Laman P1 Wimax dengan iklan “potong” mereka.
Disebabkan bandwidth yang diberikan oleh Celcom adalah 5GB sebulan, menyebabkan aku beralih kepada P1 Wimax. Hidup sebagai seorang blogger dengan bandwidth sekecil itu tidak dapat memuaskan nafsu aku yang rakus pada Internet. Pakej P1 Wimax yang aku langgan dengan bandwidth sebanyak 20GB sebulan bagi aku sudah cukup memadai. Setakat ini aku berasa puas hati dengan P1 Wimax.
Ketidakpuasan Hati
Sedang aku leka dengan keseronokan kehebatan “potong”, terdapat juga segelintir di antara pelanggan P1 Wimax yang berasa benci dan marah dengan perkhidmatan mereka. Bagi mereka, iklan “potong” yang bersepah-sepah disiarkan di kaca televisyen, radio dan akhbar hanyalah tipu dusta belaka.
Berikut merupakan di antara rungutan daripada pelanggan-pelanggan P1 Wimax yang kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan,
takyah laa register P1 Wimax ni , mcm taik servis , buat rugi duit saja , support teruk , servis mcm haram … awal2 aje ok pas tu buang duit …
Tidak cukup dengan itu,
service P1 sekarang teruk….. asyik disconect aje…. tu aku pakai outdoor modem…. kalau indoor lagilah hampeh
aku rasa iklan potong now to bukan potong streamyx tapi potong P1…
maxis broadband aku pun lagi laju dari p1 1.2Mbps aku nie…
P1 SUCKKKKKKK
Ada juga yang berkata,
google “wimax suck”
then u can see many comment on wimax…
my experience on wimax?
p1 Wimax totally crap…
poor connection…poor customer service..
Itu hanyalah segelintir daripada komen-komen yang diterima dalam entri aku pada bulan Ogos yang lalu. Kalau dilihat daripada blog-blog yang lain, aku dapat rasakan sudah pasti pelbagai bentuk cemuhan dan kata-kata kesat dilemparkan kepada P1 Wimax di atas perkhidmatan yang mereka berikan.
Pengalaman Aku
Tiada satu pun yang sempurna di dunia ini. Walaupun aku mengatakan yang aku berpuas hati dengan perkhidmatan P1 Wimax, tetapi aku juga pernah mengalami masalah dengan mereka.
Pernah beberapa kali LED pada modem P1 Wimax berkelip-kelip merah menandakan tiada perkhidmatan. Selalunya kejadian ini berlaku selepas hujan lebat. Bayangkan betapa “panas”nya hati ketika kau ingin menggunakan Internet tetapi tiada perkhidmatan pula? Kau akan bertambah “panas” apabila kau yang langsung tidak mempunyai masalah dengan bayaran tetapi tidak dapat menggunakan Internet selama dua tiga hari.
Menara Telekom mempunyai liputan P1 Wimax.
Selain daripada itu, walaupun layanan pelanggan yang diberikan oleh P1 Wimax adalah bagus tetapi tindakan yang diambil sangatlah lambat. Pertama kali aku mendaftar P1 Wimax adalah pada bulan Julai yang lalu. Tetapi disebabkan terdapat sedikit masalah peribadi, aku telah memulangkan semula modem P1 Wimax tersebut dan menamatkan kontrak dalam masa 7 hari dari tarikh pendaftaran. Sepatutnya, aku akan menerima refund wang pendaftaran sebanyak RM100 dalam masa 45 hari dari tarikh aku menamatkan kontrak tersebut. Tetapi setelah 60 hari menunggu, aku masih tidak menerima sebarang cek daripada mereka. Setelah aku menelefon beberapa kali, akhirnya pada minggu yang lalu aku telah mendapat semula wang tersebut yang ditunggu-tunggu selama ini. Itu pun dimasukkan terus ke akaun bank kerana cek yang dihantar tidak sampai katanya.
Itu baru dua masalah yang aku kongsikan. Ada lagi beberapa masalah yang tidak aku ceritakan seperti rebat RM100 sempena ulangtahun P1 Wimax yang masih tidak diterima walaupun sudah beberapa bulan berlalu. Dan juga masalah dengan connection Internet yang kadang kala tidak menentu pada masa-masa tertentu.
Sedikit Panduan
Tetapi, izinkan aku untuk berkongsi sedikit panduan kepada mereka-mereka yang ingin atau sedang melanggan P1 Wimax. Daripada pengalaman aku yang baru menggunakan P1 Wimax selama 4 bulan ini, aku rasakan terdapat beberapa perkara yang boleh aku kongsikan bersama kau semua.
Kepada mereka yang ingin melanggan P1 Wimax, sila pastikan kawasan tempat tinggal kau diliputi dengan perkhidmatan mereka. Kau boleh rujuk pada laman web P1 Wimax dan sila pastikan memang kawasan tempat kau tinggal menerima perkhidmatan mereka. Jika tidak, sudah pasti kau akan berasa marah sehingga menghempas modem ke lantai kerana LED berkelip-kelip merah sepanjang masa. Selalunya, reseller cuba mengaut keuntungan lebih dengan tidak menerangkan perkara ini kepada bakal pelanggan. Jadi, periksa dahulu sebelum terkena.
