1. Secara jujur aku katakan yang aku tidak minat pada bola sepak.
2. Walaupun aku pernah menjadi striker kelas di waktu zaman sekolah menengah dahulu, tetapi ianya sekadar bagi memenuhi kokurikulum kelas Pendidikan Jasmani.
3. Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 ini sangat-sangat mengujakan. Inilah saat-saat yang kita nantikan selama ini bagi mengetahui kehebatan Harimau Malaya dan Garuda.
4. Keputusannya, Malaysia menang secara agreget dengan mendahului 4-2 dengan Indonesia.
5. Namun begitu, ramai rakyat Indonesia tidak berpuas hati dengan isu laser yang dipancarkan ke arah penjaga gol mereka, Markus Haris Maulana. Mereka memaklumkan pancaran laser itu telah menyebabkan kekalahan mereka dalam perlawanan akhir peringkat pertama yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.
6. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengatakan bahawa Malaysia menabur serbuk di pintu gol Indonesia yang membuatkan badan Markus bengkak-bengkak dan gatal-gatal.
7. Tidakkah mereka terfikir bahawa penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut bermain di padang dan gol yang sama pada malam itu? Sekiranya Markus terkena serbuk itu, sudah pasti Fahmi juga akan merasai benda yang sama. Propaganda media massa ini telah menaikkan lagi perasaan tidak puas hati dan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia.
8. Selain daripada itu, penyokong-penyokong Malaysia yang datang ke Indonesia terpaksa menonton perlawanan di kedutaan Malaysia. Ianya bagi menjaga keselamatan para penyokong pasukan Harimau Malaya ini daripada asakan penyokong Garuda yang tidak puas hati dengan kemenangan 3 gol di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.
9. Jauh berbeza sekali dengan keadaan di Malaysia. Para penyokong Indonesia tidak pun dilarang mahupun dihalang daripada menonton perlawan akhir peringkat pertama. Malah Malaysia telah menyediakan 15,000 keping tiket untuk sama-sama memeriahkan perlawanan pada malam tersebut dan menyokong pasukan negara mereka.
10. Walau bagaimanapun, kejuaraan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 adalah milik Malaysia jua.
11. Syabas dan tahniah diucapkan kepada K Rajagopal dan skuad Harimau Malaya yang mempunyai motivasi dan psikologi yang kuat ketika bermain di Stadium Gelora Bung Karno semalam. Terutama sekali kepada Fahmi, selaku penjaga gol yang banyak menyelamatkan gawang gol Malaysia daripada dibolosi pada perlawanan akhir di sana.
12. Semoga kejayaan yang kita kecapi ini, akan memberikan impak yang lebih dan semangat yang baru pada industri bola sepak tanah air. Siapa tahu, Malaysia bakal menyertai Piala Dunia pada suatu hari nanti. Sama-samalah kita berdoa agar ianya menjadi realiti.
ps: Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat bercuti sempena kemenangan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010 ini dan juga selamat menyambut tahun baru 2011. 😉
yahh. Malaysia memang best main bola tahun 2010. Tahun 2011..tak tahu lagi. harap-harap ok..
InsyaAllah… Mudah2an semuanya ok pada tahun ini dan tahun2 akan datang… 😉
You really make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be actually something that I think I would never understand. It seems too complicated and extremely broad for me. I am looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!