Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Ubuntu Milik Aku

25.12.2007 // 17 Comments

Memang dah lama aku teringin sangat untuk menggunakan Ubuntu. Sebelum ni just bermain dengan Live CD je. Tak best sangat kalau guna Live CD sebab korang takkan merasa ke-feel-an die.

Setiap kali keluar je version baru, aku akan mintak dorang hantarkan CD ke rumah aku. Yang terbaru untuk Ubuntu version 7.10 Gutsy Gibbon, aku telah mintak sebanyak 20 keping. Habis setiap kali ada je budak yang datang bilik aku, aku akan bagi satu. Dorang hairan kenapa aku bermurah hati nak bagi CD Ubuntu tu.

Screenshot-thumb
Image 1 – Kena run bende ni setiap kali aku nak gune Celcom Broadband

Namun begitu, pada tengahari semalam aku telah keluar ke Taman U untuk beli hard disk Western Digital Sata II 320Gb dan RAM DDRII 1Gb. Misi aku beli barang-barang ni adalah untuk install Ubuntu. Yeah!

Memang payah gak. Cuak pun ada masa nak install Ubuntu nih. Lagi-lagi aku nak buat dual boot dekat dua hard disk yang berbeza. Hard disk lama aku akan boot Windows XP dan hard disk yang baru ni akan boot Ubuntu. Nak syncronise kan dua bende ni leceh. Sampai tak terkira dah berapa kali aku asyik duk install Ubuntu. Macam-macam masalah yang berlaku.

Screenshot-1-thumb
Image 2 – Aku tak dapat nak tukar resolution menyebabkan website aku jadi pelik. Dan font Arial takde eh dalam Ubuntu?

Salah satu masalah yang paling sukar adalah masa aku nak set jumper untuk hard disk aku tu. Nak pilih yang mana satu jadi Master dan mana satu jadi Slave. Habis jenuh la kan nak set tu. Siap aku gi balik Cytech (salah satu kedai komputer yang popular di kalangan student UTM) semata-mata nak amik jumper kat dorang. Mula-mula dorang cakap takde, tapi bile aku presure sikit, baru la dorang bagi aku jumper kecik cinonet tu.

Then bile balik, tak boleh jugak. Habis merata-rata aku cucuk jumper shunt tu. Tak jadik gak. Siap aku try buat jumper sendiri dengan gune stapler, still tak berhasil. Last-last apa yang aku buat adalah, aku tukar je kabel hard disk tu. Yang lama gi kat port no2 dan yang baru gi kat port no1. Dah siap. Terus jadi. Hard disk baru jadi Master, hard disk lama jadi Slave.

Screenshot-2-thumb
Image 3 – Tengah download file updates untuk Ubuntu aku

Dah tu pulak, time nak install, nak set partition, nak setup itu ini, banyak betul masalah nya. Lagi-lagi masa aku nak setup Celcom Broadband gune Huawei punye USB Modem nih. Punye la leceh. Tapi berjaya jugak la akhirnya. Ingat semuanye ok, then bile restart, tak boleh nak boot pulak. Aduh…

Habis jenuh satu malam aku troubleshoot. Siap install lagi sekali Ubuntu aku tu. Dats why aku cakap tadi, entah berapa kali tah aku install Ubuntu pada hari tu. Jenuh…jenuh…

Screenshot-3-thumb
Image 4 – Ni la system spec Ubuntu aku. 20Gb just untuk Ubuntu. Hamek!

Tapi, akhirnye berjaya jugak aku buat dual boot nih. Dan skang ni aku boleh gune Windows XP atau Ubuntu pada bile-bile masa saja. Aku dah set Windows XP sebagai default OS aku. So kalau aku tak tekan apa-apa masa boot up tu, Grub akan terus masuk ke Windows. Unless kalau aku choose Ubuntu, sudah semestinye die akan masuk ke dalam Ubuntu.

Overall, aku suke dengan Ubuntu. Tak habis explore lagi. Tapi macam best jek. Aku ingat nak bukak website lagi satu. Muhahahaha… Cerita pasal Ubuntu. Tapi still tak decide lagi nak buat website tu dalam BM atau BI. Rasa-rasa korang, mana yang ok? Buat dalam BM atau BI ye?

Screenshot-4-thumb
Image 5 – Resources usage ketika aku tengah gune Ubuntu

Dan tak lupe juga aku nak promote sikit kat korang yang Malaysia pun ada komuniti Ubuntu tersendiri. Korang boleh lawat www.ubuntu.com.my. Ejon yang jadi Administrator untuk komuniti tu. Tapi, kenapa dengan domain die eh? Expired eh?

ps: Aku ingatkan nak publish jugak gambar-gambar yang aku tangkap gune phone aku. Tapi takde kabel. So takleh nak upload gambar-gambar tu semua.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Ni la project nye…
Celcom Broadband 3.6Mbps hanya RM98 sahaja »

Comments

  1. mysticmind says

    25.12.2007 at 12:27 pm

    :)>- X best.. ubuntu x leh main game2 fav aku.. :p

    Reply
  2. CypherHackz says

    25.12.2007 at 12:44 pm

    Aku gune Ubuntu untuk belajar bende2 baru je. Macam best je kan nak belajar OS baru ni even dah lama kuar. Hua3. Btw kau rasa elok aku buat website Ubuntu tu dalam BI atau BM ye mystic?

