Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Ini Baru Dinamakan Cuti Raya 1 Malaysia

16.02.2010 // 4 Comments

Sudah lama blog ini tidak berupdate. Terasa sunyi sepi bila ianya diabaikan. Entah kenapa tiba-tiba ada pula mood untuk aku menulis pada hari ini.

Aku sebenarnya baru sahaja tiba di Kuala Lumpur semalam setelah 3 hari (tolak 1 hari perjalanan pergi dan 1 hari perjalanan balik, yang tinggal hanyalah 1 hari sahaja sebenarnya) berada di kampung halaman yang terletak di utara semenanjung tanah air. Rasa penat dan letih masih terasa lagi sehingga kini. Walaupun perjalanan ke Kuala Lumpur tidak sesesak semasa perjalanan ke kampung tempoh hari, tetapi driving selama 4 jam sangat-sangat meletihkan.

Pada hari Sabtu yang lalu ketika aku dalam perjalanan pulang ke kampung, highway PLUS sesak dengan kenderaan. Bayangkan daripada Damansara sehingga ke R&R Tapah mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke sana. Setiap R&R yang aku lalui semuanya dipenuhi dengan kenderaan dan sesak dengan orang ramai. Mana tidaknya, lebuhraya yang mempunyai had laju 110km/j terpaksa diperlahankan kepada 20km/j sehingga 50km/j kerana kesesakan jalan raya yang melampau.

Semasa meredah kesesakan jalan raya yang berpuluh-puluh kilometer jauhnya itu, dapat aku perhatikan tidak kira perayaan kaum mana, Melayu, Cina, India dan sebagainya, asalkan cuti panjang sahaja, pasti akan berpusu-pusu penduduk bandar keluar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi mereka, inilah masanya untuk mereka berjumpa sanak saudara dan berehat bersama keluarga mereka. Tetapi malangnya, separuh hari dari hari cuti tersebut telah pun dihabiskan di dalam kesesakan jalan raya sahaja.

Kita sebenarnya sangat bertuah kerana Malaysia mempunyai rakyat yang bilangan kaum. Salah satu kelebihan yang kita perolehi adalah, Malaysia dipenuhi dengan cuti yang banyak! Dalam setahun sahaja kalau dikumpulkan, boleh cukup satu bulan rakyat Malaysia bercuti. Bayangkan betapa banyaknya cuti yang diberikan untuk sambutan-sambutan perayaan di Malaysia. Masyarakat Melayu dengan sambutan Hari Rayanya, masyarakat Cina dengan sambutan Tahun Baru Cina mereka, masyarakat India pula dengan sambutan Hari Deepavali dan sebagainya.

Aku rasa bangga dan gembira menjadi rakyat Malaysia. Bukan gembira disebabkan banyak cuti tetapi gembira dan bangga kerana Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Bukankah ianya satu perkara yang sangat unik? Apa pendapat korang?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Wajib Tonton – Adnan Sempit
CoolBlog – ‘Blog’ Yang Sangat Cool »

Comments

  1. syin says

    18.02.2010 at 10:58 am

    hahaha……..
    pasti tak terlepas adegan bonet kereta hadapan dibuka…hahaha…tangki air panas……. 😥 😥 😥

    Reply
  2. jr041283.com says

    24.04.2010 at 4:38 pm

    hi. you have a good site here. Can we trade links? http://www.jr041283.com is the URL of my site and in there I have a different blog roll scheme. Tnx

    Reply
  3. eja.com says

    03.08.2010 at 9:17 am

    sy pn minat bg2 komen ney.. bole wt duit gk ke bg2 komen ney? ehekks :p

    Reply
  4. encikbeliau says

    13.09.2010 at 4:39 pm

    balik perak ke ?..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in