Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Terfikir Untuk Beralih Kepada Wimax

05.04.2009 // 28 Comments

Sejak Celcom mengenakan sekatan kepada pengguna yang menggunakan lebih 5GB data sebulan menyebabkan aku ingin beralih ke perkhidmatan jalur lebar yang lain. Terfikirkan untuk mengambil Streamyx, tetapi di rumah aku sudah ada akaun Streamyx tersebut. Setakat yang aku lihat, kelajuan Streamyx di rumah aku boleh dikatakan memuaskan.

wimax-01

Namun begitu, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, aku terlihat bunting Wimax yang digantungkan di setiap tiang lampu di kawasan rumah aku. Nampaknya, kawasan rumah aku telah diliputi dengan Wimax.

wimax-02

Pakej yang disediakan agak berbaloi dengan kelajuan yang diberikan. Tetapi kelajuan sebenar yang aku akan terima, tidak mungkin sama seperti apa yang mereka tawarkan. Ianya tetap bergantung kepada jumlah pengguna di kawasan tersebut dan juga server yang mereka gunakan.

wimax-03

Aku juga turut mencari beberapa review daripada mereka-mereka yang sedang dan pernah menggunakan Wimax. Ramai yang mengatakan Wimax ini laju dan pendaftaran mereka sangat cepat. Tetapi aku terfikir, mungkin ianya laju disebabkan Wimax ini masih baru dan tidak ramai pengguna. Dan pendaftaran dia cepat sebab tidak ramai yang ingin mendaftar.

Namun begitu, perkhidmatan pelanggan yang Wimax sediakan agak tidak memuaskan. Siap ada panggilan yang dibuat oleh pengguna Wimax, tidak dilayan. Ada pula yang memberikan jawapan yang tidak munasabah kepada masalah yang dihadapi pengguna.

Jadi, apa pendapat kalian mengenai Wimax? Rasa-rasanya, patut atau tidak aku beralih kepada Wimax?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Shoot Outing di International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta
PhotoSchool – TT Damansara #2 »

Comments

  1. izzat says

    05.04.2009 at 12:23 pm

    ak pun tgh consider wimax ngan digi broadband skrang…dah letih dah main ngan TM n Streamyx, U Mobile dan celcom broadband. Macam ko cakap, ada betulnya..awal2 ni laju la..masa aku mula2 pakai UMobile dulu.. speed boleh capai 4Mbps..mmg laju..tp skrang..adoi.. sakit hati..bila dc je mesti ssh nk connect balik..ak x tahu la bila ISP malaysia boleh provide broadband connection macam kat europe dan jepun..wawasan 2020? Lupakan..

    Reply
  2. fazrewl says

    05.04.2009 at 2:22 pm

    No komen.. Bagi aku baik pakai cable lg la… cam streamyx…
    celcom mmg xleh, sbb dia punya speed takkan sampai 3.6mbps…
    kecuali kalu kita pakai kat banggunan celcom.. baru boleh samapi speed cam tue… Wimax plak, kat umah aku xdak lagi.. tak boleh nak komen sangat… Tapi yang xbestnya, ada limit la plak…
    tak leh download bnyk2 la..

    Reply
  3. milsum says

    06.04.2009 at 11:19 am

    alaa bro…

    pendapat sy? pakai je semua!

    ngeh3…yg ni lembab, pakai yg tu..

    yg tu slow, amek yg nun plak…

    huheee…:d

    Reply
  4. CypherHackz says

    06.04.2009 at 2:47 pm

    #izzat – Kau guna U-mobile pun tak ok ke?

    #fazrewl – Tapi dekat rumah aku dah ada Streamyx. Tu yang aku tak nak tu. Aku nak cari yang lain.

    #milsum – Tak dapat la kawan nak buat macam tu. Tang mana nak cari duit kalau macam tu.

    Reply
  5. MRguest says

    07.04.2009 at 8:36 pm

    Bila lah TM nak tanam fibre optic kat mesia..

    Kat europe(uk to be exact), 1 pound utk satu MB dah(mathematically),

    Bygkan Rm49 tuh dapat 49MB(speechless),

    RM99 dpat 99MB(how heavenly it must be),

    I ๐Ÿ˜ก TM

    Reply
  6. df says

    08.04.2009 at 5:57 am

    member aku baru beli last week..
    dia kata wimax slow gila..
    patut la murah..
    then siang tadi dia pulangkan balik…
    wimax bg alasan
    “kami baru lg,byk lg kena upgrade..sabar ye bang”

    ahhahaha

    wtf?

    Reply
  7. CypherHackz says

    08.04.2009 at 8:26 am

    #MRguest – Macam harapan je nak dapat fibre optic. Entah bile je pun boleh dapat. Kalau dapat pun, confirm price tinggi giler.

    #df – Aku rasa tengok kawasan jugak kot. Kalau kawasan kau betul pemancar dia ada dekat sebelah rumah, confirm la laju.