    Reply
  3. shadowX_19 says

    25.12.2007 at 3:39 pm

    best ke pakai ubuntu ni.. tak pernah try aku.. ๐Ÿ˜•

    Reply
  4. ubie79@gmail.com says

    25.12.2007 at 4:55 pm

    Ahahah Uubuntu, menhyebabkan I, buntu…

    Reply
  5. CypherHackz says

    25.12.2007 at 7:23 pm

    #shadow – Setakat yang aku pakai skang ni puas hati la. Cume internet je yang tak best. Firefox tu die takde font arial. So rosak theme website aku. Hu3.

    #ubie – Erks! Ye ke…?

    Reply
  6. adam says

    25.12.2007 at 8:06 pm

    hanya orang orang yang terpilih saja hanya akan kata – aku chenta pada ubuntu. walaupun aku tak gunakan ubuntu secara langsung dan hanya guna untuk liveCD, namun aku berpuas hati dengan ubuntu ๐Ÿ™‚

    bagi newbie, elok try ubuntu ni sebagai alternatif kepada windows. dan cd boleh diapply daripada laman web deorang dan free sticker lagik.. ada tak windows bagi anda sebegitu?

    Reply
  7. adib. says

    26.12.2007 at 12:39 am

    huhuhuh… =| lepas nih xde lg kot M$

    Reply
  8. deennasour says

    26.12.2007 at 3:15 am

    Ya Allah,,ngeri aku baca kisah ko install ubuntu,,,
    tak berani aku nak install~

    Reply
  9. Mysticmind says

    26.12.2007 at 8:50 am

    @cypher : kalau ko nak buat, buatlah dalam BM.. sebab kalau BI nyer, baik aku pegi study kat site dia sendiri. :p

    @adam : tak seswaiii.. walaupun ape pun ceruk manapun, 99% orang kenal komputer dah hadap Windows dulu. Yang hadap ubuntu mostly dari kalangan orang yang bekerja berkaitan server/os pc /komputer specialist… orang2 biasa akan buat ‘peace’ sign jer.. “tak apalah” diorang kata, tak perlu.

    Sama ngan user linux sejak 10 tahun dulu pun, perasan akan jatuhkan windows dalam 5 6 tahun, hakikatnya… inilah yang perlu kita hadapi. Linux adalah amat bagus untuk server webhosting jer.. sebab banyak open source related thingy.. tapi untuk user biasa / awalan .. sori.. linux ke ubuntu ke ape ke.. jangan mimpi la nak pintas M$, kecuali m$ sendiri menjatuhkan dirinya.

    @adib : Windows user’s born EVERYDAY.. ๐Ÿ˜€

    Reply
  10. Mysticmind says

    26.12.2007 at 8:56 am

    oh ya. aku masih berharap Mac OSX direlease public dan compatible with any kind of machine.. ๐Ÿ˜€

    Reply
  11. melayubuntu says

    26.12.2007 at 4:50 pm

    [Comment ID #21317 Will Be Quoted Here]

    Impian ni aku penah pasang tapi jangan harap.$teve Job$ takkan buat OSX utk PC nyer sbb Apple dapat untung dgn jual hardware bkn software jer…

    Tapi aku dah berjaya install OSX dalam laptop aku..hhuhuhuh…sapa2 yg nak tahu camne meh tanya aku:d

    btw, sbenarnya snang jer nak install ubuntu..tp ble 2 HD tu yg payah..

    Reply
  12. Mysticmind says

    27.12.2007 at 1:52 pm

    alerrr.. itu emulator..
    ko takkan dapat performance OSX yg sebenar :p

    Steve Job belum bersedia untuk menjual OSX macam windows agaknya.. padahal makin hari Apple semakin slow pengaruhnya.. kecuali banyak bende2 lain cover cam ipod, iphone etc..

    Apple semakin kalah bile bab harga dan kepantasan teknologi yang lebih senang di upgrade kat pc. ๐Ÿ˜€

    Tapi mmg OSX best.. kecuali sama sebab ngan ubuntu.. tak banyak game hahaha

    Reply
  13. CypherHackz says

    27.12.2007 at 2:08 pm

    senang2 beli je yang betul2 osx. baru best. tak gitu semua?

    Ye…!!!!

    :d

    Reply
  14. shadowX_19 says

    28.12.2007 at 1:01 am

    haha.. pakai xp je senang… :d

    Reply
  15. gie says

    28.12.2007 at 9:11 am

    hahaha…dem…aku tgh memakai xp performace edition..sebelom ni pakai windows royale….nak pakai dark edition,kantoi plak…harun betul…ubuntuk,mak aku baru je bagi ubuntu 7.10 kat aku…haha..ade je tersadai kat tepi pc ni….aku pernah gak nak menginstall,tapi cam sata driver tak jumpe je..hdd tak detect…camne tu bro….wakaka…btw,aku nak beli hdd selai lagi,nak test gak la ubuntu tu…. ๐Ÿ˜ก

    Reply
  16. hash.hush says

    28.12.2007 at 6:01 pm

    aku pon bru pkai ubuntu..overall aku rase ubuntu mmg bezla…aku suke compiz-fusion yg ade lam ubuntu membuatkan desktop aku lbih cantik dan menawan skang..sila lawati blog aku muahaha..kita bt pakatan ubuntu breamai2..yeah!!:d

    Reply
  17. CypherHackz says

    28.12.2007 at 7:35 pm

    #shadow – kau tak try lagi ubuntu. bile kau dah try, baru kau tahu. hua3.

    #gie – then, bile je kau nak beli hd baru tu? wargh!

    #hash hush – aku nyer grafic card die tak support. hua3. so tak dapat nak gune segala effect yang ada.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in