Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Selamat Tahun Baru 2010

01.01.2010 // 24 Comments

Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana telah dipanjangkan umur oleh-Nya dan diberikan peluang untuk menghirup udara dan dapat merasai suasana pada tahun 2010 ini. Seperti biasa pada waktu-waktu sepeti ini, ramai blogger-blogger tempatan yang menceritakan kisah-kisah hidup mereka di tahun 2009. Ada kisah yang menarik dan ada kisah yang menyedihkan. Namun bagi aku, itu semua merupakan pengajaran dan pedoman agar kita menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan yang sedang kita lalui kini.

Untuk tahun baru 2010 ini, aku sudah pun mulakan dengan membeli sebuah domain baru. Bagi kepada mereka-mereka yang masih baru di Blog Aku ini, aku merupakan seorang pengumpul domain yang tegar. Jika tidak percaya atau ingin tahu berapa tinggi ketegaran aku itu, kau boleh baca entri INI dan juga INI. Bagi aku, memiliki domain ini merupakan suatu kepuasan apabila kau berjaya memperolehi domain-domain yang catchy. Setakat ini, aku sudah mempunyai perancangan untuk domain tersebut. Cumanya, sekarang ini aku mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan projek terbaru CypherFS Network untuk domain tersebut.

Jadi, bagaimana pula dengan kau? Tahun 2009 sudah pun berlalu meninggalkan kita semua. Bagaimana pula dengan tahun 2010? Sudahkah kau meletakkan azam dan merancang strategi bagi melaksanakannya? Jangan berlengah lagi wahai kawan-kawan. Segeralah merancang supaya kau bersedia untuk mencapai segala apa yang kau telah niatkan. Ianya tidak akan datang bergolek dengan sendiri. Sedangkan makanan pun perlu disuap, inikan pula impian yang ingin dicapai.

Baca selanjutnya…

Pemandu Perempuan Yang Menggelabah

29.12.2009 // 8 Comments

Ketika dalam kesesakan trafik di jalan raya, kau menyalakan lampu signal untuk memasuki lane di sebelah kanan kau. Di lane tersebut, kau mendapati sebuah kereta Myvi dengan seboleh yang mungkin mendekati kereta di depannya dari arah belakang. Jarak di antara bumper belakang kereta depan dengan bumper keretanya hanyalah berbeza satu inci sahaja. Apabila kereta di depannya bergerak sedikit ke depan, kereta Myvi itupun ke depan juga tanpa memberi sedikit ruang pun pada kereta kau untuk memintas. Apabila kereta Myvi itu berada di sisi, kau dapat lihat seorang perempuan sedang memandunya dengan badan tegak rapat ke stereng dan kepala menjengah ke depan, tidak menghiraukan kereta kau di sebelah. Aku ingin bertanya, apakah perasaan kau pada ketika itu?

Bagi aku, pemandu perempuan yang jenis macam ini adalah perempuan yang menggelabah. Seboleh-boleh tidak mahu berikan ruang kepada pemandu lain di sebelah mereka untuk memintasnya. Mereka seperti seseorang yang memandu dengan sebelah mata. Tua, muda, semuanya sama sahaja bagi aku.

Sekiranya pada waktu itu mood aku ok, aku akan membiarkan sahaja pemandu perempuan menggelabah itu dengan karenahnya. Tetapi jika pada waktu itu mood aku sedikit terganggu, aku akan menyelit di depan keretanya tanpa menghiraukan dia berada di situ. Bagi aku, ianya merupakan satu kepuasan apabila dapat berada di hadapan kereta pemandu perempuan yang menggelabah seperti pemandu Myvi itu tadi.

Baca selanjutnya…

Ramai Tidak Berpuas Hati Dengan P1 Wimax

25.12.2009 // 86 Comments

p1wimax-01
Laman P1 Wimax dengan iklan “potong” mereka.

Disebabkan bandwidth yang diberikan oleh Celcom adalah 5GB sebulan, menyebabkan aku beralih kepada P1 Wimax. Hidup sebagai seorang blogger dengan bandwidth sekecil itu tidak dapat memuaskan nafsu aku yang rakus pada Internet. Pakej P1 Wimax yang aku langgan dengan bandwidth sebanyak 20GB sebulan bagi aku sudah cukup memadai. Setakat ini aku berasa puas hati dengan P1 Wimax.

Ketidakpuasan Hati

Sedang aku leka dengan keseronokan kehebatan “potong”, terdapat juga segelintir di antara pelanggan P1 Wimax yang berasa benci dan marah dengan perkhidmatan mereka. Bagi mereka, iklan “potong” yang bersepah-sepah disiarkan di kaca televisyen, radio dan akhbar hanyalah tipu dusta belaka.

Baca selanjutnya…

Wajib Tonton – Avatar

22.12.2009 // 12 Comments

Sebuah lagi filem yang wajib ditonton sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya adalah filem Avatar. Sebuah filem fiksyen sains yang mempunyai pelbagai mesej-mesej penting kepada semua makhluk yang bergelar manusia.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.) 😀

Disebabkan manusia tidak dapat hidup tanpa bantuan pernafasan di Pandora, maka mereka telah mencipta makhluk yang serupa seperti Na’vi yang dihasilkan daripada genetik manusia. Makhluk ini dikawal dengan menggunakan minda dan ianya dinamakan sebagai Avatar. Dengan adanya Avatar, manusia dapat mengkaji kehidupan di Pandora dan dapat mendekati makhluk Na’vi dengan lebih dekat lagi.

Jack Sully (Sam Worthington), seorang bekas tentera marin yang lumpuh telah mengambil alih tugas abangnya seorang saintis yang telah mati. Disebabkan genetik mereka sama jadi Jack dapat mengawal Avatar milik abangnya.

Baca selanjutnya…

Malaysia Menang 1 – 0 Mengalahkan Vietnam

17.12.2009 // 7 Comments

malaysia-vietnam-10

Pemain Vietnam, Mai Xuan Hop, mengesat muka selepas menjaringkan gol sendiri pada minit ke-84 dan memberikan Malaysia kemenangan 1 – 0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Laos. -Gambar oleh AP Photo.

Walaupun aku bukanlah seorang kaki bola sepak, tetapi aku amat menyukai menonton perlawanan bola sepak di peringkat akhir. Pada hari ini, penantian selama 20 tahun oleh rakyat Malaysia telah pun tamat. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA adalah pada tahun 1985 di Kuala Lumpur.

Tetapi malam ini, Malaysia telah pun berjaya mengulangi saat kegemilangan dengan memenangi pingat emas dengan mengalahkan pasukan Vietnam, 1 – 0, di Sukan SEA yang diadakan di Laos.

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in