Pada entri yang lepas, aku ada menceritakan mengenai makanan yang terdapat di Korea. Untuk entri kali ini pula, aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai budaya hidup masyarakat di Korea.
Sopan Santun
Memang terdapat perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat di antara Malaysia dan juga Korea. Perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat adalah sikap masyarakat Korea di sini lebih bersopan santun berbanding di Malaysia. Masyarakatnya ramah walaupun korang adalah orang luar. Mereka tetap layan dengan baik dan berbudi bahasa.
Tunduk Hormat
Selain daripada itu, sekiranya berjumpa antara satu sama lain, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat antara satu sama lain. Ianya berbeza di Malaysia di mana kita lebih kepada bersalam-salaman sebagai mengeratkan persahabatan. Sekiranya korang masuk ke kedai atau restoran, mereka akan sambut dengan ucapan selamat datang atau salam sejahtera. Sanggat jarang perkara macam ini berlaku di Malaysia. Di Malaysia, kita datang tidak bersambut, pergi tidak dihiraukan.
Terima Kasih
Ketika membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di gerai, sekiranya korang mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea, mereka akan tarik plastik korang itu dan tambah lagi sayuran atau buahan ke dalam plastik korang. Mereka amat suka sekiranya masyarakat luar tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Di Malaysia, cakap la macam mana pun, tuan kedai akan buat tak endah aje.
Bersih selepas makan
Di Korea, korang kena buangkan sendiri tray, bekas minuman, dan sebagainya selepas korang makan di kedai fastfood. Sebagai contoh, selepas korang habis makan KFC, korang kena angkat tray, tulang-tulang ayam, kertas tisu dan sebagainya ke tong sampah yang disediakan. Dah tu pulak, korang kena asing-asingkan kertas, plastik dan sampah di ruang yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka kitar semula barang-barang terpakai. Mereka juga kurang menggunakan plastik kerana plastik sukar untuk dikitar semula.
Hormat Orang Tua
Sekiranya korang sedang berjalan-jalan, pastikan korang memberikan laluan kepada mereka yang lebih tua. Ini kerana, mereka akan menolak kau tanpa segan silunya kerana tidak memberikan mereka laluan. Aku pernah beberapa kali ditolak daripada belakang kerana tidak perasan yang orang tua itu ingin lalu di situ. Jadi, jika ternampak orang tua sedang berjalan, baik korang ke tepi dan berikan mereka jalan terlebih dahulu.
Setelah sebulan aku berada di Korea, memang banyak perkara baru yang aku pelajari. Terutamanya adalah budaya dan gaya hidup mereka. Ianya sangat berbeza dengan budaya di negara kita. Tetapi, tidak semua masyarakat Korea adalah bagus. Ada sesetengahnya yang tidak berbudi bahasa dan sopan santun. Terutama di kawasan bandar. Mungkin disebabkan masyarakat bandar lebih terdedah kepada gejala sosial maka adat budaya mereka diketepikan.
lut says
🙂 wah bagusnya orang2 Korea ni..
adib. says
haa…mmg bertepatan lg saksama..apa yg org2 tua2 dulu2 kata2kan….
“jauh perjalanan luas pemandangan”
camna laa ayat ni boleh kuar masa zaman org dulu2…agak2nya org dulu pon rajin jalan kot…
CypherHackz says
Atau maybe orang2 dulu banyak merantau sebab nak belajar. Tu yang keluar perumpamaan seperti tu tu.
ikoko says
aish.. bila la dapat pi sana.. huu.. bestnya
anasxz says
tengok cerita korea… tau la perangai korea camna…
tp, KL korea tak jauh mana… terbang sat saja…
beza bangsa maju ngan bangsa tak maju..
zaki blogjer says
Sebenarnye, org Malaysia pun peramah, tapi kepada pelancong je. Tak mustahil org korea pun mcm tu jugak
litterfish says
plastik dlm bhs korea per??
momoy says
korea korea! haha mmg awesome laa dkt korea … hihi sy mahu p g sna …. 😀
lina says
sejak aku dtg korea awal tahun ni.. dan tinggal bsama ngn masyarakat dorg ni… aku x setuju ngn bab hormat org tua ngn sopan santun.. org korea ni pandang tinggi bangsa dorg, bangga ngn bangsa dorg jd memag racist aku cakap kt sni..org tua ramai yg terbiar tido tepi jalan xpon bawah jambatan, ngn malam2 ramai org mabuk yg tahu kejar perempuan2 yg jalan sorg,, org2 muda korea xtahu nk ckp sorry klau langgar org.. naik bas or subway x bagi tmpt duduk kt org tua.. n banyak lagi la.. bg aku semua bangsa ada kelemahan… xde yg perfect… org malaysia pon byk kebaikkn.. pakcik jual kuih sebelah rumah aku kt malaysia tiap2 hari bg kuih nasi lemak semua.. bersopan ngn ramah tamah juga org malaysia
Violet says
Sya pn xbrapa nak stuju dgn bab mghormati org tua. Sbb bila ditengok2 program tv sperti running man, org korea mcm mpunyai sikap materialistik sket sbb lbih mmentingkan wjah yg cntik n tampan. Org yg hdoh xnak pula diorg pndng coz knonnya xstaraf lah apalah. (padahal diorg pn asalnya hdoh gak, klau bkan sbb plastic surgery la..) Lps tu bila sya tngok balik stiap rncangan yang sya tngok, org korea klau yg org yg knonnya cntik dihormati oleh org yg lbih tua. Itulah org yg diorng snjung. Smakin popular sseorg tu, jdi org tulah yg msti dhormati. siap pnggil (Sshi) bgai..