    Reply
  8. izzat says

    08.04.2009 at 2:44 pm

    u-mobile awal2 dulu je ok..speed mantap..tp skrang since dah ramai guna, Agak susah nak dapat connect bla tgh hari sket.. lepas tu kalo dc, nk connect balik pun kekadang ssh.. die kluar message server port closed. Wtheck?

    Nasib baik register U-Mobile tu bawah nama kawan ak, kalo x dah lama ak stop dah.

    Fibre optic pada ak bukan jalan penyelesaian untuk selesaikan kelembapan broadband di Malaysia. Sebab, kat uniten mmg pakai kabel fibre optic tp speed tak laju pun sebab main cable yang hubungkan internet ke luar masih lagi tak properly maintained. Patutnya TM kena maintain betul2 fasiliti broadband di Malaysia ni, bukan main monopoli semua pasaran lepas tu buat suka suki hati..fikir untung tanpa fikir kepuasan pelanggan.

    Reply
  9. MRguest says

    09.04.2009 at 1:31 am

    4MB plan anyone?

    (hell expensive)

    Those located in coverage areas only.

    Knp tidak katakan ya kepada kemasukan foreign company?(if there is any)

    just my 2 pennies.

    ๐Ÿ˜ก TM

    Reply
  10. spatt says

    12.04.2009 at 4:59 am

    terfikir jugak nak try ISP lain…
    streamyx masih x ok, dah level dial up dah ni… :((

    Reply
  11. CypherHackz says

    25.04.2009 at 6:32 pm

    Celcom broadband masih slow. Ni dah masuk tahap geram dah ni… :-w

    Reply
  12. malaysiansearch.net says

    26.04.2009 at 2:52 pm

    Sebenarnya kelajuan bergantung kepada isyarat dari pemancar dan kalau streamyx pula pada talian

    Reply
  13. CypherHackz says

    26.04.2009 at 5:40 pm

    Benar tuan… ๐Ÿ˜‰

    Reply
  14. ejon says

    28.04.2009 at 12:00 am

    akuuuu sudahhhh gunnaaaaaa p11111 wimaxxxxxx

    besssttttttttt!!!!!

    Reply
  15. azurt says

    28.04.2009 at 9:03 am

    hurmm.. kalau investment kat backbone tu mahal, of kos la ISP akan cas pelanggan mahal jugak.. kalau nak cas murah, camana nak untung.. camana nak bayar gaji pekerja, camana nak bayar partner, camana nak sponsor event2 orang, camana nak gives duit kat yg minta derma… think!!

    TM wont charge people mahal, kalau investment murah.. please la pikir… you’re ๐Ÿ˜ก kalau asyik nak tembak ISP je.. soon akan ada speed yg tinggi.. HSBB role out this coming September, tapi of kos la mahal sikit, sebab speed laju…. pengguna asyik nak torent je…

    kepada customer yg still dapat connection dari coper tu, sabar2 la dulu.. link tu akan di upgrade jugak soon… its just yet to do… nak upgrade pun bukan murah & senang… haiya….

    Reply
  16. CypherHackz says

    29.04.2009 at 6:55 pm

    ejon – Weh ejon, kasi review la Wimax tu dol. :XO:

    azurt – Ha…korang dengar sendiri orang TM Net bagi pendapat dan pandangan dia. Hahaha…

    Reply
  17. ejon says

    02.05.2009 at 1:18 am

    ala.. kalo kita rasa isp tu mahal, kita tayah pakai isp tu cari isp lain.

    nak watpe la pk dia tu nak upgrade la, untung sket la. bkan kompeni bapak aku.. wakaka

    Reply
  18. ikoko says

    02.05.2009 at 10:42 pm

    erm.. macam ni la incik..

    mau tanya incik, incik selalu travel2 ka? selalu outstation sana sini ka?

    atau encik banyak habiskan masa di rumah.. dalam masa 24jam, berapa jam je incik ambik masa kat luar rumah..

    kalau jawapan inci, lebih banyak masa habiskan di rumah, dan lebih selesa online di rumah, saya sarankan incik stick je la tu stimix.. ye tak?

    kdg-kdg, bersederhana tu lebih baik..

    tul jugak cakap fazrewl tu.. takut awal2 je cambest.. ye la nak promote product diorang kan.. takut lelama nanti sama je cam stimix ke apa ke kan..

