Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Selamat Tahun Baru 2010

01.01.2010 // 24 Comments

Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana telah dipanjangkan umur oleh-Nya dan diberikan peluang untuk menghirup udara dan dapat merasai suasana pada tahun 2010 ini. Seperti biasa pada waktu-waktu sepeti ini, ramai blogger-blogger tempatan yang menceritakan kisah-kisah hidup mereka di tahun 2009. Ada kisah yang menarik dan ada kisah yang menyedihkan. Namun bagi aku, itu semua merupakan pengajaran dan pedoman agar kita menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan yang sedang kita lalui kini.

Untuk tahun baru 2010 ini, aku sudah pun mulakan dengan membeli sebuah domain baru. Bagi kepada mereka-mereka yang masih baru di Blog Aku ini, aku merupakan seorang pengumpul domain yang tegar. Jika tidak percaya atau ingin tahu berapa tinggi ketegaran aku itu, kau boleh baca entri INI dan juga INI. Bagi aku, memiliki domain ini merupakan suatu kepuasan apabila kau berjaya memperolehi domain-domain yang catchy. Setakat ini, aku sudah mempunyai perancangan untuk domain tersebut. Cumanya, sekarang ini aku mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan projek terbaru CypherFS Network untuk domain tersebut.

Jadi, bagaimana pula dengan kau? Tahun 2009 sudah pun berlalu meninggalkan kita semua. Bagaimana pula dengan tahun 2010? Sudahkah kau meletakkan azam dan merancang strategi bagi melaksanakannya? Jangan berlengah lagi wahai kawan-kawan. Segeralah merancang supaya kau bersedia untuk mencapai segala apa yang kau telah niatkan. Ianya tidak akan datang bergolek dengan sendiri. Sedangkan makanan pun perlu disuap, inikan pula impian yang ingin dicapai.

Walau apapun, ingin aku ucapkan selamat tahun baru 2010 kepada mereka-mereka yang sedang membaca entri pertama aku untuk tahun 2010 ini. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Pemandu Perempuan Yang Menggelabah
Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah »

Comments

  1. Fahmishah says

    01.01.2010 at 8:49 pm

    Selamat menyahut cabaran 2010. Dengar khabar beli domain baru. Ahaha

    Reply
  2. CypherHackz says

    01.01.2010 at 8:52 pm

    Hahaha… Aah. Ada beli domain baru. ๐Ÿ˜ณ

    Reply
  3. ishak says

    02.01.2010 at 12:11 am

    beli domain yang ada nama komersial sikit,pastu jual,ataupun buat kontest,sapa pengkomen terbanyak kat blog ko,akan dapat satu domain yang ko simpan tu…..kalau macam tu akau mahu hari lah nak komen kat blog ko huhuu,selamat tahun baru sahabat

    Reply
  4. CypherHackz says

    02.01.2010 at 12:23 am

    Memang domain yang dibeli ni ada unsur2 komersial sikit. Tetapi rasa2nya memang tidak akan dijual la. Btw menarik juga idea untuk contest tu. Thanks bro. :up:

    Reply
  5. ishak says

    02.01.2010 at 1:55 pm

    :up: mesti domain ni mahal cket kan ? domain bro tu pakai domain dot my ker dot com ?

    Reply
    • CypherHackz says

      02.01.2010 at 1:58 pm

      Guna dot com je bro. Tak mampu la nak beli dot my. Lagi pun, kalau dot my maybe untuk website yang commercial di dalam Malaysia sahaja. Tengok pada target visitor jugak.

  6. Mr.Bintang says

    02.01.2010 at 2:18 pm

    salam ziarah.. pertama kali jejak blog ni. hehe.. :up:
    selamat tahun baru untuk kamu.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • CypherHackz says

      02.01.2010 at 3:06 pm

      Aik? Bukan sebelum ni pernah jejak ke dekat blog ni? ๐Ÿ˜› Apa2 pun selamat tahun baru juga…

  7. Kujie says

    02.01.2010 at 2:29 pm

    ada 2 domain yang belum di buat apa2…. ada rancangan tp mcm ada masalah je

    so..give up

    Selamat Tahun Baru 2010

    Reply
    • CypherHackz says

      02.01.2010 at 3:07 pm

      Hahaha… Simpan dulu domain tu. Mana la tau kot2 nanti boleh digunakan ke. Btw domain ape eh?

    • Kujie says

      04.01.2010 at 1:44 pm

      satu tu domain lebih kpd ‘cuti-cuti malaysia’

      bilah projek nk jalan – makin tua, rasa dah penat nk berblog

      nk mohon VSS ..hehehe

    • CypherHackz says

      04.01.2010 at 9:43 pm

      Hahaha… Standard tu kak jie. Dats why kena usaha masa muda2 ni. :up:

  8. x-po says

    02.01.2010 at 5:37 pm

    cam best je jd pengumpul domain..hehe tak pernah lagi dibuat org ๐Ÿ˜ฏ

    Reply
    • CypherHackz says

      02.01.2010 at 5:43 pm

      Uish! Ramai la yang kumpul domain. Cuma tak ramai je tahu. Lagipun kumpul domain ni, guna duit yang banyak jugak la. Tapi, ianya satu investment sebenarnya. ๐Ÿ™‚

  9. azizan4444 says

    03.01.2010 at 4:05 pm

    selamat thn baru..semoga projek tu sukses d thn baru 2010 ni..hehehe ๐Ÿ˜€

    Reply
    • CypherHackz says

      03.01.2010 at 4:51 pm

      Thanks bro. Selamat tahun baru jugak untuk kau. :up:

  10. KNizam says

    03.01.2010 at 9:24 pm

    salam tahun baru 2010 untuk semua rakyat malaysia. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply
    • CypherHackz says

      03.01.2010 at 9:27 pm

      Selamat tahun baru jugak bro. 8)

  11. bloginformasi says

    04.01.2010 at 11:54 am

    Antara banyak2 domain yang dibeli tu domain mana yang rasa paling puas hati beli? ๐Ÿ™‚

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2010 at 9:43 pm

      Hehehe… Domain yang menarik perhatian golongan remaja di Malaysia ni. :halo:

  12. mohdisa says

    04.01.2010 at 12:54 pm

    selamat tahun baru. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2010 at 9:43 pm

      Selamat tahun baru bro… 8)

  13. nakatsu_mizuki says

    07.01.2010 at 7:53 pm

    azam baru taun 2010… huuhu. hapy new year……… ๐Ÿ‘ฟ

    Reply
    • CypherHackz says

      07.01.2010 at 10:28 pm

      Happy new year jugak walaupun dah 7 hari berlalu. ๐Ÿ˜›

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in