Ketika dalam kesesakan trafik di jalan raya, kau menyalakan lampu signal untuk memasuki lane di sebelah kanan kau. Di lane tersebut, kau mendapati sebuah kereta Myvi dengan seboleh yang mungkin mendekati kereta di depannya dari arah belakang. Jarak di antara bumper belakang kereta depan dengan bumper keretanya hanyalah berbeza satu inci sahaja. Apabila kereta di depannya bergerak sedikit ke depan, kereta Myvi itupun ke depan juga tanpa memberi sedikit ruang pun pada kereta kau untuk memintas. Apabila kereta Myvi itu berada di sisi, kau dapat lihat seorang perempuan sedang memandunya dengan badan tegak rapat ke stereng dan kepala menjengah ke depan, tidak menghiraukan kereta kau di sebelah. Aku ingin bertanya, apakah perasaan kau pada ketika itu?
Bagi aku, pemandu perempuan yang jenis macam ini adalah perempuan yang menggelabah. Seboleh-boleh tidak mahu berikan ruang kepada pemandu lain di sebelah mereka untuk memintasnya. Mereka seperti seseorang yang memandu dengan sebelah mata. Tua, muda, semuanya sama sahaja bagi aku.
Sekiranya pada waktu itu mood aku ok, aku akan membiarkan sahaja pemandu perempuan menggelabah itu dengan karenahnya. Tetapi jika pada waktu itu mood aku sedikit terganggu, aku akan menyelit di depan keretanya tanpa menghiraukan dia berada di situ. Bagi aku, ianya merupakan satu kepuasan apabila dapat berada di hadapan kereta pemandu perempuan yang menggelabah seperti pemandu Myvi itu tadi.
Aku tidak pasti apa yang difikirkan oleh pemandu-pemandu perempuan yang menggelabah ini. Apalah bezanya di antara berada di depan dan belakang kereta orang lain. Kalau beza pun, hanyalah beza jarak sebuah kereta sahaja. Kau tetap akan lambat juga ke tempat kerja atau ke mana saja tempat yang kau nak pergi. Cuba letakkan sedikit perasaan bertimbang rasa pada pemandu yang lain. Adakah kau tidak membawa bersama ‘hati’ dan ‘perasaan’ semasa memandu?
Wahai pemandu-pemandu perempuan yang menggelabah sekalian. Aku tahu kau akan berasa marah apabila orang lain tidak memberikan ruang kepada kau untuk memotong kereta mereka. Tetapi, tidak perlulah sampai begitu sekali perangainya untuk kau membalas dendam atas kesalahan orang lain. Buruk benar aku tengok. Tidak perlulah kau sampai merapatkan badan ke stereng. Tidak perlulah kau sampai terjengah-jengah menggelabah ke depan sebab takut orang lain potong kereta kau. Just rilex and follow the flow…
Kepada pembaca-pembaca sekalian, jika kau adalah seorang perempuan dan terasa dengan apa yang aku coretkan di sini, itu bermakna kau adalah salah seorang daripada mereka-mereka yang menggelabah ketika memandu di jalan raya. Jadi, nasihat aku, berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan hormatilah pemandu-pemandu yang lain. Orang lain pun bayar road-tax jugak cik kak oi…
ps: Sorry kalau entri kali ini sedikit beremosi dan ingin aku nyatakan di sini tidak semua pemandu perempuan menggelabah…
pps: Ini mungkin entri terakhir aku untuk tahun ini. Jadi ingin mengucapkan selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.
lol.. loser, kau sebagai lelaki boleh belajar erti bertolak ansur. dari pengamatan aku baca entri ni macam kau yang emo + loser + mcm jantan lembut. kah kah kah
Hahaha… Sendiri namakan diri loser… Menggelabah…
haha… aku memang dapat membayangkan situasi tu macam mane sebab dah banyak kali nampak..
tapi yg lelaki pon ada.. cuma lagak tu kerek sket.. rokok kat tangan dengan muka bodo dongak ke atas sket.. 💡
Lelaki memang macam tu. Yang tu pun stok tak sedar diri jugak tu. Kalau dengan kereta kecik dekat belakang, dia buat tak tahu je. Tapi kalau kereta belakang tu BMW ke, Merc ke, baru dia terhegeh2 nak ke tepi. 8)
tula. aku rasa lelaki pon ada yg mcm tu. tp kes lain la.bukan gelabah tp relex terlebih.pentingkan diri sendiri. jalan disebelah kanan dengan 70km/j sambil tangan kiri relex memegang stereng dan tangan kanan memegang rokok tanpa mempedulikan pemandu lain. nk relex2, g la lorong kiri la beb!!! tah hape2 tah…
Tapi kadang2 aku tengok pakcik2 tua yang drive macam tu. Rilek je dia makan angin dekat jalan besar. Duduk lane kanan then jalan slow2 pandang kiri kanan. Huhuhu…
bagus tu pemandu mcm gini……..klau lambat sikit 2 kereta masuk kat depan kita…
kang kita dah blaja masa sekolah memandu….masuk berselang seli…
klau satu oklah masuk…nie yng blkg kereta nak masuk lorong kita…pon nak ikut….
mmg bengong tul pon..
aku tak kasihan kpada org gini..klau nak masuk pon blkg lerr..
aku kesah kalau yg nak masuk tuh x bagi signal. main celah mana sesuka hati je kan… :down: tp kalau yg bg signal, sila kan. sejukkk ati la jugak sikit :up: