Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Menjejaki Jutawan Senyap

27.12.2010 // 7 Comments


Kuih Cakoi – kredit, Along Abdul Karim.

1. Setiap orang, inginkan kekayaan. Mempunyai duit yang banyak, dan tidak perlu risau akan kesusahan. Jika mereka inginkan sesuatu, mereka boleh beli dengan duit yang mereka miliki. Duit, bukan masalah bagi mereka yang kaya.

2. Tetapi tidak ramai yang memikirkan bagaimanakah caranya untuk memperolehi kekayaan itu. Apa yang mereka tahu, hanyalah bekerja keras untuk mendapatkan overtime (OT) ataupun melompat company bagi mendapatkan increment yang lebih tinggi dari gaji yang asal.

3. Tetapi, pernahkah mereka mendengar 9/10 daripada rezeki (kekayaan) adalah daripada perniagaan? Tidakkah mereka ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan?

4. Aku tertarik dengan buku penulisan Chef Li yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap. Buku yang ditulis melalui pengalaman dan kisah-kisah mereka yang berjaya dalam perniagaan walaupun dengan hanya menjual kuih cakoi.

5. Dalam kehidupan, kita perlu mempunyai matlamat. Sejak dari dulu lagi aku sudah meletakkan matlamat aku untuk membuka perniagaan sendiri pada usia 30 tahun.

6. Dan buku Menjejaki Jutawan Senyap itu telah memberikan aku semangat dan inspirasi untuk merealisasikan matlamat aku itu. Di dalam kepala aku, sudah terbayang-bayang perniagaan apakah yang ingin aku lakukan.

7. Mungkin ada yang bertanya, kenapa perlu tunggu umur 30? Kenapa tidak sekarang?

8. Untuk melakukan sesuatu kita perlukan perancangan. Untuk mendapatkan modal bukannya senang. Biarlah aku berikan sedikit masa pada diri sendiri untuk mempersiapkan segala kelengkapan dan pengetahuan sebelum menjejakkan kaki dalam dunia perniagaan.

9. Untung rugi, aku yang tanggung sendiri. Tetapi bukan kekayaan itu yang aku mahukan. Apa yang aku inginkan adalah, anak dan isteri aku akan hidup senang dan tidak perlu bersusah payah macam diri aku pada suatu ketika dahulu. Biarlah aku sendiri yang mencari harta bagi menampung kehidupan mereka.

10. Dan apabila aku sudah tiada nanti, apa yang aku harapkan adalah mereka boleh hidup tanpa perlu menyusahkan diri mereka sendiri. Mereka boleh hidup dengan mempunyai harta dalam hidup mereka untuk meneruskan titian usia-usia mereka yang semakin meningkat tua.

11. InsyaAllah, mudah-mudahan apa yang aku harapkan ini, apa yang aku rancangkan ini, diizinkanNya..

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Lahirnya Cahaya Mata Mereka
Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 »

Comments

  1. topo says

    29.12.2010 at 7:29 am

    ada jugak cita-cita nak bukak perniagaan sendiri.. tapi malangnya aku memang jenis yang tak boleh nak meniaga.. hohoho

    p/s: pergh terliur aku tengok kuih cakoi ko.. susah nak cari kuih cakoi yang betul2 sedap sekarang ni.. hohoho

    Reply
    • CypherHackz says

      29.12.2010 at 10:25 am

      Huh? Kenapa kau bukan jenis yang tak boleh meniaga pulak? :halo:

    • topo says

      30.12.2010 at 9:03 am

      sebab aku baik sangat.. hahaha silap2 boleh bagi free je kalau aku meniaga

  2. titan says

    08.01.2011 at 8:31 am

    Kita cuba. Baru kita leh tahu kita boleh berjaya atau tak. Kena ada matlamat dan disusuli dengan tindakan. Kalau cakap atau taip aje. takkan ke mana.. 🙂

    Reply
  3. CypherHackz says

    08.01.2011 at 10:45 am

    Sangat setuju. Apa yang penting adalah kita cuba daripada hanya berkata2…

    Reply
  4. Ammar says

    10.06.2011 at 4:43 pm

    Aku juga xterlintas utk meniaga ni.tp setelah aku sedar yg makan gaji ni xcukup,nak kawin pun xlepas.aku nekad akan memulakan satu perniagaan nnt.Aku pun bukan jenis yg boleh berniaga tp kalau kita x cuba,kita xtau kan. Aku amat tertarik dengan ulasan n rumusan mereka yg dah bc buku jutawan senyap ni. Aku nak dapatkan satu buku.hehe

    Reply
  5. raul says

    19.07.2011 at 5:31 pm

    baik fokus pada akhirat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in