Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

CoolBlog – ‘Blog’ Yang Sangat Cool

13.03.2010 // 38 Comments

Bagi korang yang mengikuti aku di Facebook, pasti perasan sejak dua minggu yang lepas aku selalu menceritakan mengenai CoolBlog. Jangan tak tahu, blog bukan sahaja ada di Internet, malah blog juga boleh didapati dalam bentuk minuman. Sukar nak percaya, bukan?


Gambar dipetik daripada blog Nutty Eve.

Pertama kali aku diperkenalkan kepada CoolBlog semasa aku pulang ke JB beberapa minggu yang lalu. Seorang gadis yang mempunyai paras wajah yang comel, senyuman yang manis (owh, kelihatan gadis itu sedang tersenyum membaca ayat ini), dan namanya dirahsiakan telah mengajak aku untuk membeli CoolBlog ketika kami keluar bersama-sama di sebuah pusat membeli-belah di bandar Johor Bahru. Mengikut kata beliau, CoolBlog ni sedap. Aku yang pada waktu itu yang memang langsung tidak tahu pasal CoolBlog pun cuba la beli satu. Nak merasa la katakan.

Rupa-rupanya, CoolBlog ini adalah sejenis minuman/ice blended yang mempunyai 25 jenis perisa yang boleh kita pilih. Nak sedap lagi, boleh juga ditambahkan ‘pearl’. Rasa ‘pearl’ ni lebih kurang macam cincau lebih kurang. Tetapi bentuknya bulat-bulat sebiji macam bentuk mutiara.


Gambar dipetik daripada blog Nutty Eve.

Si gadis comel yang mengajak aku itu memilih perisa Chocolate dan aku pula membeli perisa Honeydew. Dan sebagai tambahan, kami meminta satu scoop ‘pearl’ untuk ditambahkan di dalam CoolBlog kitorang.

Yang menarik mengenai CoolBlog ini adalah, pertama, ianya mempunyai 25 jenis perisa yang boleh kita pilih. Selain daripada itu, ‘pearl’ pula dapat menambahkan lagi kesedapan meminum CoolBlog kerana sambil minum, kita boleh mengunyah-nguyah ‘pearl’ tersebut. Dan akhir sekali, rasanya yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar itu menambahkan lagi kenikmatan meminum CoolBlog lagi-lagi semasa cuaca panas sebegini. (*tetapi ada juga gerai CoolBlog yang buat terlalu manis)


Gambar dipetik daripada blog Nutty Eve.

Tetapi malangnya, gerai CoolBlog di Malaysia banyak terdapat di area Johor sahaja. Tetapi terdapat juga beberapa gerai CoolBlog di area Lembah Klang. Itu pun boleh dikira dengan jari.

Jadi, kepada korang yang belum pernah merasa CoolBlog, segeralah cari gerai CoolBlog berdekatan dengan tempat korang. Aku percaya korang tidak akan rasa rugi membayar RM3.10 (CoolBlog ice blended + 1 scoop ‘pearl’). Aku yang pertama kali minum ice blended dan juga CoolBlog ni pun mengatakan yang CoolBlog ini memang sedap.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Ini Baru Dinamakan Cuti Raya 1 Malaysia
Shoot Outing – Bandar Hilir, Melaka »

Comments

  1. hasbullah says

    13.03.2010 at 11:29 am

    macam best je

    Reply
    • CypherHackz says

      14.03.2010 at 11:49 am

      Memang best bro. Sedap! :up:

    • nurhany says

      24.06.2011 at 2:07 pm

      dah la….mahal.mcm blog kt pasar mlm jeeee…..memang x puas hati la….

    • johan says

      07.03.2012 at 8:10 pm

      cool blog…memg best…ape mende yg manis msti sedap…errr kompeni cina singapore la…tauke…mari kita sokong biness diaorg…kat malaysia market luas…bole bikin duit senang…mari2 kita support..pastu kita Diabet…peace

  2. syia says

    13.03.2010 at 4:24 pm

    dah la tgh panas2 ni waktu baca blog entry ni..
    woOo.. rase cm nk gi cari je 1

    Reply
    • CypherHackz says

      14.03.2010 at 11:50 am

      Pergi la cari. Kau duduk area mana? If dekat Lembah Klang ni tak banyak tempat sangat la.

  3. Anarm says

    14.03.2010 at 5:16 am

    coolblog for blogger? :XO:

    Reply
    • CypherHackz says

      14.03.2010 at 11:50 am

      Hahaha… Lebih kurang macam tu la. ๐Ÿ˜†

  4. alongovtx says

    18.03.2010 at 12:28 pm

    hah!memang kena kalau pekena coolblog sambil monetize blog.

    Reply
  5. putrindah says

    06.04.2010 at 9:57 am

    COOLBLOG dah ade kt KBMALL..blh la org2 kelantan try lak… mmg besttt!!!

    Reply
  6. BlogKamu says

    06.04.2010 at 1:29 pm

    hai,nice blog,.Dato ct versi gif ? x caye, sila klik sini http://merdayka.blogspot.com , n jgn lupe linkkn skli blog ni erk,ok tq,n babai

    Reply
  7. mokteh says

    07.04.2010 at 4:18 am

    aku nak bukak fraincais dia kat sini la
    macam best je

    Reply
  8. Suraya says

    08.04.2010 at 8:51 am

    sedapnye… :XO:

    Reply
  9. chybee says

    08.05.2010 at 9:04 pm

    waah..lawa la blog u..i like!!!

