Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Star Wars: The Clone Wars

17.11.2008 // 4 Comments

the-clone-wars-01

Bagi kepada peminat-peminat cerita Star Wars, aku rasa korang mesti berminat untuk menonton TV series, Star Wars: The Clone Wars.

The Clone Wars merupakan siri animasi yang diadaptasikan dari filem Star Wars di mana Anakin Skywalker telah pun menjadi Jedi Master dan mempunyai seorang Padawan yang bernama Ahsoka Tano. Di dalam siri yang mempunyai 22 episod ini, cerita The Clone Wars bermula dengan Master Yoda dan tentera klonnya sedang berhadapan dengan tentangan daripada Asajj Ventress bersama-sama dengan tentera droid bagi memenangi perjanjian untuk mendapatkan kerjasama dari puak di planet Toydaria.

Kemudian, tentera Republic dikejutkan dengan senjata rahsia pemusnah General Grevious yang dapat memusnahkan semua alat-alat elektronik termasuk kapal angkasa dengan menggunakan ion cannon. Setiap anak-anak kapal Republic akan dibunuh bagi mengelakkan rahsia senjata yang digunakan oleh General Grevious terbongkar.

the-clone-wars-02
Poster filem The Clone Wars yang juga ditayangkan dipanggung.

Di dalam satu episod yang lain pula, Anakin Skywalker telah kehilangan R2-D2 disebabkan kelalaian Anakin ketika berperang dengan tentera droid General Grevious di angkasa. R2-D2 amat penting bagi pihak Republic kerana R2-D2 menyimpan maklumat pertahanan dan strategi pertempuran pihak Republic. Sekiranya General Grevious menjumpai R2-D2, pihak Republic akan berada dalam bahaya kerana segala maklumat Republic telah terbongkar.

Bagi aku, siri The Clone Wars ini amat menarik dan sesuai untuk ditonton sesama keluarga. Jalan cerita yang tidak berat dan mudah diikuti menyebabkan kita akan rasa seronok untuk menonton cerita ini. Kepada korang yang suka cerita animasi 3D, boleh la jadikan Star Wars: The Clone Wars ini sebagai salah satu siri TV koleksi peribadi korang.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Budaya Hidup Masyarakat Korea
Janganlah Bersedih Jika Pagerank Jatuh »

Comments

  1. Darkz05 says

    17.11.2008 at 11:25 am

    Lepas tgk clone wars ni rasa tak sabar nak tgk episode seterusnya 😉

    Reply
  2. lut says

    18.11.2008 at 3:51 am

    :d dah tgk pun…ermm best2 =|

    Reply
  3. mazudi says

    24.11.2008 at 11:56 pm

    Rasanya anak aku ada pernah tengok citer ni nih.
    Dah lama dah kan yg clone war tu.

    Reply
  4. hashim says

    20.11.2009 at 12:11 pm

    kat mana saya boleh down load kesemua siri star wars ini coz anak saya amat mminatinya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2019 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in