Bagi korang yang mengikuti aku di Facebook, pasti perasan sejak dua minggu yang lepas aku selalu menceritakan mengenai CoolBlog. Jangan tak tahu, blog bukan sahaja ada di Internet, malah blog juga boleh didapati dalam bentuk minuman. Sukar nak percaya, bukan?
Gambar dipetik daripada blog Nutty Eve.
Pertama kali aku diperkenalkan kepada CoolBlog semasa aku pulang ke JB beberapa minggu yang lalu. Seorang gadis yang mempunyai paras wajah yang comel, senyuman yang manis (owh, kelihatan gadis itu sedang tersenyum membaca ayat ini), dan namanya dirahsiakan telah mengajak aku untuk membeli CoolBlog ketika kami keluar bersama-sama di sebuah pusat membeli-belah di bandar Johor Bahru. Mengikut kata beliau, CoolBlog ni sedap. Aku yang pada waktu itu yang memang langsung tidak tahu pasal CoolBlog pun cuba la beli satu. Nak merasa la katakan.
