“I don’t want banana fruit two time.”
Itulah salah satu ayat dalam filem Adnan Sempit yang membuatkan panggung wayang menjadi huru hara dengan gelak ketawa para penonton. Kalau kau nak tahu apa maksud ayat tersebut, kau kena pergi tonton sendiri filem ini di pawagam. Memang ianya merupakan sebuah filem Melayu yang Wajib Tonton bagi tahun 2010 kerana dipenuhi dengan lawak jenaka yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi.
Adnan Sempit (Shaheizy Sam), merupakan seorang mat despatch di sebuah syarikat yang diuruskan oleh Nadia (Intan Ladyana). Dengan gaya seorang mat rempit dan muka yang ganas tetapi dalam hati ada taman, Adnan telah jatuh hati kepada Nadia.
Seperti bulan jatuh ke riba, Adnan berasa gembira apabila pada suatu hari Nadia menyatakan bahawa Adnan adalah boyfriendnya di hadapan kawan-kawan Nadia yang lain. Siapa yang tidak gembira apabila cintanya berbalas lagi-lagi dengan anak orang kaya. Walaupun niat Nadia berkata begitu hanyalah bagi menutup malu kerana tidak mempunyai kekasih, tetapi bagi Adnan ianya merupakan satu berita gembira buat dirinya.
Di samping lawak jenaka Adnan yang bercakap dengan slang broken Englishnya, dia ditemani seorang sahabat karib, Bobby (Along Raja Lawak) yang juga seorang mat rempit dan ditemani oleh Wawa (Reanna), setiausaha Nadia. Watak mereka berdua menambahkan lagi rencah komedi di dalam filem Adnan Sempit ini.
Seperti biasa dalam cerita-cerita Melayu, sudah pasti akan ada konflik di antara mereka yang bercinta. Dalam kekusutan masalah yang dialami oleh Adnan dan Nadia, terdapat juga lawak yang diselitkan oleh Macha (Cat Farish) semasa Adnan meminta nasihat daripadanya. Kalau kau sudah tengok filem Adnan Sempit ini pasti perasan yang setiap kali Adnan pergi berjumpa dengan Macha, pasti Angah Raja Lawak menyanyikan lagu yang berkaitan dengan masalah yang dialami oleh Adnan. Ada satu babak dalam filem tersebut, kepala microfon tercabut kerana Bobby berebut-rebut dengan Angah untuk berkaraoke. Part ini pun menjadi salah satu pencuit urat ketawa para penonton untuk ketawa.
Secara keseluruhan, aku memberikan rating 4 daripada 5 bintang dengan status Wajib Tonton. Bagi aku, filem komedi ini adalah lain daripada filem-filem komedi Melayu yang lain kerana filem ini tidak langsung mempunyai lawak bodoh yang menjijikkan. Syabas diucapkan kepada para pelakon filem Adnan Sempit kerana berjaya menaikkan filem komedi tanah air.
aku x tngok lagi cite ni..hehe..
tngok trailer dia…meleleh habis air liur…hahaha..
cam best jer citer nih
sapa dah tgk?
:XO: :XO: :XO: Nak tengok!! Nak tengok!! Ko citer cm best jerrr!!! dorg citer pn cm best gak!!!
baru je meng’copy’ citer ni dari member utk dijadikan koleksi bahan gelak
tak puas tgk sekali je