Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Malaysia Menang 1 – 0 Mengalahkan Vietnam

17.12.2009 // 7 Comments

malaysia-vietnam-10

Pemain Vietnam, Mai Xuan Hop, mengesat muka selepas menjaringkan gol sendiri pada minit ke-84 dan memberikan Malaysia kemenangan 1 – 0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Laos. -Gambar oleh AP Photo.

Walaupun aku bukanlah seorang kaki bola sepak, tetapi aku amat menyukai menonton perlawanan bola sepak di peringkat akhir. Pada hari ini, penantian selama 20 tahun oleh rakyat Malaysia telah pun tamat. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA adalah pada tahun 1985 di Kuala Lumpur.

Tetapi malam ini, Malaysia telah pun berjaya mengulangi saat kegemilangan dengan memenangi pingat emas dengan mengalahkan pasukan Vietnam, 1 – 0, di Sukan SEA yang diadakan di Laos.

Sedikit ulasan daripada aku.

Dalam perlawan tersebut, dapat dilihat pasukan Malaysia banyak mengatur serangan ke arah gawang gol pihak lawan sehinggakan penjaga gol pasukan Vietnam mengalami kecederaan. Ini memberikan pasukan Malaysia kelebihan kerana penjaga gol Vietnam tidak mahu keluar padang walaupun sudah mengalami kecederaan di bahu kiri beliau.

Di samping itu, dapat diperhatikan bagaimana pasukan Malaysia sedikit kucar-kacir apabila bola berada di kaki mereka. Mereka seperti tidak tahu hendak buat apa dan akhirnya banyak peluang dilepaskan begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, aku sangat puji dengan benteng pertahanan Malaysia kerana berjaya menepis dan menghalang asakan dari pihak lawan walaupun kadang-kala ada sedikit terlepas sana-sini.

Walaupun gol yang kita perolehi adalah gol nasib disebabkan gol jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84, tetapi sedikit sebanyak kemenangan yang kita perolehi sangat-sangat bermakna.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas dengan mengalahkan pasukan Vietnam, 1 – 0. Tahniah Malaysia!

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Majlis Perkahwinan – Farhan & Hazwani
Wajib Tonton – Avatar »

Comments

  1. touya says

    17.12.2009 at 10:14 pm

    walaupun ramai yang kata menang nasib tapi aku tak sokong , kita kena ingat klu Vietnam berjaya jaringkan gol keadaan akan berubah .

    Reply
  2. CypherHackz says

    17.12.2009 at 10:16 pm

    Yang tu betul. Tetapi memang banyak faktor yang membuatkan kita memperolehi jaringan gol tersebut.

    Reply
  3. Gadis Sarawak says

    17.12.2009 at 10:44 pm

    Tu bukan gol nasib. tgk Zakuan Adha mengejar bola sblm pass kpd Syahrul. Itu usaha. aku rasa kalau bola yg di kejar sampai garisan tak dpt mmg x gollah tadi. mmg zakuan bermatian kejar td. yg lain pun bgs. mmg coach veitnam x bijak coz x keluarkn pjaga gol yg dh cedera

    Reply
  4. CypherHackz says

    17.12.2009 at 10:50 pm

    Yup! Setuju dengan pendapat tu. Memang dia ada kejar bola. Tanpa dorang, mungkin kita tidak dapat jaringan tersebut.

    Reply
  5. KedaiRejek says

    22.12.2009 at 1:22 am

    MALAYSIA BOLEH !!!
    Helo,nak promote skit bleh ? ingin mengetahui tips terkini,sila lawati blog ini http://kedairejek.blogspot.com, ok thanks a lot…. :up:

    Reply
  6. hanx24 says

    28.12.2009 at 1:04 pm

    Gol nasib! aku tak setuju sebab player tu (aku xperasan sapa) tendang dan terkena defend Vietnam. Benda yang sama boleh berlaku pada Malaysia.

    Ingat. Nasib bergantung pada usaha, bukan pada harapan.

    Reply

Trackbacks

  1. moncler sales says:
    12.11.2010 at 5:51 pm

    …

    Okay write-up. I simply found your weblog and wished to say I have actually enjoyed examining your ideas. By any suggests I’ll be subscribing for a feed and I genuinely hope you publish once again quickly….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in