Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Domain Aku Beranak-pinak

15.12.2007 // 15 Comments

Korang ada baca entri aku terdahulu pasal aku Giler Domain? Ya, aku sekarang ni tengah mendevelop satu project lagi baru. Project yang aku buat sebagai menyibukkan diri aku yang sibuk ni. Disebabkan nak mendevelop project ini, aku telah beli lagi satu domain. Ini telah membuatkan koleksi domain aku bertambah menjadi 6 buah. Muhahaha…

Hanya certain-certain orang je yang dah tahu dan dah tengok project aku tu. Sebab aku mintak dorang jadi beta tester. Tak susah pun dorang nak test. Senang je. Semua info dorang ada. Dorang just buat je.

Kepada korang yang tak tahu tu, bukan aku tak nak pilih korang jadi beta tester. Aku cume send invitation untuk jadi beta tester pun hanya pada mereka-mereka yang online di YM pada pukul 4, 5 petang tadi. Sape yang online je aku send. Sape yang tak tu, tak dapat la. Ngeh3.

Keputusan yang aku terima dari dorang amat memuaskan cuma masalah email yang dihantar dari server aku ke dorang telah masuk ke Spam box. Aku dah contact Sam (bos bagi ServerFreak) menanyakan pasal masalah ni dan sekarang aku just tunggu reply dari die je.

Walauapapun, aku akan announce pasal project aku tu pada hari Isnin ni, insyaAllah. Korang nanti-nantikan la pada hari Isnin ni. Subscribe site feed aku ataupun subscribe gune email. So nanti takde la korang ketinggalan nak tahu pasal project aku tu. Hu3. Kalau korang tak tahu macam mana nak subscribe gune site feed, aku ada buat satu tutorial ringkas dekat entri ini.

Sebelum aku mengakhiri kata-kata, aku ucapkan terima kasih kepada beta tester aku. Best ada korang. Hu3. Terima kasih sangat2. Sorry r takde kopi or teh kat bilik aku ni. Kalau tak, boleh jugak aku belanja korang minum. Wargh!

ps: Esok aku balik rumah sempena menyambut Raya Aidiladha. Ada sape2 nak ikut aku balik KL? Hu3.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Wajib Tonton – I Am Legend
Ni la project nye… »

Comments

  1. gie says

    15.12.2007 at 10:23 pm

    aku dah join 😐

    Reply
  2. Fahmishah says

    15.12.2007 at 10:41 pm

    lepas ni ko pula aku request utk jadi beta tester.huhu

    Reply
  3. CypherHackz says

    15.12.2007 at 10:48 pm

    #gie – Aku tahu kau dah join. Hak3. :p

    #Fahmishah – Worait brader. No hal. Just ym aku pada bile2 masa. Aku sedia membantu. Yosh!

    Reply
  4. awqi_zar says

    16.12.2007 at 12:09 am

    alaaa..rugi ak xonline..bkan ape..pc ak kne block internet oleh pihak U..huhu..suspect virus/trojan/adware/spyware..ak scan ok jek..huhu..online pun gne wireless,pki laptop awex ak..huhu..ko pki hosting ape bro?hosting yg ak pki skang nie slow la..huhu..

    Reply
  5. CypherHackz says

    16.12.2007 at 12:12 am

    aku gune serverfreak punye hosting. setakat ni ok la. cume maslah tang email tu je la. :d

    Reply
  6. awqi_zar says

    16.12.2007 at 12:23 am

    alang2 nk tny somthing la..bro,ape scrip yg dme gne kat web nie yek? http://ninjabuzz.com/?page_id=16&dlid=173 ..camne die wat redirect,skali dgn countdown mase lg?tq.. :d

    Reply
  7. CypherHackz says

    16.12.2007 at 12:32 am

    takde pape pun aku tengok. yang aku dapat “You should not be here!”

    Reply
  8. awqi_zar says

    16.12.2007 at 1:34 am

    heh..yeker?ak klik ok jek cypher..mmm..

    Reply
  9. Overclock says

    17.12.2007 at 1:33 am

    Projeck ape korang buat nih…Cam best jer..

    Reply
  10. CypherHackz says

    17.12.2007 at 2:06 am

    #awqi_zar – Tak tahu la pulak. Aku klik die tak menjadi. Hu3.

    #Overclock – Project directory aku tu la brader. Kau dah submit dah pun link kau. 😀

    Reply
  11. adib. says

    18.12.2007 at 9:59 pm

    arrghh…best…nk ikot..hahuhuaha…xde banjir ke kt sne..

    Reply
  12. taiko says

    27.12.2007 at 4:29 pm

    banyak duit ko. beli aku satu. aku xreti camna nk beli2 ni:)>-

    Reply
  13. CypherHackz says

    28.12.2007 at 11:56 am

    #adib – kau nak ikut ape adib? ape kene banjir ngan domain? wargh!

    #taiko – muhahahaha… hak3. kau register je kat mercumaya. then kau leh beli domain tu dengan harga RM30 saje. tapi kau kene ada online bankin la.

    Reply
  14. Drsam says

    02.09.2008 at 9:43 am

    Salam. memang uncle dah ketinggalan zaman. Nengok korang nye posting, hebat tapi susah nak faham. Kene le belajo balik ye…. jengok-jengokle blog uncle http://duniaikhwani.blogspot.com/:”>8-|

    Reply

Trackbacks

  1. Ni la project nye… di BlogAku.Net says:
    17.12.2007 at 1:42 am

    […] yang aku janjikan, aku akan announce pasal projek aku tu. Projek tu takde la besar sangat pun. Just suka-suka je nak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in