunyai blog. Tetapi tahu tak kamu semua betapa susahnya blogger-blogger veteran ini untuk mendapat duit yang sebanyak itu?

Aku mengikuti perkembangan blogger-blogger veteran ini sejak dari dahulu lagi. Aku tahu sedikit sebanyak bagaimana mereka boleh muncul, berkembang dan berjaya menjadi seorang blogger yang memperoleh income bulanan yang lumayan. Bukan senang untuk menjadi senang, kawan-kawan.

Kebanyakkan blogger baru ini kecundang disebabkan mereka tidak memperoleh income seperti yang mereka jangkakan. Ramai rakan-rakan aku bertanya, berapa banyak yang aku dapat dari blog. Aku pun cakap, ada la dalam 3 angka sebulan. Dan mereka terpengaruh dengan apa yang aku cakapkan dan mereka pun ingin buat blog. Tetapi tahu tak korang apa yang terjadi?

Dalam sebulan, ok la lagi. Masuk bulan kedua, dorang stop. Dah malas dah nak blog. Dah semakin malas nak update blog. Kenapa? Sebab tiada orang yang melawat blog dorang dan tak dapat income seperti apa yang blogger-blogger veteran di atas tu dapat. Dan aku sangat hairan…

Kemudian aku pun bagi la nasihat kepada kawan-kawan aku ini. Termasuklah kepada korang semua yang ingin membuka blog sendiri. Ingatlah wahai kawan-kawan, untuk menjadi blogger yang berjaya bukan duit yang diutamakan. Apa yang penting adalah, minat. Minat untuk menjadi blogger dan bukan minat untuk mendapat duit. Kerana, dari minat menjadi blogger itulah duit akan datang dengan sendirinya.

Kalau korang semua tidak percaya, tanyalah mereka-mereka yang sudah berjaya memperoleh duit yang banyak setiap bulan itu. Tanyalah Azhar Ahmad. Tanyalah Mohd Ismail. Tanyalah Fahmishah. Tanyalah blogger-blogger yang dalam list aku itu. Tanyalah dorang. Macam mana susahnya dorang untuk berblog sehingga dorang mampu memperoleh duit dari blog seperti apa yang dorang dapat sekarang ini.

Tiada benda yang boleh datang bergolek tanpa ada suatu daya yang menggolekkannya. Tiada blogger yang berjaya tanpa minat dan kesungguhan untuk menjadi blogger yang sejati. Kepada semua blogger-blogger baru, aku doakan semoga korang berjaya. Jangan putus asa dan jangan jadikan duit sebagai matlamat utama. InsyaAllah, korang semua akan berjaya.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Best – Meet the Spartans
Wajib Tonton – Alvin and The Chipmunks »

Comments

  1. WaWa says

    06.02.2008 at 12:28 am

    asl aku xde dlm list ko? haha. betul, perkara utama adalah MINAT. kalo niat berblog dah terpesong sejak mula2 lagi, memang lah akn kecundang di tgh jalan. hoho.

    Reply
  2. ikoko says

    06.02.2008 at 12:33 am

    yosh.. minat tu yang paling utama..
    semua perkara pun kalau kita buat tanpa minat, mungkin akan berhenti sekerat jalan.

    Reply
  3. CypherHackz says

    06.02.2008 at 12:50 am

    #WaWa – Erks! Ok2, aku dah letak dah kau dalam list tu. :p

    #Ikoko – Yup. Aku pun setuju dengan kata-kata kau yang berdasarkan kata-kata aku. Maksudnya, aku setuju dengan kata-kata aku sendiri. ๐Ÿ˜

    Reply
  4. Fahmishah says

    06.02.2008 at 3:10 am

    aku dulu blogging bukan sebab duit atau nak well known tp mmg minat aku untuk mencuba sesuatu yg baru.sekarang aku still enjoy apa aku buat..

    p/s: teringat aku portal weblogscenter

    Reply
  5. Azhar Ahmad says

    06.02.2008 at 3:40 am

    blogger-blogger yang veteran seperti Azhar Ahmad, Mohd Ismail, Fahmishah dan lain-lain

    Veteran kah aku? Waaaa…

    Jujur saya cakap, saya mula blog tahun 2002, dan sekarang 2008. Pertengahan 2007 barulah letak iklan. Itupun pasal ada Malaysia ads.

    Sehingga sekarang masih memegang prinsip, wang bukanlah segalany, yang penting kepuasan.

    Betul saya dah capai 3 angka sebulan.

    Tapi, duit tu kembali semula ke bloggers yang saya sayang. Yang selalu beri komen dan perangsang.

    Kalau tidak masakan bulan lepas ada hadiahnya. Itu semua guna duit dari iklan.

    Apa2pun, ia berdasarkan niat kita. Apa yang kita nak….

    Namun, untuk bertahan di dunia bloggers adalah perkara yang agak sukar.

    Jadi, untuk bloggers2 baru, jangan melulu berfikir tentang duit segala. Fikirkan dulu tapaknya dan sebagainya.

    Nah, tepuk dada tanya selera. kau mahu duit, atau kau mahu berblog?