Sekiranya dalam masa 2 hari dari tarikh pendaftaran LED modem masih berkelip-kelip merah, sila hubungi P1 Wimax dengan segara. Jika masalah yang sama masih berlanjutan selama 4 hari, sila pulangkan modem tersebut ke ibu pejabat P1 Wimax di Jalan Templer, Petaling Jaya dengan segera. Walaupun tempoh yang diberikan selama 7 hari untuk pemulangan, tetapi aku cadangkan kau pulangkan modem tersebut dalam masa 6 hari. Ini kerana dikhuatiri mereka terlewat untuk menamatkan kontrak kau dan kau terpaksa membayar yuran bulanan selama 2 tahun secara terpaksa.
Baki bandwidth P1 Wimax untuk bulan ini masih tinggal 13.2GB.
Dan akhir sekali, kepada mereka-mereka yang berasa marah dengan connection Internet yang slow, sila pastikan kau tidak terlebih menggunakan bandwidth yang diberikan. Perkara ini pernah terjadi kepada diri aku sendiri. Pada waktu itu, memang terasa sangat marah pada P1 Wimax kerana speed yang diterima hanyalah 10kbps sahaja. Bayangkan masa yang diambil untuk buka laman web Google mengambil masa yang begitu lama? Setelah menghubungi bahagian support, barulah aku tahu yang aku telah terlebih guna bandwidth 20GB yang diberikan. Jadi, selalu-selalulah menjenguk bandwidth usage di laman web P1 Wimax supaya kau tidak tersilap “sembur”.
Kalau kau masih berasa tidak puas hati dan ingin meluahkan perasaan pada P1 Wimax, sila lemparkan ia di sini. Tetapi, kalau boleh bersopan la sikit semasa memberikan komen itu. Aku bukannya customer support yang diberikan latihan khusus untuk melayan karenah pelanggan. Tetapi sedikit sebanyak aku boleh kongsikan pendapat dan pandangan pada mana-mana yang patut.
Perkhidmatan P1 tidak memuaskan kemudian diCTOSnya pengguna:
Saya Daftar P1 dah cuba 2 bulan tetapi perkhidmatannya tidak memuaskan kemudiaan saya pergi ke PJ officesnya untuk tamatkan perhidmatannya kemudiaan saya serahkan semuanya termasuk modem dan pembayaran bilnya dah hampis nak setahun ada bil tertunggak hampir RM670.00 Tertunggak dan hendaknya CTOS saya oleh itu P1 Macam Yahudi…..Saya sudah tamatkan perkhidmatnya masih ada bil apa punya gilanya P1 ?
kepada semua yang telah kena Tipu dengan perkhidmatan P1 kita baikot P1 seluruh Malaysia dan kita Baikot Sampai P1 ditamatkan di Malaysia….
sila sebarkan kepada kawan2 n saudara2 kalian tentang keburukan p1 sebelum mereka diperdaya oleh company yg haram ini.
Kempen TAMATKAN P1 DI MALAYSIA
Saya baru ingin perkhidmatan P1. Setelah semak . kawasan tempat tinggal memang meliputi dengan perkhidmatan mereka setelah saya rujuk laman web P1 Wimax .Setelah saya membawanya dirumah lampu merah masih berkelip-kelip sedangkan saya telah meletakan ditempat yang betul. Bila saya menghubungi kedai tersebut dia mengarahkan saya membawa set P1 untuk diperiksa. Apabila diperiksa tiada kerosakan.. walaupun set P1 bercalar-calar seolah2 telah digunakan, apabila saya tanya.. beliau mengatakan dari kilang. Apabila bawa di rumah masih dalam keadaan berkelip2 lagi. Saya tidak mahu menanggung resiko , saya terus memulangkan dan membatalkan langganan walaupun baru 3 hari menggunakanya….. dan saya difahamkan RM100 akan dipulangkan dalam masa 60 hari bekerja… sewaktu saya mengisi borang pembatalan… ada seorang pelanggan yang datang bising2 dimana RM100nya sudah 3 bulan masih belum dipulangkan… part yang paling best.. pekerja itu mengatakan.. En tunggu 2- 3 minggu lagi masa bekerja.. ermm. saya tersenyum sendirian….mungkin saya juga akan menghadapi nasib yang sama ..:)
quata da habis limit walapun baru guna bebrapa hari selepas byr bil. x la high usage sgt…penipu btol.. nk kata ada org curi line… sy x guna wireless..
minta maaf la…kalau nak bersuara …rakyat dipersalahkan dulu beb…hanya sykt yang membela KERAjaan juga betol….. biar terangan menipu…. mana agensi yang berkaitan teleKOMUNIS kasi ..ada nak menolong rakyat tersepit….takder kan!!!!! mana menteri KOMUNIS kasi senyap jerrrr janji bagus beb masa nak mengundi DUIT diutamakan JANJI dipersetankan… patut la MALINGsia tercorot dalam perkhidmatan INTERNET…ke IN KONET dunia….
Saya daftar awal tahun 2011, hampir sebulan connection tak dapat. masa daftar tu beriya-iya cakap connection memang cover area sana. 24 jam nak telefon service center…suruh call lagi next day sebab maintenance off-duty. Pastu bulan ke-2 nak tutup acc, dia kata acc under kontrak. Kalau nak tutup jugak kena bayar penalti RM400.00. Sedangkan saya dah byr RM100 bulanan selama 3 bulan tapi langsung takde data wifi. Lampu merah je. Dah report dengan service center banyak kali kot. April 2019 tiba2 lawyer call cakap kes aku under jenayah sivil sebab guna perkhidmatan PI Wimax tapi tak bayar. Sape nak bayar kalau tak pernah dapat data connection tu? Saya pun nak buat report polis pasal PI Wimax.
sama kak . saya dah tamatkan contract tapi dapat panggilan dan sekarang nak buat loan rumah sangkut . ..