Seperti yang aku janjikan, aku akan announce pasal projek aku tu. Projek tu takde la besar sangat pun. Just suka-suka je nak buat. Projek itu adalah… (bunyik dram sket)
Need Backlinks Web Directory merupakan sebuah web directory yang berasaskan script PHP Link Directory yang aku beli beberapa hari yang lepas. Guna web directory ni adalah untuk meningkatkan pagerank website korang dan juga untuk menambahkan backlinks. Jadi, kalau korang nak naikkan PR, sila-sila, hantarkan korang nye link ke web directory aku tu.
Sekarang ni aku tengah buat promosi. So korang boleh submit link secara percuma. Tidak dikenakan bayaran satu sen pun dan tidak mempunyai hidden charge. Tetapi, promosi ni hanya valid sampai 31hb Disember 2007 ni je. Start tahun depan, caj akan dikenakan untuk setiap link yang dihantar. Tapi, takde la mahal pun. Murah je aku bagi.
