Di kala rakyat Malaysia sedang menikmati cuti Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, aku bersama dengan seorang rakan sekerja mengambil peluang ke Melaka untuk mengambil gambar di sana. Sudah lama kami tidak keluar outing macam ni. Bila ada je peluang cuti panjang, barulah kami dapat keluar dari KL dan mencari tempat-tempat yang menarik sebagai destinasi outing kami.
Kami tiba di Bandar Hilir, Melaka pada jam 3.00 petang. Aku yang sudah lama tidak datang ke Melaka berasa kagum dengan perubahan yang berlaku pada bandar Melaka sekarang. Kali terakhir aku datang pun pada tahun 2002. Masa tu, Mahkota Parade la bangunan yang gah sekali. Tetapi sekarang, Mahkota Parade dah tenggelam dengan bangunan-bangunan lain yang lagi tinggi daripada dia.
Di Bandar Hilir, tempat pertama yang kami tuju adalah muzium di mana terdapatnya sebuah kereta bomba, kapal terbang dan juga keretapi yang ditempatkan di hadapan muzium tersebut. Kemudian kami ke Bangunan Lama Majlis Agama Islam yang terletak berdekatan dengan muzium tu. Di sana, aku sempat mengambil gambar ala-ala “Cuti-Cuti Malaysia” seperti yang korang dapat lihat pada gambar di atas sekali.
Selepas tu, kami mendaki sebuah bukit untuk ke St Paul’s Church, sebuah gereja lama yang tidak berbumbung. Gereja ini pernah digunakan sebagai tempat beribadat bagi penganut Kristian pada zaman Portugis sebelum dijadikan sebagai gudang senjata api pada era zaman pemerintahan British.
Pada hari sebelum kami bertolak ke Melaka, aku sempat melihat beberapa keping gambar di Flickr yang berkaitan dengan Melaka. Banyak gambar yang aku tengok menunjukkan gambar sebuah masjid yang terletak di tepi pantai. Setelah dikaji, rupa-rupanya masjid tu adalah Masjid Selat Melaka yang dibina di sebuah pulau yang dinamakan sebagai Pulau Melaka. Ha, jangan tak tahu… Melaka sekarang dah ada pulau… Jadi, aku menggunakan peluang yang ada ni untuk mengambil gambar pemandangan masjid tersebut di waktu senja.
Pulau Melaka adalah destinasi terakhir kami ketika kami di sana. Kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam sekitar 11.00 malam. Tetapi sayangnya, masih banyak lagi tempat yang kami tak sempat lawati. InsyaAllah andai ada masa, kami akan ke Melaka lagi untuk tangkap gambar suasana di pekan baba dan nyonya pula.
Owh ya, sebelum aku menamatkan entri untuk kali ini, inilah kawan aku yang sama-sama pergi outing tempoh hari. Namanya Sharizuan, umurnya bawah 30 tahun (masih muda remaja) dan statusnya pula tidak dapat dipastikan. Kena tanya tuan punya badan la kalau nak tahu lebih lanjut kan… :p
Untuk lain-lain gambar, bolehlah tengok dekat set Flickr outing Melaka di sini ye…
Aku: Terasa sedikit kekok setelah lama tidak update blog. 😡
mosyar says
smart gila gmbr, dah tngok dah gmbr ni kat facebook hang. hehehehehe..
p/s : aku ingat blog ni dah xnak update dah.
CypherHackz says
Thanks bro… Aah. Dah lama tak update blog ni. Tu pun nasib baik sebab ada idea nak cerita pasal outing kat Melaka hari tu. Kalau tak, memang tak terupdate jugak la… 🙂
saiful says
gambar yang menarik terutamanya gambar masjid Selat Melaka tu. :up:
Ntah bila la aku nak bawak family makan angin kat Melaka.
fendidahada says
nice pic bro…cunn
lilacfla says
wah dah mula ter-racun ngn d90. lawa pic!
Mariana @ St. Paul 4G Wireless says
Hi there, just wandered by. I have a St. Paul 4g site. Amazing the amount of information on the web. Not quite what I was looking for, but nice site. Have a nice day.