Menjenguk Makanan Korea
Sudah sebulan aku berada di Korea atas urusan kerja dan langsung tidak berkesempatan untuk berkongsikan makanan-makanan yang terdapat di Korea. Tetapi, makanan yang aku tunjukkan di sini adalah makanan yang boleh dimakan. Tak mungkin aku akan makan b*bi even pernah la jugak ter-dibawa masuk dan makan di restoran yang jual b*bi itu. Tapi…aku tak bersalah…
Jadi, di antara makanan yang aku makan di Korea ini adalah…

Kimchi – Kimchi ni merupakan makanan kegemaran orang Korea. Di setiap restoran yang aku pergi, dorang akan serve Kimchi ni. Kimchi diperbuat daripada sayur kobis, atau apa-apa sayur yang dijeruk dan boleh tahan selama 4 bulan lamanya.

Bubur Seafood – Kalau terasa rindu nak makan bubur nasi dekat Malaysia, korang boleh makan bubur seafood ni. Harga dia dalam 8000won (RM20) sahaja. Kenyang gak la makan bubur ni sebab mangkuk dia besar dan banyak sotong, udang, kepah di dalamnya.

Nasi Ayam Tandori – Dekat Korea, jangan harap kau boleh makan ayam dengan sesenang hatinya sebab dorang tidak sembelih pun ayam atau daging tu. Kalau korang nak makan ayam atau daging, korang boleh pergi ke Itaewon, Seoul. Dekat sana memang ada masyarakat Islam di situ yang jual makanan yang halal. Tapi aku cadangkan jangan pergi pada waktu malam kerana korang mesti akan berasa gerun dan cuak.

Ikan Masak Kari – Aku tak tahu la ikan ni masak kari atau apa. Tapi yang pasti, sedap dan mengenyangkan. Ikan-ikan dia besar-besar dan memang kenyang kalau korang makan lauk ni dengan nasi. Lagi satu, di bawah ikan tu ada tauge yang sangat banyak. Kalau korang suka makan tauge, dipersilakan…

Telur Ikan – Kalau nak merasa telur ikan, korang boleh juga dapatkan ia di Korea ni. Yang macam otak tu sebenarnya bukan otak ikan, tetapi perut ikan. Serius sama seperti yang korang tengok dalam Fear Factor. Tengok je dah tak lalu. Tapi telur ikan tu ok la bagi aku. Boleh la kalau korang nak makan time bosan-bosan.

Bihun Sejuk – Bihun tu memang sejuk. Seperti bihun yang baru bawak keluar daripada peti ais dan terus dihidangkan untuk korang makan. Selalunya makanan ini dihidangkan semasa musim panas. Tapi entah kenapa, kitorang telah diorderkan dengan makanan ini.

Ulat Sutera – Bagi kepada mereka-mereka yang memang minat pada Fear Factor, korang mesti makan ulat sutera ni. Aku tak rasa pun sebab tak sanggup. Tetapi orang Korea suka makan ulat sutera ni sebab rasa dia yang creamy-creamy dan juga manis.

Kuih Ikan – Dalam kuih ni ada inti kacang merah. Inti kaya pun ada kalau korang nak. Memang sedap. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu masa sejuk dan kuih tu masih panas-panas lagi. Ranggup di bahagian tepi-tepinya.

Nasi Sambal Sotong – Agaknya la nama makanan tu. Aku pun tak sure sebab kat sini aku panggil “Octopus” je. Nasi ni amat sedap. Lagi-lagi bila makan bersama dengan sotong yang dimasak pedas dalam mangkuk tu. Ditambah pula dengan telur-telur ikan yang banyak dan meletup-meletup bila korang kunyah.
Jadi…itu sahajalah beberapa makanan di Korea yang sempat aku makan or tengok selama sebulan di sini. Jika berkesempatan, akan aku uploadkan lagi gambar-gambar makanan yang ada di Korea. Kalau korang nak tengok banyak lagi gambar, korang boleh pergi ke page Flickr aku dan nikmatilah juadah-juadah yang disediakan.
Baca Yang Ni Pulak
- Budaya Hidup Masyarakat Korea - Pada entri yang lepas, aku ada menceritakan mengenai makanan yang...
- Dairi LI Day 9 – RM5.30? Murahnye… - Banyak la murah! RM5.30 untuk lauk kari ayam ngan telur...
- Masih Cuba Mencari Keseimbangan - Aku masih lagi mencuba untuk mengembalikan semula keseimbangan kehidupan di...













wah..agak menarik gak makanan korea ni, x penah try lagi… makanan jepun dah try… tp korea nmpak lagi mengiurkan la plak…huhu
huhu…
sedap jer…
janji hahal..
Kalau korang nak merasa makanan Korea, korang boleh pergi dekat Sunway Piramid. Dekat situ ada satu kedai restoran yang jual makanan Korea. Tapi aku tak sure la mahal ke tak harga dia.
alamak.. ada ulat sutera… besar tak ulat tuh… pakcik dah tak sedap perut dah nie.. erkhhhh
Sedapnya… kuih ikan tu sungguh comel:x
Sedap dowh ulat sutera tu… Hu3.
Kuih ikan tu memang sedap.
[...] entri yang lepas, aku ada menceritakan mengenai makanan yang terdapat di Korea. Untuk entri kali ini pula, aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai budaya hidup [...]
i’m in korea now….if u guys have any idea where i should go for lunch n dinner…..Bosan dah wei ngan masakan instant pak Brahim’s……
nampak menarik makanan korea.sy memang suka semua pekara tentang korea terutamanya makanan :d:d
sekarang saya tengah belajar pasal bahasa korea,harapan saya agar saya pula dapat pergi korea..ini merupakan impian saya..