Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Best – Cloverfield

02.02.2008 // 14 Comments

Semalam aku, awek aku, Ina, Dayah dan Lim telah berkesempatan untuk ke City Square, Johor Bahru. Pada asalnya memang tidak terlintas pun untuk kami semua pergi ke CS itu. Tujuan sebenar adalah hendak pergi ke Zoo Johor. :(|) Tetapi disebabkan hujan, aku terpaksa menghampakan Ina yang nak sangat pergi ke Zoo Johor itu. ;))

Kami tiba di CS jam 5.20 petang. Mula-mula ingatkan dapat la tengok cerita Meet the Spartans yang dikatakan lawak sangat itu tetapi cerita itu sudah mula pada pukul 5 petang tadi. Tayangan seterusnya adalah pada jam 7 malam. Disebabkan takut tidak sempat ke Larkin untuk menghantar Lim ke stesen bas, aku pun decide tengok cerita Cloverfield tayangan 6 petang. <:-p

Owh, pening! :-& Aku memang sudah tahu yang cerita itu hanya menggunakan sebuah kamera sahaja dan dirakamkan oleh orang yang tidak berpengalaman. Walapun pening, tetapi aku masih boleh tahan lagi. Tetapi, awek aku, Ina, Dayah dan Lim semua dah pegang-pegang kepala. Tidak tahan dengan gerakan-gerakan kamera yang sungguh amatur itu. Lim siap tertidur lagi disebabkan tidak tahan dengan pusingan kamera yang 360 darjah itu. |-)

Bagi yang belum tahu, cerita Cloverfield ini mengisahkan seekor makhluk yang keluar entah dari mana dan tiba-tiba muncul di bandar New York. >:) Disamping makhluk yang besar itu, terdapat juga makhluk-mahkluk kecil yang aku lihat seakan-akan raksasa dalam Starship Troopers. Mereka membunuh manusia dengan kejamnya. [-(

Cerita ini memang menarik kerana ia seperti kisah benar. Cerita ini menunjukkan bagaimana sekumpulan manusia yang cuba untuk menyelamatkan diri dari dimakan oleh makhluk tersebut. [-o< Walaupun ianya pening disebabkan gerakan kamera yang terlampau, tetapi bagi aku cerita ini memang patut ditonton.

Kalau anda berhasrat hendak menonton cerita ini, bawalah asam atau jeruk supaya dapat mengurangkan rasa pening dan mual. Tidaklah nanti asyik terasa hendak muntah di dalam panggung wayang nanti. Macam orang mengandung pulak lagaknya nanti. 8-| Overall aku bagi 3 daripada 5 bintang untuk cerita ini.

Owh, sedikit tambahan. Selepas kami semua balik dari CS dan hendak pergi ke Larkin, tiba-tiba enjin kereta Ina mati di tengah jalan. Rupa-rupanya minyak kereta dia habis. Itu merupakan pengalaman pertama aku merasai bagaimana kesusahannya apabila kereta habis minyak. Tetapi nasib baik sempat hantar Lim ke Larkin selepas jenuh menolak kerata. Kalau tidak, tak sempat la dia nak berhari raya di Kelantan. ;))

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Makin hari, makin ramai yang menjadi blogger
Best – Meet the Spartans »

Comments

  1. Fahmishah says

    02.02.2008 at 1:48 pm

    aku dah tgk khamis lepas.mmg aku dah tau movie ni berkamerakan amatur tapi aku nak juga tgk sebab nak tgk kelainan.huhu bagi aku memang best!

    Reply
  2. top0 says

    02.02.2008 at 2:33 pm

    cam bes je citer ni… tp membe aku sume xnak p tgok cite ni….:((:((:((

    Reply
  3. emptyspace says

    02.02.2008 at 4:05 pm

    lol nape tak contact aku.. rumah aku dah dekat sangat dah tu

    Reply
  4. CypherHackz says

    02.02.2008 at 4:11 pm

    #Fahmishah – Kau tak pening ke Fahmi tengok cerita tu?

    #top0 – Rugi la kau sebab tak tengok cerita tu. Hua3. :))

    #emptyspace – Mana aku nak tahu brader no phone kau. Tapi pasal apa eh? Pasal yang kereta tu habis minyak ke ape?

    Reply
  5. Azhar Ahmad says

    02.02.2008 at 6:34 pm

    Owh2… cerita ni memang best… macam Blair Witch Project…

    Reply
  6. emptyspace says

    02.02.2008 at 8:13 pm

    ha`ah pasal minyak keta abes ar.. kekeke…

    pasal cloverfield tu akak aku kate tak best so aku malas lak nak tengok..

    Reply
  7. adi says

    03.02.2008 at 1:04 am

    tgk gak ko cite ni ek.
    memang memeningkan kepala..konon2 nak buat ala2 kisah benarlah tu. kwn aku 2 org pun duk pegang2 kepala.
    tny pndpt kwn2 yg len…ada yg kata menyesal tgk..termasuk aku
    :d belum sorg lg kata best setakat ni

    Reply
  8. Maizul says

    03.02.2008 at 9:01 am

    Sham rajaadsense kata dia tengok cerita tu pun pening jugak 8-|

    Reply
  9. CypherHackz says

    03.02.2008 at 9:15 am

    #Azhar Ahmad – Sebab aku baca kat blog kau pasal cerita ni. Thats why aku suggest kat member-member aku nak tengok cerita Cloverfield. Hu3.

    #emptyspace – Aku mana ada no phone kau brader. Hu3. URL website kau ada la. ;))

    #adi – Kalau kau boleh tahan dengan pening-pening, tengok la cerita ni. Kalau tak, jangan la.

    #Maizul – Kau tak tengok pulak Maizul?

    Reply
  10. gie says

    03.02.2008 at 10:18 am

    no aku kan ade..apesal tak kontek aku plak…? :d

    Reply
  11. sayang bie.. =) says

    03.02.2008 at 6:21 pm

    pening… :-& 🙁

    Reply
  12. Aisyah says

    03.02.2008 at 10:44 pm

    CLOVERFIELD SUCKS! hahahaa. mabuk. pening. segalanya. when the movie ended, my friends and I were like, wtf? sure, there’s kelainan and the effects were real but the story, me no like. hehe

    Reply
  13. dinzz says

    04.02.2008 at 10:20 pm

    aduh penning aku tgok cite nie.. mugkin pengarah die nak wat kelainan. tapi extreme sngat kelainan die nie.. hahah bagi aku cite ok la..

    Reply
  14. syia says

    08.02.2008 at 10:03 am

    citer ni pun syia sokong! sangat besh

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in