Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Shoot Outing di International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta

24.03.2009 // 15 Comments

Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti shoot outing bersama-sama dengan ahli-ahli dari PhotoSkool (PS) ke 1st International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta di Putrajaya.

Janji untuk berkumpul di dataran pada pukul 8 pagi tetapi jam 7.45 pagi, hanya aku dan juga Hakimy (penganjur) sahaja yang berada di sana. Disebabkan takut terlepas peluang untuk mengambil gambar belon udara panas secara dekat, kami bersetuju untuk terus ke tapak pelepasan tanpa menunggu mereka-mereka yang lambat.

Dari jauh sudah kelihatan beberapa biji belon udara panas telah kembang menjadi besar dan bersedia untuk terbang. Terus aku dan Kimy bawa keluar senjata rahsia kami lalu menembak satu per satu belon yang ada sehingga ‘meletup’.

Walaupun tidak dapat ambil gambar di bahagian dalam pagar, tetapi aku sangat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri belon udara panas dan mengambil gambar-gambar yang menarik ketika di sana.

Mungkin ada dikalangan kalian yang turut berada di tempat kejadian. Kalau ada, sudi-sudikanlah berkongsikan gambar-gambar yang kalian tangkap. Ingin juga aku melihat gambar-gambar sambil mendapatkan idea-idea sudut yang menarik untuk ‘menembak’.

Banyak lagi gambar di Flickr .

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Facebook Yang Berpuaka
Terfikir Untuk Beralih Kepada Wimax »

Comments

  1. loq says

    24.03.2009 at 8:33 pm

    pergH!
    memang best la kalao dapat naik belon panas….
    nak jugak rase sesekali..
    :d

    Reply
  2. alone says

    25.03.2009 at 12:58 am

    teringin betlu aku nak naik belon panas nih.

    belum pernah kesampaian lagi ๐Ÿ˜•

    Reply
  3. topo says

    25.03.2009 at 2:29 am

    hohoho best la plak amek gambar belon.. heheheh pasni nak carik belaon gak la.. hahahha:-?

    Reply
  4. izzat says

    25.03.2009 at 1:08 pm

    …dan kenapakah semua hasil gambar dari Nikon menjadikan warna langit tu mengiurkan..adoi.. kawan ak nyer gambar dari D50 pun jadi camni gak..hoho..

    tp tu yang cantik tu…hahaha, nice la..nnt nk share gak r..bz sket skrang..hehe

    Reply
  5. fazrewl says

    25.03.2009 at 4:48 pm

    Jelesnya… teringin betul aku nak tengok..
    :((

    Reply
  6. CypherHackz says

    25.03.2009 at 5:32 pm

    loq – Memang best bro. Tapi aku tak naik pun belon udara panas tu.

    alone – Rilek… Tahun depan ada lagi.

    topo – Tu la pasal. Kau tak pergi pulak shooting hari tu.

    izzat – Ada rahsia di sebalik kejadian warna biru itu. Hu3.

    fazrewl – La…hari tu tak datang tengok ke?

    Reply
  7. izzat3114 says

    25.03.2009 at 6:21 pm

    owh..guna filter ke? hohoo…ke photoshop? tp apa2 pun…cun2…

    Reply
  8. ikoko says

    25.03.2009 at 10:23 pm

    huu.. gambar macam kat luar negara laa… ๐Ÿ™‚

    ๐Ÿ˜ฎ

    Reply
  9. CypherHackz says

    27.03.2009 at 8:28 am

    izzat3114 – Tak guna filter. Just edit gambar je.

    ikoko – Gambar yang mana satu eh?

    Reply
  10. Wizurai says

    28.03.2009 at 1:52 am

    aku pegi Ahad pagi…
    tunggu punya tunggu belon tak naik2 lagi kat udara kecuali yg 1 tu utk org naik…
    sebab busan dan banyak hal lain, aku chow je…
    tak kesampaian hajat aku… huhu…

    Reply
  11. CypherHackz says

    30.03.2009 at 11:45 am

    Hu3. Standard dalam pukul 8.10 baru belon2 tu naik terbang.

    Reply
  12. zariel says

    30.03.2009 at 5:42 pm

    huhu… nk nagis pn ada. aku tak sempat pegi padahal opis aku kat dengkil je ๐Ÿ™ sabtu ahad lak aku balik kg jenguk anak bini.. xpelah… tgk yg ko amik ni pun dh sejuk hati aku :d

    Reply
  13. catzer says

    03.04.2009 at 5:20 pm

    aku tak dapat nak join ada benda lebih penting dari belon udara plak..huhuhu..rugi2

    Reply
  14. alian says

    15.05.2009 at 1:37 pm

    sy pun ada kt sana.plan nk ride balloon tu,tp tiket dh abis even baru kul 7 pagi..huhu..
    dapt amik gambo aje…anyway..u bole masuk dlm pagar tu.organiser bagi can pada
    yg ada camera/amatur cameraman to take picture dlm pagar tu.i smpat masuk n
    take photos of the balloon yg baru nk kembang….hehehhe ๐Ÿ˜€

    Reply
  15. Shima says

    24.03.2010 at 6:00 pm

    macam mana nak edit bagi awan tu biru?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in