    Reply
  6. elvinado says

    06.02.2008 at 9:14 am

    Kenapa cam terasa je aku (Orang yang makan cili die la rasa pedas). Tapi kini aku sudah berubah. Kini aku cuma guna wordpress.com. So takkan dapat duit. Blog cuma nak berseronok dan dapat kawan. Dan sekarang dah ader la sikit kawan yang dikenali dalam net. Hehe.:)

    Reply
  7. Darkz05 says

    06.02.2008 at 10:38 am

    sebut pasal wang sumenya laju aja. trus buat blogs. huhuhu. manusia, manusia ;))

    Reply
  8. kita says

    06.02.2008 at 11:12 am

    memang betul..memang banyak blog baru sekarang ni termasuk saya :)kadang-kadang genap setahun terkubur ler blog tu ๐Ÿ™

    Reply
  9. CypherHackz says

    06.02.2008 at 11:16 am

    #Fahmishah – Takde sape ke nak beli balik domain tu? Kau beli la Fahmi. ;))

    #Azhar Ahmad – Kau bukan veteran ke? Ekekeke…

    #elvinado – Itu lah juga salah satu kegunaan blog. Untuk mendapatkan lebih ramai kenalan di Internet ni. ๐Ÿ˜€

    #Darkz05 – Standard la brader. Sape yang tak nak duit kan… Hu3.

    Reply
  10. melayubuntu says

    06.02.2008 at 12:29 pm

    hoho…aku stuju..berblog bukan utk duit tapi krn minat dan sifat ingin berkongsi..
    “its not about what you earn, its about what you give”

    Reply
  11. gie says

    06.02.2008 at 12:57 pm

    jap…check dulu aku tersenarai ke tak…

    huh..?terima kasih cypher..tersenarai gak aku… :d ok…komen aku plak…aku pun kira baru gak dalam blogging…blog ni sebab minat…takde success mane pun..tapi,aku rase,cypher pernah cakap dulu..teruskan menulis walaupun takde org komen…takde org visit…lama2,insyaallah,akan datang juga,walaupun seorang..percayalah…hurm…skang ni,iklan,kira sampingan je bagi aku..kalau ade,aku terima,kalau takde,senyap sudeh…ape yang boleh dikongsi,teruskan berkongsi..bak kata pepatah forum,sharing is caring…ade ilmu,sebarkan je…dah2..cukup…

    Reply
  12. Tech gekk says

    06.02.2008 at 1:29 pm

    Ramai orang ingat blogging ni perkara mudah..tapi sebenarnya kita dan tuhan je yang tahu..Bagi aku,orang yang blog untuk kepuasan dan suka share, memang akan bertahan lama dana akhirnya boleh jana pendapatan sendiri, tapi kalau niat mula dia nak blogging tu pasal nak duit, memang konfirm dia putus asa.Percayalah.

    Reply
  13. top0 says

    06.02.2008 at 7:06 pm

    yeah..<:-p<:-p aku bukan blogger baru yg tahan sebulan je.... aku da tahan 2 bulan.. hohohohoho:)>-:)>- moga2 aku bleh tahan lama lg..[-o<[-o<

    Reply
  14. emptyspace says

    06.02.2008 at 7:54 pm

    aku blogging dah masuk 4 tahun.. ade la dpt duit sekali sekala.. tp tujuan aku berblogging bkn utk dpt duit.. tp untuk meringankan otak dengan menulis apa yg aku suke (walopun kekdg menyakitkan hati org) dan gembire bile ade org bace dan memberi komen..

    Reply
  15. Wizurai says

    06.02.2008 at 9:27 pm

    makin ramai blogger baru yg muncul…
    ramai yg kecundang atau tak aku tak pasti pulak…
    tapi apa kata pada blogger yg dah kecundang tu, buat entri pasal dah ‘kecundang’ ni… kira mcm pengakuan la, “saya dah letih… duit tak dapat pun mcm org lain… saya mengaku kalah…”
    boleh camtu?

    Reply
  16. rasso says

    06.02.2008 at 10:07 pm

    Tampaknya ako juga tersenarai… walaupun bukan tiga angka…
    hahaha :d

    Reply
  17. pHu YinG says

    06.02.2008 at 11:12 pm

    Wang bukan segalanya, dik.. ๐Ÿ˜‰

    Reply
  18. SangPelangi says

    07.02.2008 at 9:52 pm

    Hehe.. saya tak pernah dapat duit dari blog..
    still hepi jugak pe?
    bak kata Ramli Sarip…
    “Aku menulis bukan kerna nama,
    Kerna sifat kasih, pada sesama insan,
    yang menyatakan kasih sayangMu”

    cewahh.. layan beb lagu Papa Rock ni.. penuh mesej. (aice lari tajuk, sori tuan tanah.. ngehehe)

