Tertarik dengan entri Please Jangan Buat Macam Harta Sendiri mengingatkan aku pada satu kejadian yang pernah berlaku pada diri aku semasa di zaman-zaman belajar dulu. Pada masa itu, aku di tahun akhir di sebuah institut pengajian tinggi awam yang terletak di selatan tanah air.
Walaupun barang yang dipinjam hanyalah seutas tali leher, tetapi bagi aku tali leher itu sangat-sangat bermakna. Mungkin bagi kau, apalah sangat dengan tali leher. Tetapi bagi aku, tali leher itu mempunyai nostalgia dan kenangan yang kau tak boleh dapat di mana-mana. Tali leher tersebut aku dapat semasa hari pendaftaran aku memasuki universiti. Sudah pasti tali leher itu akan menjadi salah satu cenderahati yang akan aku bawa keluar apabila meninggalkan universiti nanti. Ianya akan aku jadikan sebagai penanda yang aku pernah belajar di situ. (kini aku sudah pun setahun lebih menamatkan pengajian)
Tetapi disebabkan seorang kawan yang meminjamnya telah menghilangkan tali leher tersebut membuatkan kenangan aku, kegembiraan aku semasa memasuki univeristi, hilang bersama-sama dengannya. Hendak dimarah, kawan. Hendak dipukul pun, kawan. Nak tak nak, terpaksa la aku makan hati seorang diri. Pasrah hendaknya…
Beginilah sikap sesetengah orang Melayu kita. Pandai pinjam, tetapi tidak pandai pulangkan. Tambah teruk lagi barang yang dipinjam itu, dihilangkan ataupun dirosakkan. Dah tu pulak, boleh dibuatnya muka tidak bersalah ataupun terasa untuk menggantikannya. Boleh je dia buat muka selamber dan buat-buat tak tahu macam tiada apa yang berlaku.
Mentaliti masyarakat Melayu masih tidak berubah. Walaupun kita sudah mempunyai lapangan terbang yang canggih, bangunan pencakar langit yang tinggi, dan juga mempunyai kapal selam sendiri, pemikiran sesetengah orang Melayu masih ditakuk yang lama. Masih tidak pandai menghargai barang orang lain.
Kalau aku, sudah pasti aku akan rasa malu. Orang bagi aku pinjam, tetapi aku tak pandai jaga dan menyusahkan dia pula. Selepas ini tidak mungkin orang itu akan menolong kau lagi. Terkapai-kapailah kau sendirian. Walaupun kau terjerit-jerit meminta tolong di sebelah, dibuatnya pekak macam tiada apa yang berlaku. Bukannya niat untuk membalas dendam tetapi kau perlu rasa bagaimana susahnya apabila kau menyusahkan orang lain.
haha.. aku pon penah gak bagi pinjam baju.. pinjam sampai ke tua.. pulangnye takde.. boleh tahan lagi tu.. paling aku bengang bila orang tak pulan buku komik aku.. habis koleksi aku banyak tergantung.. cis! :vangry:
Pergh! Pinjam baju tapi tak pulang? Then kau ada try mintak tak bro?
salam,
Kau kena tunggu dua generasi lagi utk melahirkan mereka yg ada mentaliti yg kau harapkan seperti kat atas. Tapi tu la, bila generasi sekarang selamba jer langgar lampur merah tanpa rasa bersalah, apa la pulak nanti generasi anaknya nanti akan langgar tanpa rasa bersalah.
Maksudnya bila aku sudah jadi datuk la ye? Tetapi apabila pemikiran orang tua mereka tidak berubah, tidak mungkin pemikiran anak mereka akan berubah.
Contoh yang mudah yang dapat aku berikan adalah, seorang ayah memandu kereta dengan tidak memakai tali pinggang keledar. Anak yang sejak dari kecil telah ‘dididik’ sedemikian rupa akan turut mengikuti jejak langkah ayahnya dengan tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.
Kalau pinjam dan hilangkan kenalah ganti. Kalau pinjam tak pulangkan terpaksalah minta. Apa pun yang meminjam kena faham tanggungjawab mengganti jika hilang dan memulangkan sebelum diminta.
Bila kita berjumpa dengan orang yg pinjam barang tapi tak reti nak pulang tu, bukan dia nak minta atau pulang kan, tapi selamba buat tak tahu. tu yg geram kadang-kadang
haih..samalah kita.
kdg² rasa mcm berat nak bg org pinjam..serik.
maybe ada org kata kedekut, tp dia x tau hal sbnr.
org melayu mmg camtu…
pandai pinjam, pastu buat harta sendiri.
pandai kutuk, tapi tak pandai pikir kenapa…
AKU pn sama juga..bengang bila bagi pinjam duit buat2 lupa bayar.nak mintak banyak kali malu sebab dia kawan kita