Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Bila Cuti Sekolah, Aku Gembira

03.06.2009 // Leave a Comment

Aku suka sangat bila cuti sekolah. Bila cuti sekolah, jalan raya pada waktu pagi, lengang. Tiada kesesakan jalan raya. Tak perlu beratur panjang di Plaza Tol. Tak perlu susah-susah nak menyelit depan kereta orang lain.

Hati pun gembira kalau setiap hari macam ni. Itu sebabnya bila cuti sekolah, aku gembira.

Adakah Shoutmix bagus untuk dijadikan sebagai Shoutbox?

19.05.2009 // 14 Comments

shoutmix-01

Kepada kawan-kawan blogger dan para pembaca sekalian. Aku ingin meletak sebuah Shoutbox di sebuah laman web yang aku kendalikan. Untuk setakat ini yang ada dalam pemikiran aku adalah Shoutmix.

Jadi, kepada mereka-mereka yang menggunakan Shoutmix, adakah Shoutmix ini bagus untuk kita jadikan sebagai Shoutbox di laman web seperti blog, ataupun laman web biasa? Atau korang ada idea lain yang lebih menarik daripada Shoutmix?

Baca selanjutnya…

Pertama Kali Shoot Wedding – Mustaqim dan Hafizah

07.05.2009 // 7 Comments

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 2 Mei 2009, aku berkesempatan untuk join tag along bersama-sama dengan saudara Bizcotz dan anak beranak (anak dia pun seorang photographer tau) di Seksyen 6, Kota Damansara. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan anak saudara beliau iaitu Hafizah bersama-sama dengan teman pasangan hidup, Mustaqim.

Majlis pernikahan Mustaqim dan Hafizah (Flickr set) berlangsung pada jam 10.30 pagi dan bersanding pada jam 12.00 tengahari. Selepas itu, diikuti dengan sesi outdoor pada sebelah petangnya di halaman rumah pengantin. Tetapi aku tidak mengikuti sesi outdoor kerana cuaca sangat panas dan aku ingin berikan peluang kepada official photographer untuk menjalankan tugasnya. 🙂

Baca selanjutnya…

Pelancaran Blog Baru – Pengendali Blog

02.05.2009 // 1 Comment

pengendaliblog-01

Bagi kepada mereka-mereka yang mengikuti Facebook aku, mesti korang sudah mengetahui yang aku sudah melancarkan sebuah blog baru pada 1hb Mei yang lalu.

Pengendali Blog merupakan sebuah blog yang bakal memberikan panduan dan tips kepada para blogger di Malaysia dalam menjadikan seorang blogger yang berkualiti dan mempunyai personaliti tersendiri. Di dalam blog tersebut, akan aku kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku mengendalikan blog sepanjang aku menceburi dunia blog seawal tahun 2005 sehinggalah sekarang ini.

Baca selanjutnya…

PhotoSchool Outing di Zoo Negara

26.04.2009 // 12 Comments


Selamat datang ke Zoo Negara.

Bilakah kali terakhir korang melawat Zoo Negara? Setahun lepas? 10 tahun lepas? 20 tahun lepas? Atau korang dah tak ingat bilakah kali terakhir korang berkunjung ke Zoo Negara. 😡

Kali terakhir aku pergi ke Zoo Negara ketika aku berusia dalam lingkungan 5 tahun macam tu. Sudah lama masa berlalu sehinggakan banyak perubahan yang telah berlaku di zoo tersebut. Sebelum ni ada basikal air, tetapi sekarang dah tak ada dah. Entah ke mana agaknya pihak pengurusan buang basikal air tu. Banyak nostalgia aku bersama-sama dengan basikal air tu. 😥

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in