Semalam pukul 5 petang ketika aku sedang duduk bermain internet dengan syoknye, tibe-tibe hanset aku berbunyi “Incoming transmission!” (voice yang korang selalu dengar masa permulaan game Command & Conquer tu). Bunyi itu menandakan ada mesej yang baru masuk. Then aku pun baca mesej yang baru sampai tu. Rupa-rupanya, kawan aku, Waheda ajak gi tengok wayang. Apa mimpi dia ajak aku tibe-tibe ni? Tapi aku layankan je.
Aku gi bertiga. Kalau korang kata “Berdua Lebih Baik”, oh…tidak… Aku ajak member aku lagi sorang, Faiz namanya. Tempat tujuan kami sudah semestinya Tebrau City. Dah alang-alang nak membuang masa la katakan.
Sampai-sampai je kitorang terus gi tingkat atas sekali. Dalam kepala semua tak tahu nak tengok cite ape. Last-last aku yang decide nak tengok cite I Am Legend . Sebab aku nampak poster I Am Legend tu. Lagi-lagi Will Smith yang berlakon. Aku memang suke tengok cerita-cerita dia. Kalau nak tunggu budak-budak ni decide, memang tak tengok wayang la namanya. Dah beli tiket kitorang pun berjalan-jalan la dulu sementara nak tunggu pukul 7.40 petang.
Cut and short, pada pukul 7.40 petang tu kitorang berjalan-jalan anak nak gi masuk panggung. Time tu orang tak ramai. Kitorang pun masuk la dalam panggung dengan perasaan happynya. Sape yang tak teruja nak tengok wayang kan… Ho3.
Wah…cerita ni memang best. Korang memang takkan merasa kerugian kalau korang tengok cerita ni. Jalan cerita yang menarik dengan pelbagai aksi yang best dari Will Smith menyebabkan aku teruja untuk mengetahui babak-babak yang akan berlaku seterusnya.
Robert Neville (Will Smith) merupakan seorang saintis yang cuba untuk menyembuhkan penyakit yang melanda bandar New York. Dekat New York tu dia sorang-sorang je. Orang lain semua nye dah keluar dari bandar New York untuk menyelamatkan diri. Kiranye New York pada ketika itu merupakan sebuah bandar yang mati. Yang tinggal hanyalah bangunan-bangunan usang dengan penuh debu-debu yang berterbangan.
Namun begitu, Robert Neville ni ditemani oleh anjing peliharaannya. Satu-satunye anjing yang tidak dijangkiti wabak penyakit ni melalui udara. Anjing-anjing lain semua kene jangkitan tersebut. Semua nye jadi ganas dan garang. Kalau die nampak korang je, memang nahas la jawabnye.
Kalau dah hidup seorang diri kat bandar New York tu memang membosankan. Dah takde orang kan. Then ikut suke die je la nak buat ape. Amik barang-barang makanan kat supermarket, pinjam CD kat kedai CD, borak-borak dengan patung, main golf atas kapal perang US. Hidup memang membosankan pada siang hari.
Tetapi pada waktu malam, bandar New York bertukar menjadi sebuah tempat yang ngeri dan ganas. Bertukar menjadi sebuah bandar yang penuh dengan zombie. Wabak penyakit tersebut telah menyebabkan mereka-mereka yang dijangkiti bertukar menjadi zombie dan tidah boleh terdedah kepada cahaya UV (maksudnye takleh kene cahaya matahari). Kalau kene je, kulit dorang akan terbakar dan dorang akan mati. Thats why dorang hanya keluar pada waktu malam je.
Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang cerita ni. Dan setiap perkara yang berlaku tu memang best. Tak bosan korang menengoknye. Dan yang bestnye, ada diselitkan jugak part-part lawak yang dibuat oleh Will Smith sendiri. Terutama masa dia tengok cerita Shrek. Ha3. Memang kelakar. Dan ada jugak part sedih. Huk3.
Dah habis tengok, baru la aku tahu kenapa cerita ni dinamakan sebagai I Am Legend. Nanti korang tengok, korang akan tahu. Memang tak rugi korang keluarkan sedikit duit dan masa untuk tengok cerita ni.
Cite ni memang best dan memang wajib ditonton. Kalau korang dalam dilema dan tak tahu nak tengok cite ape. Aku cadangkan korang tengok cerita ni. Aku bagi 4.5 bintang daripada 5 sebab kamera-man die tak reti nak shoot gambar. Banyak gambar yang bergoyang-goyang sebab kamera-man tu nak follow Will Smith bergerak. Dush!
sumeone says
last2 will smith mati, letupkn diri dengan bom tangan utk membunuh ketua zombie tu. 🙁
Fahmishah says
kalau kau suka Will Smith , aku suka Jet Li..x sabar tgk WarLords.huhu..arituh tgk Golden Compass! siot ada sambuangan
emptyspace says
aku benci kenapa mesti anjing dia mati, kalau manusia mati aku takde rasa apa-apa, tapi bila anjing tu mati, kesian & sedih rasanye
adib. says
mula.dah nk download..tp tgu dulu la..pasal dvd rip xkuar lg..yg ada pon record gambar panggung ja..huh..xpa aku download ja..=|
CypherHackz says
#sumeone – Memang tak best bile last2 die yang letupkan diri die. Tapi nak buat macam mana. Dah meamng tajuk die I Am Legend kan… Hurm…
#Fahmishah – Hak3. Warlords aku tak tahu cite die macam mana. If best, aku nak tengok jugak. Kau buat la review nanti bile kau dah tengok.
#emptyspace – Tau takpe. Nak buat macam mana kan… Dah kene geget dengan anjing lain. Yang aku kesian, Will Smith terpaksa bunuh anjing tu sendiri. Die cekik nye anjing tu. Huk3.
#adib – Kalau yang bukan dvdrip pun, kau sebat yang R5 punye. Quality die sebijik macam dvdrip.
gie says
takde link lagi nak sebat….aku tgh menyebat dexter…hehe.. :)>-
sayang abang =) says
jeles jeles jeles.. :-w
CypherHackz says
#gie – Kalau dah kuar link die bagitahu aku bro. Aku nak sebat gak. Ahaks!
#sayang bucuk ni – Erks! 😡
azurt says
yaaa.. sememenye cerito ini seronot di tonton… aku jerit dua kali je dlm ni.. hampagasss tul.. tekejut aku nate tu tetiba ada kat cermin kete…
tapi, mmg citer ni ada jalan cerita… and ada kesinambungan… tak lari track penonton nak ikut… 5/5 … best.. eventhough ada sikit aksi2 horror dan rupe zombie tu takut gak (ade ke zombie muke tak takut ek?) hahaha