Beli Domain Lagi

Dulu, aku pernah menceritakan mengenai diri aku yang gila pada domain. Sudah sekian lama tabiat untuk beli domain itu terhenti, akhirnya perasaan untuk membeli domain itu kembali wujud dalam diri aku.

Baru-baru ini, aku telah membeli sebuah lagi domain daripada Name Cheap. Dengan menggunakan kupon yang hanya sah pada bulan November yang lalu, aku telah membeli domain yang aku agak sangat menarik bunyinya. Namun, kekasih aku mengatakan sebutan domain tersebut seperti percakapan orang Indonesia lagaknya. Aku tidak peduli!

Untuk setakat ini, hanya kekasih aku seorang sahaja yang tahu mengenai domain ini dan apa yang aku ingin lakukan dengannya. Sekarang ini pun, aku dalam proses untuk membangunkan sebuah blog yang akan menambahkan satu lagi koleksi peribadi aku.

InsyaAllah, bila tiba masanya, bila telah sempurna blog tersebut, akan aku war-warkan pada kalian semua. Apa yang pasti, aku harapkan blog yang aku sedang bangunkan ini akan menjadi salah sebuah blog yang terkenal dan akan dikunjungi oleh setiap orang selepas setahun daripada kemunculannya.

Sekiranya kalian ingin mengikuti kisah selanjutnya mengenai perihal domain yang aku belikan ini, langganlah blog ini untuk mendapatkan entri-entri terbaru mengenainya. Siapa tahu, mungkin salah seorang daripada kalian semua akan memenangi sebuah domain daripada aku secara percuma.

Jadi, apa tunggu lagi. Klik pada link ini untuk melanggan dengan menggunakan RSS atau link ini untuk melanggan dengan menggunakan email. Jumpa lagi…

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

13 Responses to “Beli Domain Lagi”

  1. hehe… aku pon pernah gila jugak nak beli domain…
    tapi bila banyak yang tak guna rasa cam menyesal pulak.. hehe…
    beli sendiri bukan untuk dijual..

    December 2nd, 2008 | 9:26 pm | Quote
  2. Domain2 yang aku beli semuanya untuk kegunaan sendiri. Tak pernah lagi la beli domain untuk jual. :D

    December 2nd, 2008 | 9:29 pm | Quote
  3. wah.. sampai jadi koleksi :d

    December 2nd, 2008 | 11:12 pm | Quote
  4. Hobi baru, kumpul domain

    December 2nd, 2008 | 11:50 pm | Quote
  5. hoho…sama-sama kita bangunkan blog network sendiri..hoho :d

    December 5th, 2008 | 12:36 am | Quote
  6. lupa nak tanya, apesal amik cypherfsnetwork? tak amik cyphernetwork? /:)

    December 5th, 2008 | 12:46 am | Quote
  7. wah makin besar lah empayar skrg kan hehe :d

    December 8th, 2008 | 6:36 pm | Quote
  8. haha..’
    aku pon gile kumpul domain..
    tapi domain co.cc je..
    free..
    pas aku donate 10usd boleh register seratus domiain..
    seronok gile..

    December 9th, 2008 | 5:29 pm | Quote
  9. dia punya gila domain macam org gila nak beranak kah kah kah..weh porn blog tarak bikin kaa?

    December 10th, 2008 | 8:06 am | Quote
  10. Lepas ni..akan ada satu bentuk hobi baru..

    Mengumpul domain..

    December 10th, 2008 | 12:10 pm | Quote
  11. kalau pakai kupon baper dapat diskaun?

    December 10th, 2008 | 2:01 pm | Quote
  12. ada pengalaman jual domain tak? aku ada domain di hostgator, tapi nak jual di ebay,…

    December 16th, 2008 | 5:34 pm | Quote
  13. skrg Google dh legalize utk letak adsense kat domain parking, so takde la membazir

    December 21st, 2008 | 11:12 pm | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »