Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Nikon SB-900 dan Maha MH-C9000

18.04.2009 // 19 Comments

Setelah memiliki DSLR, kita perlu menambah satu lagi aksesori penting sekiranya kita ingin mengambil gambar secara indoor. Apa aksesori yang penting itu? Sudah semestinya speedlight, atau juga dikenali sebagai flash.

Disebabkan itu, aku telah membeli sebuah speedlight keluaran Nikon model SB-900 pada 7 April yang lalu. Dibeli di Foto Selangor dengan harga yang tidak dapat minta kurang menyebabkan aku telah ketiadaan duit pada ketika ini. Namun begitu, aku sangat-sangat berpuas hati dengan prestasi yang dihasilkan dari SB-900 ini.

Sudah banyak gambar-gambar indoor yang aku tangkap dengan menggunakan SB-900. Sedangkan SB-900 aku ini pernah berkhidmat untuk aktiviti CLS yang diadakan pada TT Damansara yang lalu.

Apabila kita sudah memiliki speedlight, kita perlukan pula bateri bagi menampung jumlah kuasa yang diperlukan oleh speedlight itu. Jadi, aku telah membeli sebuah pengecas bateri bersama-sama dengan 8 biji bateri cas daripada ShaShinKi, sebuah kedai kamera atas talian.

Aku memilih pengecas bateri Maha MH-C9000. Pengecas bateri ini sangat bagus kerana kita boleh menetapkan sendiri setting yang kita inginkan. Dengan pengecas bateri ini, aku dapat mengawal jumlah arus masukan dan juga dapat melaksanakan penyelenggaraan ke atas bateri cas aku bagi menjaminkan ianya tahan lebih lama.

Bateri yang dibeli pula adalah bateri Imedion 2100mH. Bateri ini mempunyai kuasa yang rendah tetapi kebaikannya adalah ia kurang panas apabila digunakan secara keterlaluan. Jadi, SB-900 tidak akan cepat termal-cut off apabila digunakan secara drastik nanti.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« PhotoSchool – TT Damansara #2
PhotoSchool Outing di Zoo Negara »

Comments

  1. topo says

    18.04.2009 at 2:33 pm

    hohoho makin kencang ko di alam fotografi ni ye..

    Reply
  2. CypherHackz says

    18.04.2009 at 2:46 pm

    Hahaha… Sudah mesti la kawan… :d

    Reply
  3. spatt says

    19.04.2009 at 11:51 pm

    memang minat fotografi eh bro?
    ceh, soalan bodo..tapi aku nak tanya gak..tapi mesti jawapan ko ‘ya’..hahaa

    Reply
  4. alone says

    20.04.2009 at 12:48 am

    sampai ketiadaan duit. ini memang pengorbanan ni. huhu ๐Ÿ™‚

    Reply
  5. CypherHackz says

    20.04.2009 at 9:34 pm

    spatt – Hahaha… Aah. Baru nak berjinak2 dengan fotografi nih. Kau pun same ke?

    alone – Betul tu. Perlukan pengorbanan untuk dapatkan benda2 nih semua…

    Reply
  6. izzat says

    24.04.2009 at 3:19 pm

    wah..dah makin rancak…speedlight dah ada..lepas ni lens la pulak kn..hehe:x

    Reply
  7. CypherHackz says

    25.04.2009 at 11:37 am

    Hahahah… Tak kot… Aku plan nak tukar filter aku ke filter yang lagi bagus. :d

    Reply
  8. Calvyn says

    25.04.2009 at 12:14 pm

    I plan to get a SB900 also, but the price still very expensive, How much you taken for this?

    Reply
  9. CypherHackz says

    25.04.2009 at 12:22 pm

    I bought it for RM1550 at Foto Selangor. If you want, I think you can buy with installment using Maybank credit card.

    Reply
  10. Active Blogger says

    26.04.2009 at 10:48 am

    wah…bestnya dpt pakai kamera yg canggih…tak mampu la nak beli camera yg canggih2 nie…jadi pakai je la kamera murah ๐Ÿ™‚

    Reply
  11. CypherHackz says

    26.04.2009 at 5:40 pm

    Semua ni investment bro. Tu pasal aku start2 phtography terus sebab yang terlebih mampu sikit. Sebab ni untuk penggunaan jangka masa panjang. 8)

    Reply
  12. loq says

    26.04.2009 at 6:59 pm

    wuhuuuu…
    aku gak teringin nak beli dslr…
    bile la agaknya ye?

    Reply
  13. CypherHackz says

    26.04.2009 at 7:09 pm

    Beli je bro. Tak payah pikir2 lagi. Hahaha… ๐Ÿ˜›

    Reply
  14. Pyan-CGT says

    03.05.2009 at 1:20 pm

    brapa RM?? for SB900

    bila hg nk ajar aku ni?

    Reply
  15. CypherHackz says

    03.05.2009 at 1:37 pm

    SB900 aku angkat dapat harga RM1550. Giler kan? Tapi berbaloi la… Best dapa shoot indoor. Nanti2 bila aku ada masa lapang aku kasi upload gambar2 wedding yang aku tangkap semalam.

    Reply
  16. GM says

    28.05.2009 at 3:39 pm

    Salam. saya ada mempunya kamera dslr jenis nikon d60. Nak tanya la kalau speed lite untuk d60 ni apa yang sesuai. Maklumla newbie lagi.

    Kalau majlis perkahwinan perlu ke guna wardrobe untuk pengantin tu..

    Terima kasih. ๐Ÿ˜€

    Reply
  17. CypherHackz says

    03.06.2009 at 9:51 pm

    Aku pun tak pasti jugak hal ni. Tapi kalau D60, angkat SB900 la kalau sesuai. Kalau tak, angkat SB600 pun ok jugak.

    Reply
  18. Ahmad Mustaqim says

    24.07.2009 at 3:06 pm

    Eh bro ak baru berjinak2 dgn dslr
    sekarng target ak nk bli d90
    ad apa2 komen???
    berapa standard price eh???

    Reply
  19. CypherHackz says

    24.07.2009 at 3:10 pm

    SB900 bagus even dia sedikit besar. Tetapi bagi aku, berbaloi la even besar. Atleast, kita puas hati.
    Harga sekarang aku rasa still tak berubah sangat. Dalam RM1600 macam tu. Kau kena pandai kautim jugak dengan owner kedai untuk dapat harga yang lebih murah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in