Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Beli Domain Lagi

02.12.2008 // 17 Comments

Dulu, aku pernah menceritakan mengenai diri aku yang gila pada domain. Sudah sekian lama tabiat untuk beli domain itu terhenti, akhirnya perasaan untuk membeli domain itu kembali wujud dalam diri aku.

Baru-baru ini, aku telah membeli sebuah lagi domain daripada Name Cheap. Dengan menggunakan kupon yang hanya sah pada bulan November yang lalu, aku telah membeli domain yang aku agak sangat menarik bunyinya. Namun, kekasih aku mengatakan sebutan domain tersebut seperti percakapan orang Indonesia lagaknya. Aku tidak peduli!

Untuk setakat ini, hanya kekasih aku seorang sahaja yang tahu mengenai domain ini dan apa yang aku ingin lakukan dengannya. Sekarang ini pun, aku dalam proses untuk membangunkan sebuah blog yang akan menambahkan satu lagi koleksi peribadi aku.

InsyaAllah, bila tiba masanya, bila telah sempurna blog tersebut, akan aku war-warkan pada kalian semua. Apa yang pasti, aku harapkan blog yang aku sedang bangunkan ini akan menjadi salah sebuah blog yang terkenal dan akan dikunjungi oleh setiap orang selepas setahun daripada kemunculannya.

Sekiranya kalian ingin mengikuti kisah selanjutnya mengenai perihal domain yang aku belikan ini, langganlah blog ini untuk mendapatkan entri-entri terbaru mengenainya. Siapa tahu, mungkin salah seorang daripada kalian semua akan memenangi sebuah domain daripada aku secara percuma.

Jadi, apa tunggu lagi. Klik pada link ini untuk melanggan dengan menggunakan RSS atau link ini untuk melanggan dengan menggunakan email. Jumpa lagi…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Janganlah Bersedih Jika Pagerank Jatuh
Negara Kita Dah Jadi Negara Mereka »

Comments

  1. menteil says

    02.12.2008 at 9:26 pm

    hehe… aku pon pernah gila jugak nak beli domain…
    tapi bila banyak yang tak guna rasa cam menyesal pulak.. hehe…
    beli sendiri bukan untuk dijual..

    Reply
  2. CypherHackz says

    02.12.2008 at 9:29 pm

    Domain2 yang aku beli semuanya untuk kegunaan sendiri. Tak pernah lagi la beli domain untuk jual. 😀

    Reply
  3. alone says

    02.12.2008 at 11:12 pm

    wah.. sampai jadi koleksi :d

    Reply
  4. Fahmishah says

    02.12.2008 at 11:50 pm

    Hobi baru, kumpul domain

    Reply
  5. aman says

    05.12.2008 at 12:36 am

    hoho…sama-sama kita bangunkan blog network sendiri..hoho :d

    Reply
  6. aman says

    05.12.2008 at 12:46 am

    lupa nak tanya, apesal amik cypherfsnetwork? tak amik cyphernetwork? /:)

    Reply
  7. Lisa says

    08.12.2008 at 6:36 pm

    wah makin besar lah empayar skrg kan hehe :d

    Reply
  8. cencorot_91 says

    09.12.2008 at 5:29 pm

    haha..’
    aku pon gile kumpul domain..
    tapi domain co.cc je..
    free..
    pas aku donate 10usd boleh register seratus domiain..
    seronok gile..

    Reply
  9. lori says

    10.12.2008 at 8:06 am

    dia punya gila domain macam org gila nak beranak kah kah kah..weh porn blog tarak bikin kaa?

    Reply
  10. PakciQue says

    10.12.2008 at 12:10 pm

    Lepas ni..akan ada satu bentuk hobi baru..

    Mengumpul domain..

    Reply
  11. chuckiesd says

    10.12.2008 at 2:01 pm

    kalau pakai kupon baper dapat diskaun?

    Reply
  12. sufian says

    16.12.2008 at 5:34 pm

    ada pengalaman jual domain tak? aku ada domain di hostgator, tapi nak jual di ebay,…

    Reply
  13. zaki blogjer says

    21.12.2008 at 11:12 pm

    skrg Google dh legalize utk letak adsense kat domain parking, so takde la membazir

    Reply
  14. sam says

    04.02.2009 at 6:58 pm

    Aku pun dah mula ketagih beli domain nie..

    Reply
  15. mohdisa says

    04.01.2010 at 12:59 pm

    gilalah, byk betul koleksi projek ko. hehe

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2010 at 9:42 pm

      Hehehe… Tak banyak lagi tu. Ada seorang ni aku kenal, dia lagi ada banyak domain. Beribu2 duit dia habis untuk beli domain.

Trackbacks

  1. Selamat Tahun Baru 2010 says:
    01.01.2010 at 7:07 pm

    […] tegar. Jika tidak percaya atau ingin tahu berapa tinggi ketegaran aku itu, kau boleh baca entri INI dan juga INI. Bagi aku, memiliki domain ini merupakan suatu kepuasan apabila kau berjaya […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2019 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in