Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

CypherFS-Redelicious – Theme baru lagik!

12.12.2007 // 7 Comments

Aku dah lama nak buat theme untuk website My Nseries Blog aku tu. Tapi disebabkan takde idea dengan kemalasan yang melanda menyebabkan aku terpaksa hold mendesign untuk beberapa kalinya.

Namun begitu, kemalasan itu dapat aku bendung setelah aku bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa dan akhirnya masa bosan itu aku telah mendesign theme untuk blog aku tu. Aku tidak tahu apa yang terjadi dengan aku pada ketika ini. Aku tidak balik ke rumah sebab aku bercadang hendak menyiapkan projek tahun akhir aku. Tetapi bende lain yang aku buat. Projek aku tu takde progress pun setakat ni. Ouch!

Berbalik kepada tajuk asal. Tema untuk theme ni adalah merah. Sebab itu aku namakan theme ini sebagai CypherFS-Redelicious. Aku rasa tak berapa sesuai warna merah dengan untuk Nseries. Tapi aku layankan ajer. Semuanya siap dalam satu hari. Dari segi mendesign sehinggalah part aku nak menguploadkan theme ni ke server.

cypherfs-redelicious

Cume satu bende je yang aku tinggalkan. Website tu tidak mempunyai logo tersendiri. Aku takde idea sebenarnye nak mereka-reka logo nih. If korang ada idea or korang boleh buatkan satu logo untuk aku, aku amat mengalu-alukan. Ada la habuannye nanti. Hu3.

So itu je lah entri aku untuk setakat ini. Aku rasa minggu depan aku nak releasekan theme-theme lama aku to public. Kalau kepada sesapa yang duk menanti theme CypherFS-Orange (pernah digunakan kat myCypherhackz.Net) dan CypherFS-Kay2 (pernah digunakan kat CypherHackz.Net), korang nantikanlah ketibaannya pada minggu depan.

Tapi if aku terlalu busy (busy ke?), aku terpaksa melewatkan sehingga awal tahun depan. Mana la tau kot-kot aku boleh bagi sempena hadiah tahun baru. (Kantoi dah hadiahnye… Ha3).

BTW kalau korang ada sebarang kritikan atau cadangan berkenaan theme CypherFS-Redelicious aku ni, korang boleh bagi melalui komen kat bawah. Dan aku ucapkan ribuan terima kasih kepada korang kerana still melawat blog aku nih. Yosh!

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Kepoweran!!! Entri Tak Hengat!!!
Wajib Tonton – I Am Legend »

Comments

  1. zul says

    12.12.2007 at 3:01 pm

    ala…nnt la aku buatkan…nak nangis la tu..hua3…

    Reply
  2. shadowX_19 says

    12.12.2007 at 4:52 pm

    erm.. merah pekat tu… kale yg menarik.. tapi lagi menarik kalo ade gambar2 hp nokia nseries tu sbb name blog tu pun dah my nseries blog tapi 1 gambar hp pun aku tak nampak.

    Reply
  3. CypherHackz says

    13.12.2007 at 1:07 am

    #zul – ah kau. belah kau nak buat.

    #shadow – tu yang aku tengah tunggu kot2 kalau ada orang nak buatkan. hua3.

    Reply
  4. ikoko says

    13.12.2007 at 2:21 pm

    aku setuju dengan pendapat shadow.. lebih menarik jika ko letak gambar-gambar Nseries

    Reply
  5. dr.xero says

    14.12.2007 at 4:07 pm

    tumpang bertanyer… mengapa dari dulu ko letak name theme : cypherFS? FS tuh mende..huhuh.. 😕

    Reply
  6. gie says

    14.12.2007 at 5:52 pm

    friendster kot :d

    Reply
  7. CypherHackz says

    15.12.2007 at 2:35 pm

    #ikoko – worait. akan aku letak gambar2 nseries bile aku free nanti. he3. skang ni aku tengah ada project baik punye. :d

    #xero – CypherFS tu lebih kurang macam trademark aku la. He3. Cypher, nick aku. FS tu huruf depan nama aku ngan awek aku. Hik3.

    #gie – erks! salah. sila cuba lagi. wargh!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in