    Reply
  10. x-po says

    09.05.2010 at 3:06 pm

    hoho cmne la leh dpt nama cmtu ek? padahal xda kaitan dgn blog pun..hikhihk

    Reply
  11. ishak says

    11.05.2010 at 4:33 pm

    ๐Ÿ˜€ weh menggelegak air liur..nengok ni hulk hulk

    Reply
  12. zik says

    15.05.2010 at 7:28 pm

    nak satu!!! ๐Ÿ˜ฏ

    Reply
  13. Fakhri says

    17.05.2010 at 5:34 pm

    Bro, kat sini diorang panggil bubble tea..

    Ko try, perisa ni, mesti meletup lah aku cakap..

    Ice blended + Taro/yam(keladi) + vanilla + small pearl

    memang terbaeekk…

    Reply
  14. yUKi says

    16.06.2010 at 4:32 am

    nampak sedap, :XO: tapi amende dalam pearl tuh?

    Reply
  15. tools says

    17.07.2010 at 11:23 pm

    Waw, it’s very cool …

    Happy blogging ๐Ÿ™‚

    Reply
  16. suduxx says

    30.07.2010 at 1:25 pm

    cool blog best. try blue coral bro..
    + black pearl.. pergghhh.. haha

    Reply
  17. asimo says

    01.09.2010 at 1:03 pm

    agak2 nya kalau nak bukak cawangan brapa modal nya ekk??

    Reply
  18. cadbury says

    05.10.2010 at 11:04 am

    emm… syedarpnyerr es blended!!!! :XO: :XO: :XO:

    Reply
  19. zack says

    03.11.2010 at 1:19 pm

    pearl dlm bubble tea dan ice blended coolblog tiada pengesahan halal Jakim, produk dari Taiwan yang diragui status Halalnya.

    Reply
  20. axelida says

    08.11.2010 at 11:33 am

    salam tuan umah,

    mintak izin quote ur review tu ye… 8)

    sabtu lepas rasa chocolate blog kat dataran pahlawan, melaka…tp biasa2 jer rasanye.. uhuk.

    Reply
  21. nurul says

    04.01.2011 at 10:29 pm

    cool blog ni hanya terdapat di johor…kat kl baru aku nampak 1 ,tu pon kat TS…
    wat masa nih lom nampak lagi kat mana2 d area luar johor n kl…
    tapi kan….kat batu pahat bersepah kdai coolblog ni…
    kak,nak oreo choc 1..nak pearl lebih…haha

    Reply
  22. nurul says

    04.01.2011 at 10:30 pm

    jap…lag 1…
    nak bgtau,my mom said x elok pearl tuh sbb dia x larut dlm badan bila da makan…TQ

    Reply
  23. AzharZul says

    05.01.2011 at 11:07 pm

    Ada logik gak nurul ckp tu. Pearl tu sejenis jeli kenyal. Susah nak larut… lebih kurang mcm nata de coco la.
    Tapo nata de coco di gezetkan kebaikannya sebagai sumber fiber… senang nk membuang nanti. So adakah pearl ni pun kategori yg sama? boleh di gezetkan sebagai sumber fiber? hehee

    Hehhe… sbnrnye aku pun peminat CoolBlog gak… setiap kali kalu depan booth dia… aku mesti bli (kalu aku lalu lebih dari sekali dalam hari yg sama x aci ekk). Perasa kegemaran aku Chocolate Ice Blanded dan Sour Plum… sedap……….

    Reply
  24. putri malu says

    19.01.2011 at 10:30 am

    mahalnye 3 hengget 10sen..kat sini 2 hengget 80sen jer..hehe.. memang sedap… lebih2 lagi kalo tambah pearl..

    Reply
  25. shairahman says

    08.02.2011 at 5:23 pm

    salam semua saya meniaga bubble tea di
    opposite mentari court…sunway..dekat ngan kurnia
    kalau nak tahu lebih lanjut leh call i 0173721142

    saya juga supply pearl ni….salam semua sorry sibuk2
    di sini…i follow…

    Reply
  26. AiTotYati says

    12.02.2011 at 9:40 pm

    kat jusco ayer keroh dah ade dah

    yaaa mmg sedap!!!

    Reply
  27. nurhany says

    24.06.2011 at 2:08 pm

    xsedap….dah la mahal..mcm blog kt pasar mlm je…………….memang xpuas hati.

    Reply
  28. Shaoran Hani says

    22.08.2011 at 12:33 pm

    Setakat nie, coolblog mmg sdap..serius sedap.. x pernah jemu minum perisa chocolate..:)

    Reply
  29. mama hawish says

    07.09.2011 at 10:19 am

    takdelah la mahal sangat pun..antara 2.50 ke 3.00 aje.tp berbaloi sbb mmg best la.kat sini ada 1 kat econsave kota kemuning..tak rugi klu nak cuba ok..

    Reply
  30. manboule JKing says

    01.03.2012 at 8:48 am

    salam u all apa kabar adakah cool blogs balck pearl ada halal jakim……. kalau ada saya pun hendak oder untuk ice blended saya….siapa yg hendak bernaiga ice blended jenama MOSHA sedap dan menyegarkan……..kata orang sedap gilerrrr……tq

    Reply
  31. sohoque says

    03.12.2012 at 12:35 am

    mmg cool blog ni. ptg td aku singgah beli blog dia

    Reply

Trackbacks

  1. Mengapa Aku Tak Berhenti Belajar? says:
    14.05.2010 at 7:06 am

    […] CypherHackz – huh mamat ni kalau tak kenal tak tau lah… […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in