    ๐Ÿ™‚ hanya sekadar pandangan.. harap membantu

    eh.. oh ye.. kalau jawapan encik, selalu travel, guna je dulu celcom broadband tu, sebabnya, wimax ada contract.. pepehal.. susah.. terikat ngan contract.. better tengok quality dia dulu… tengok diorang nye perkhidmatan dalam masa 2,3 bulan ni..

    celcom broadband, kalau tak silap aku, memang takde contract, so ko nak berhentikan bila2 pun boleh je kan.. ๐Ÿ™‚

    Reply
  19. ikoko says

    02.05.2009 at 10:44 pm

    maksud aku.. tengok review bloggers atau mana2 web tentang wimax ni.. k

    contoh.. ejon tu ke.. (tapi bila aku baca review ejon, aku sendiri rasa teruja. uhuzk.. ok tersedak)

    Reply
  20. CypherHackz says

    03.05.2009 at 12:07 pm

    #ikoko – Apa yang kau cuba sampaikan ni cik ikoko? Aku tak faham… ๐Ÿ™„

    Reply
  21. ikoko says

    03.05.2009 at 12:22 pm

    :mrgreen:

    takpe la …. abaikan je la cypher…

    ๐Ÿ™

    aku hanya respon pada ayat kau yg last, “Rasa-rasanya, patut atau tidak aku beralih kepada Wimax?”

    erk.. ntah la.. haha. abaikan je la.

    Reply
  22. acai says

    06.05.2009 at 5:57 am

    aku guna celcom dapat speed kadang2 3.2mbps,tapi time subuh.klu tghari biasa 1 mbps.blehla tapi yang tak best cuma 5 g je.klu wimax ada area aku maybe aku change gak.wimax bagi 20 g bayar lebih seringgit jer.tp buat mase nie celcom memang best.

    Reply
  23. CypherHackz says

    06.05.2009 at 8:22 am

    Setakat ni aku masih tak berkesempatan untuk daftar Wimax. Dengar cerita, murah je. RM100 dah boleh start guna dah Wimax tu. Huhuhu… ๐Ÿ˜ฅ

    Reply
  24. JHafiz says

    26.05.2009 at 5:46 pm

    barang baru bro, smua kne amik ms nk mantap. tp klu dh customer service xbgus tu.. hm.. mempengaruhi jgk.dh org ade mslh,alasan byk, sape xsakit ati kan… :down:

    Reply
  25. nory says

    26.09.2009 at 12:42 pm

    [Comment ID #47630 Will Be Quoted Here]

    waakakakaaaaaaa…nk tergelak aku bca komen ikoko ngn CypherHackz..lawak tul!erm,aku plak guna broadband celcom..xtau la apa cer??asyik hijau je line dia dia skrg..dlu laju..hmmmmm..perlukah aku bertukar???????

    Reply
  26. ngokngek says

    01.12.2009 at 9:30 pm

    alaa.. korang ni..
    senang cite xyah pkai intenet laa..
    korg pkai intenet pn watpe..
    lyn blu je memanjang..

    Reply
  27. Damansari Masters says

    28.08.2010 at 12:25 pm

    Important Information

    http://www.damansari-masters.blogspot.com

    Damansari Masters are literary and communication experts focusing on the following niches of works:

    โ€ข Translations
    โ€ข Speeches
    โ€ข CVs
    โ€ข Presentation Slides

    Translations

    We provide translation service from-English-to-Malay and Malay-to-English exclusively.

    Speeches

    You provide the main points and key content you wish to deliver; and we will flare up the rhetorics. This service is especially intended for Clients who are continuously delivering speeches but lack the convenience of time to prepare them.

    CVs

    We are experts at arranging and preparing professional resumes; and we put in all out effort to ensure that your CV has that cutting edge to get your dream job.

    We provide three levels of quality in the CVs that we make:

    Basic – we design a skeletal framework that contains the key elements or ‘must-haves’ in your professional resume.

    Standard – we complete the whole CV composition, end-to-end to make it ready to submit to prospective employers / business partners.

    Advanced – above the Standard, we add on value to ensure strategic communication choices, which include: catchy yet accurate choice of words, improvised visual alignment, visual dynamics and graphic distribution balance.

    Presentation Slides

    We prepare top quality presentation slides, placing special focus on viewer experience, colour and text control – so that you get your message across, obtain that buy-in and leave a lasting impact.

    We provide three levels of quality in the presentation slides that we make:

    Basic – we prepare your presentation slides, good enough for a presentation with all key points highlighted in the pack.

    Standard – we complete the whole presentation pack, ready for high-level presentations or discussions. Standard animations will be added, including links if desired.

    Advanced – above the Standard, we add on value to ensure strategic audio-visual communication, improvised visual alignment, custom animation dynamics as well as graphic enhancements.

    Reply

Trackbacks

  1. Capturing the Moments says:
    02.05.2009 at 7:25 am

    Hello P1 Wimax, bye-bye Maxis Broadband…

    Satu tahun yang mengecewakan setelah menggunakan Maxis Broadband. Tahun lalu, saya telah mendaftar untuk pakej 3.6mbps, tetapi kelajuan yang paling laju saya dapat lebih kurang 400kbps. Itu pun paling laju. Biasanya dalam 100-300kbps.
    Saban hari menung…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in