Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

30.12.2010 // 3 Comments

1. Secara jujur aku katakan yang aku tidak minat pada bola sepak.

2. Walaupun aku pernah menjadi striker kelas di waktu zaman sekolah menengah dahulu, tetapi ianya sekadar bagi memenuhi kokurikulum kelas Pendidikan Jasmani.

3. Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 ini sangat-sangat mengujakan. Inilah saat-saat yang kita nantikan selama ini bagi mengetahui kehebatan Harimau Malaya dan Garuda.

4. Keputusannya, Malaysia menang secara agreget dengan mendahului 4-2 dengan Indonesia.

5. Namun begitu, ramai rakyat Indonesia tidak berpuas hati dengan isu laser yang dipancarkan ke arah penjaga gol mereka, Markus Haris Maulana. Mereka memaklumkan pancaran laser itu telah menyebabkan kekalahan mereka dalam perlawanan akhir peringkat pertama yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.

Baca selanjutnya…

Menjejaki Jutawan Senyap

27.12.2010 // 7 Comments


Kuih Cakoi – kredit, Along Abdul Karim.

1. Setiap orang, inginkan kekayaan. Mempunyai duit yang banyak, dan tidak perlu risau akan kesusahan. Jika mereka inginkan sesuatu, mereka boleh beli dengan duit yang mereka miliki. Duit, bukan masalah bagi mereka yang kaya.

2. Tetapi tidak ramai yang memikirkan bagaimanakah caranya untuk memperolehi kekayaan itu. Apa yang mereka tahu, hanyalah bekerja keras untuk mendapatkan overtime (OT) ataupun melompat company bagi mendapatkan increment yang lebih tinggi dari gaji yang asal.

3. Tetapi, pernahkah mereka mendengar 9/10 daripada rezeki (kekayaan) adalah daripada perniagaan? Tidakkah mereka ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan?

Baca selanjutnya…

Lahirnya Cahaya Mata Mereka

22.12.2010 // 1 Comment

Hari ini aku mendapat sebuah berita yang gembira. Rakan sekelas aku yang pernah sama-sama belajar di universiti pada tahun 2004-2008 yang lalu telah selamat melahirkan anak pertamanya. Dan secara tidak langsung, kini aku sudah bergelar uncle untuk anak buah sulong kelas kami ini.

Entah kenapa, apabila aku melihat gambar anak perempuannya yang kecil itu, yang baru lahir itu, membuatkan hati aku berasa sayu dan terharu sangat-sangat. Rasa seronok apabila dapat melihat gambar bayi yang baru lahir yang masih bersih dan suci itu. Matanya, hidungnya, mulutnya, sangat kecil dan comel sekali.

Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, bertambah lagi seorang hamba Allah di muka bumi ini yang bakal menyambung perjuangan ayah dan ibunya di dewasa kelak.

Tahniah diucapkan kepada Salwani dan Fazli. Aku doakan rezeki kalian semakin bertambah dan sentiasa bahagia di samping baby comel tersayang..

Pesanan buat Baby: Baby jangan nakal-nakal okey.. Nanti uncle Pojie tak belikan hadiah untuk baby nanti.. 🙂

Chord Dadali – Disaat Aku Mencintaimu

04.12.2010 // 78 Comments

Sudah lama aku mencari-cari chord lagu Disaat Aku Mencintaimu yang dinyanyikan oleh Dadali, sebuah band daripada Indonesia. Tapi tak jumpa pun. Mungkin sebab lagu ni masih baru, ataupun disebabkan band Dadali ini belum popular dan tak ramai yang mendengar lagu ni kan…

Aku suka dengar lagu Disaat Aku Mencintaimu ni pun sebab lagu dia sangat sayu dan penuh berharap. Ianya mengisahkan seorang lelaki yang kecewa apabila gadis yang dia sukai pergi meninggalkan dia disaat dia mula jatuh cinta pada gadis itu. Sangat klasik kan…

And sekarang ni, aku dah pun jumpa chord gitar untuk lagu tu. Thanks kepada saudara Arief sebab beliau sudi berkongsi chord gitar lagu Disaat Aku Mencintaimu ini di blog beliau di ARF’s MUSINGS kan…

Baca selanjutnya…

Shoot Outing – Bandar Hilir, Melaka

18.09.2010 // 6 Comments

Di kala rakyat Malaysia sedang menikmati cuti Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, aku bersama dengan seorang rakan sekerja mengambil peluang ke Melaka untuk mengambil gambar di sana. Sudah lama kami tidak keluar outing macam ni. Bila ada je peluang cuti panjang, barulah kami dapat keluar dari KL dan mencari tempat-tempat yang menarik sebagai destinasi outing kami.


Cuti-Cuti Malaysia – Melaka

Kami tiba di Bandar Hilir, Melaka pada jam 3.00 petang. Aku yang sudah lama tidak datang ke Melaka berasa kagum dengan perubahan yang berlaku pada bandar Melaka sekarang. Kali terakhir aku datang pun pada tahun 2002. Masa tu, Mahkota Parade la bangunan yang gah sekali. Tetapi sekarang, Mahkota Parade dah tenggelam dengan bangunan-bangunan lain yang lagi tinggi daripada dia.

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in