Sekiranya kau perasan, Google baru sahaja selesai mengemaskinikan pagerank (PR) untuk website-website yang ada di alam siber ini. Masih ingat lagi artikel aku mengenai Perlukah Google Pagerank? Ramai yang memberikan komen mengenai pendapat mereka tentang PR. Ada yang tidak ambil kisah dan ada juga yang bersedih disebabkan PR blog mereka jatuh. Kasihan…
Dalam diam-diam, Google telah menaikkan PR blog CypherHackz.Net aku dari PR3 ke PR5. Ianya sesuatu yang diluar sangkaan aku kerana aku tidak langsung mengambil berat dalam usaha untuk menaikkan PR. Pelik…
Berbalik pada topik perbincangan untuk artikel kali ini, janganlah kau bersedih sekiranya PR blog kau jatuh. Lagi pun, kenapa perlu kau bersedih? PR hanyalah satu tanda ukur yang menunjukkan populariti blog kau di antara jutaan blog yang ada di dunia ini. Sekiranya PR blog kau jatuh sekali pun, masih ada lagi blog lain yang mempunyai PR yang lebih rendah daripada blog kau. Jadi, tak usahlah kau nak bersedih. Malu!
Sekiranya kau merasakan PR itu penting, cuba cari jalan penyelesaian bagaimana caranya untuk mengembalikan semula PR blog kau itu. Ada pelbagai cara yang kau boleh lakukan. Di antaranya adalah dengan mendapatkan sebanyak mungkin backlink. Untuk dapatkan backlink itu pula, ada 1001 caranya. Aku akan kongsikan beberapa tips untuk dapatkan backlink di artikel-artikel yang akan datang. Jadi, tunggu…
Mungkin artikel untuk kali ini tidak seberapa. Tetapi apa yang ingin aku sampaikan adalah sekiranya PR blog kau jatuh, biarkan ia jatuh. Tak perlu bersedih, pening dan runsing. Benda sudah berlaku, kau pun tidak boleh buat apa-apa. Kecualilah kalau kau mempunyai seorang kawan rapat di Google. Mungkin kau boleh minta tolong pada dia untuk mengubah PR blog kau daripada PR0 ke PR11. Siapa tahu…
menteil says
oh.. aku tak amek berat sangat..
tapi dah kata update tu, aku nak check jap la.. haha..
:d
lut says
๐ aku pun nak gi check la..skali…
alongovtx says
banyaknya sampai pr11.hehe…aku tak sedih…pr blog gila aku adala 3,4 kali turun naik.sekarang ni maintain je…jauh ko sekarang eh…jaga diri bebaik…err…dah balik ke belum?
izzat says
dah jadi malas nk check PR sebabnya lain website lain PR rsult die..x sama..ntah mana satu nk caya.. hohoho.. kalo still x effect traffic..xder ape la tu…huhu=|
adib. says
aku check lepas je baca entry ko..
PR 2..hahhaha..padan muka aku…
Top100Entrepreneur says
Kalau aku mesti sedih la wo… [-(