Setelah memiliki DSLR, kita perlu menambah satu lagi aksesori penting sekiranya kita ingin mengambil gambar secara indoor. Apa aksesori yang penting itu? Sudah semestinya speedlight, atau juga dikenali sebagai flash.
Disebabkan itu, aku telah membeli sebuah speedlight keluaran Nikon model SB-900 pada 7 April yang lalu. Dibeli di Foto Selangor dengan harga yang tidak dapat minta kurang menyebabkan aku telah ketiadaan duit pada ketika ini. Namun begitu, aku sangat-sangat berpuas hati dengan prestasi yang dihasilkan dari SB-900 ini.
Sudah banyak gambar-gambar indoor yang aku tangkap dengan menggunakan SB-900. Sedangkan SB-900 aku ini pernah berkhidmat untuk aktiviti CLS yang diadakan pada TT Damansara yang lalu.




