Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 2 Mei 2009, aku berkesempatan untuk join tag along bersama-sama dengan saudara Bizcotz dan anak beranak (anak dia pun seorang photographer tau) di Seksyen 6, Kota Damansara. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan anak saudara beliau iaitu Hafizah bersama-sama dengan teman pasangan hidup, Mustaqim.
Majlis pernikahan Mustaqim dan Hafizah (Flickr set) berlangsung pada jam 10.30 pagi dan bersanding pada jam 12.00 tengahari. Selepas itu, diikuti dengan sesi outdoor pada sebelah petangnya di halaman rumah pengantin. Tetapi aku tidak mengikuti sesi outdoor kerana cuaca sangat panas dan aku ingin berikan peluang kepada official photographer untuk menjalankan tugasnya. ๐
Pengalaman pertama kali shoot wedding sangat-sangat mengujakan sehinggakan aku terlepas peluang untuk shoot gambar semasa pengantin lelaki sedang melafazkan akad di hadapan Tok Kadi. ๐ฅ Semuanya gara-gara Nikon D90 aku tiba-tiba sahaja memaparkan “Error” di bahagian display yang berdekatan dengan shutter. ๐ก
Pada mulanya aku ingatkan disebabkan memory card aku yang rosak. Tetapi, apabila aku keluarkan dan masukkan semula memory card itu, masih ada lagi paparan “Error” tersebut. Kemudian, aku mencabut bateri kamera dengan harapan masalah itu akan selesai. Malangnya masalah masih tetap sama. :vangry:
Bintik-bintik peluh kecil mula kelihatan pada dahi aku. Tanpa aku sedari, dari jauh saudara Bizcotz sedang memerhatikan aku yang sedang kegelisahan. ๐ณ Lalu dia datang menghampiri sambil bertanyakan masalah yang aku sedang hadapi. Rupa-rupanya masalah tu disebabkan oleh lens kamera. Apabila dicabut dan dimasukkan semula lens tersebut, barulah hilang perkataan “Error” tu. Wah…terima kasih sifu… ๐
Cuak juga pada ketika itu. Mana taknya, pertama kali masalah macam tu berlaku pada aku. ๐ Setelah selesai masalah lens, aku pun menyambung semula kerja-kerja ‘menembak’ yang tertangguh tadi. Terasa sangat-sangat rugi kerana terlepas peluang shoot moment semasa akad nikah berlangsung. ::-*:
Penat juga kerja-kerja sebagai seorang photographer ni. Itu sebab kita selalu nampak dalam sesebuah event perkahwinan, mesti sekurang-kurangnya ada dua orang photographer pada majlis macam tu. Semuanya bagi mengurangkan bebanan untuk menangkap gambar yang menarik dan suasana yang ceria. ๐
ps: Hujung minggu ini aku akan ke Alor Setar untuk shoot wedding saudara di sana. 8)
topo says
hohoh stylo2 :up:
xmindfreakx says
gambar under banyak…
penat?hohoho…biasanya haus la yang datang menyerang..teruskan usaha anda
fiq says
wah. memang lagi geram aku nak beli d90 ni.
um agak2 da turun harga banayk ke blom ye ..
(1st time singgah sini )
adib. says
sat..nk mai alor star tu mcm best…tang mana alor star….leh aku taw tmpt..hehe….
CypherHackz says
#topo – Thank you, thank you… ๐ณ
#xmindfreakx – Aah. Aku rasa aku kene naikkan lagi exposure gambar2 nih. ๐ก
#fiq – Apa lagi… Sebat la satu D90. ๐
#adib – Dah balik rumah dah la kawan… Huhuhu… ๐
blowie says
aduhh,jeles dgn d90 ๐ฅ . ahahah
tira says
๐ tuan yg tngkp gmbr ni ble lak nk bsnding…hu3 ๐