    Reply
  19. afham says

    08.02.2008 at 9:33 pm

    aku blog wat sronok2..duit tk tau nk wat cam ne?? ๐Ÿ™

    Reply
  20. Khai says

    09.02.2008 at 7:30 am

    uuuuuuu sedihnya aku tak tersenarai… ye la… aku x layak ๐Ÿ™

    hurm, mengenai duit dalam berblog ni, kalau dulu boleh la kita cakap blog yang paling baik bukan blog nak cari duit tapi blog dengan penulisan yang datang tulis dari hati..

    zaman sekarang, bukan saja penulisan ikhlas dari hati, malahan blog juga dah macam part time untuk kita..

    paling penting minat kena la ada.. ni tulis beribu2 patah perkataan dalam satu entri, tapi ntah ape dia merepek.. tulisan je semua.. selitla gambar sket penyejuk mata… haha..

    neway bro, link blog khai dah tukar…. justkhai.com .. ๐Ÿ˜€

    Reply
  21. Zeothrone says

    10.02.2008 at 3:17 am

    Hi, I’m one of your regular visitors at http://www.cypherhackz.net/ and I found some of your entries are quite amusing. Keep it up and I’m pretty sure you’ll be one of the famous bloggers around. Good luck!

    Reply
  22. syamsulariff.com says

    10.02.2008 at 9:43 pm

    jgn dipaksa dan jangan disogok..biar mereka sendiri yg minat berblog..kalau ade niat lain..hm..skerat jalan le jawabnya ๐Ÿ˜€

    Reply
  23. shadowX_19 says

    18.02.2008 at 3:09 pm

    ya2.. aku sokong kate ko tu… tp aku menulis blog bukan untuk duit tapi adalah untuk suka2 dan nak mantapkan lagi skill aku. :)>-

    Reply
  24. megat says

    18.02.2008 at 5:14 pm

    Dapat bayar domain & hosting pun dah ok ๐Ÿ˜

    Kebanyakan yang berjaya adalah mereka yang memang tujuan asalnya bukan nak buat duit tapi minat! Sebab tu boleh pegi sejauh ini tanpa merasa erti kekalahan (kekadang mereka down sbb lukajiwa #:-s ).

    Biasanya klu memang niat memiliki blog kerana duit, mmg tak lama. Dan mereka mmg cepat putus asa bila pencapaiannya tak seperti dirancang atau diwar-warkan!

    Take 5. Tutup mata anda! Fikir-fikirkanlah!

    Reply
  25. anakkawi says

    17.03.2008 at 3:59 pm

    yup, betul tu,
    tanpa minat usaha tidak akan ke mana…

    Reply
  26. locoman says

    28.08.2008 at 12:16 am

    salam,Nak bagi komen sikit:d
    “knapa ramai yang nak jadi blogger’? dan kecundang?
    Termasuk aku:d

    1.Ramai yang tahu apa itu “internet”
    2.Terlalu banyak “offer” dari pembuat laman web.[ cnth: e-book dll ]
    3.Ingin mencuba “sesuatu yang baru”[ boring asik chat jer ]
    4.Kurang paham sesuatu “makna” atau “panduan”[ in-english ]
    atau pun “computers basic words”
    5.Kurang komitmen,yakin,support dan masa.

    Wassallam,locoman

    Reply
  27. che mie says

    22.12.2008 at 1:07 pm

    nasihat yang bernas dari tuan

    Reply
  28. Mohd Zaini says

    14.02.2010 at 5:25 pm

    Sebab apa bukan sebab duit?

    Kalau sebab duit kita buat blog, bila tak dapat duit kita akan kecewa dan malas nak berblog. Betul cakap tuan tanah, kalau tak ada minat, kesungguhan dan sabar, memang blogging bukan untuk mereka.

    Nak maintain blog susah, nak update malas, nak tunggu blog banyak trafik lagi la susah. Tapi ada orang boleh buat. Sebab duit bukan puncanya.

    Reply

Trackbacks

  1. cari duit online, buat duit dengan blog says:
    08.02.2008 at 12:28 pm

    […] kenapa ramai newbie yang kecundang dengan blog? […]

    Reply
  2. post terakhir.... | my liFe as topO... says:
    10.02.2008 at 4:41 am

    […] post terakhir??? aku da nak bersara dari bidang blog… aku dah malas nak jaga blog ni… aku blogger baru yg kecundang???menulis blogย  x mebawa apa2 erti pada aku??? hohohoho tidak sama sekali…. ni adalah post […]

    Reply
  3. Share Your Thoughts « Sehening Kalbu says:
    17.03.2008 at 4:17 pm

    […] tengah keboringan. Jumpa lak kisah “Kenapa ramai blogger baru yang kecundang?” Hrm, mula2 mari kita berfikir. Siapa itu blogger? Adakah anda layak digelar […]

    Reply
  4. Aku Ke Ini?? says:
    28.02.2010 at 3:08 am

    […] http://www.blogaku.net/archives/2008/02/05/kenapa-ramai-blogger-baru-yang-kecundang/ […]

    Reply
  5. Kucing Rempit 2010 « Aku Ke Ini?? says:
    28.02.2010 at 3:14 am

    […] http://www.blogaku.net/archives/2008/02/05/kenapa-ramai-blogger-baru-yang-kecundang/ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in