Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Best – Jumper

26.02.2008 // 12 Comments

Banyak wayang yang aku tonton sejak akhir-akhir ini. Minggu lepas, salah satu cerita yang aku tonton adalah cerita Jumper. Kawan-kawan aku katakan yang cerita Jumper ini menarik, jadi aku tempah la tiket untuk menonton bersama-sama dengan rakan-rakan aku yang belum menonton cerita ini.

Jumper mengisahkan seorang budak yang selalu kena buli ketika dia di bangku persekolahan dan secara tidak sedar dia rupa-rupanya mempunyai kuasa yang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Itu pun dia sedar selepas dia terpaksa menyelamatkan diri dia dari mati lemas di bawah sungai yang telah beku di permukaannya.

Setelah David Rice, si budak teleport ini mendapati yang dia mempunyai kuasa yang unik menyebabkan dia menyalahgunakan kuasa yang dia ada. Cuba korang semua bayangkan apabila korang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sekelip mata. Dan sekelip mata itu juga bilik korang penuh dengan wang-wang kertas yang boleh memberikan kekayaan. Itulah yang berlaku pada si budak teleport ini.

Dia telah menggunakan kelebihan yang ada pada dia untuk merompak bank. Tetapi malangnya setelah 8 tahun, ada orang dapat kesan pergerakan dia. Kumpulang pengesan ini digelar sebagai Paladin yang tugasnya adalah untuk membunuh si Jumper ini. Tetapi rupa-rupanya Jumper bukan la David Rice ini sahaja. Ada lagi orang yang boleh Jumper seperti dia.

Bermula dari situlah adengan-adengan bertambah rancak dan bertambah lagi aku terasa nak ke tandas. Ditambahnya dengan air-cond yang sejuk menyebabkan aku terpaksa melepaskan beberapa minit babak menarik untuk ke tandas. Argh…rugi-rugi.

Maka dengan ini aku hanya bagi rating 3.5/5 bintang sahaja dan status BEST untuk cerita ini. Hu3. Maafkan aku Jumper. Sluuup!

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Wajib Tonton – Kungfu Dunk
Wajib Tonton – Vantage Point »

Comments

  1. Azhar Ahmad says

    26.02.2008 at 12:02 pm

    Huhuhuhu, aku bagi 4 bintang…. Eh, kau puas hati tak tengok… Lan tgk semalam pun, sependapat dengan aku… Bakal ada Jumper 2

    Reply
  2. CypherHackz says

    26.02.2008 at 1:19 pm

    Jumper 2? Mesti dia berlawan dengan mak dia r tu. Mak dia kan Paladin.

    Reply
  3. Fahmishah says

    26.02.2008 at 2:23 pm

    aku nak kena tgk la camni =|

    Reply
  4. afham says

    26.02.2008 at 2:28 pm

    cite jumper tk bape komplete..tu yg yg agak kureng best.. 😐

    Reply
  5. kucai says

    26.02.2008 at 3:38 pm

    uiyo.. aku masih menunggu dvd rippjumper.. kalo aku dahulu kena buli.. aku sekarang dah bleh pi tengok sebelah ko ngan kuasa teleport.. best betul kuasa teleport nih…

    Reply
  6. megat says

    26.02.2008 at 4:09 pm

    Erk… adoi bila agaknya aku nak pergi tengok :((

    Reply
  7. en_me says

    26.02.2008 at 7:02 pm

    iye 3x.. keperluan ke tandas itu lebih utama..
    ‘jumper’ ko leh tengok lagi.. tp kalo dah kena batu karang saper nk ganti beb..

    Reply
  8. Mira says

    03.03.2008 at 2:35 am

    Best ke citer nie? Huaa.. ari tu da silap wat pilihan la. Dilemma nk tgok Cloverfield atau Jumper. Tapi gi tgok Cloverfield. Hampeh giler cite die. Huhu..:((

    Reply
  9. alongovtx says

    03.03.2008 at 2:42 pm

    aku setuju…eh!apa yang aku setuju?jumper bakal ada sekual dan aku tengah membayangkan jumper tu ada lebih dalam 20 orang pastu buat geng curut itam.heh!rosak dunia… :d

    Reply
  10. KNizam says

    04.03.2008 at 10:35 pm

    nak kena pegi batu feringghi beli dvd neh. hehe 😮

    Reply
  11. Aisyah says

    05.03.2008 at 2:26 pm

    laaa…org kata citer ni best je. tp xdelah hebat sgt as it looks. but definitely going to watch it. huhu

    Reply
  12. CypherHackz says

    25.03.2008 at 10:30 am

    Best la cik kak cerita Cloverfield tu. Hanya orang yang tak tahan dengan kepeningan je yang cakap tak best. Ish3.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in